we've been together.....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath wedding Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

29 May 2012

perlu ke jadi kekwat??

assalammualaikum...

korang tahu pe maksud kekwat??ok,for those yg xtahu pe maksud kekwat adalah perkataan yg xrasmi dalam bahasa melayu yg membawa maksud macam berlagak lah...selalunya istilah ni aku gunakan bilamana aku bertemu dengan orang-orang yg fikir diri dia macam bagus sangat,pandai sangat dan tahu segala-galanya...

bukan niat aku nak mengumpat ke hapa (alasan lapuk utk elakkan rasa diri mengumpat org,hahaha) tapi perasaan xpuas hati timbul bila aku rasa orang-orang 'educated' ni macam xboleh blah coz nak tunjuk pandai mengajar emak-emak orang tentang cara-cara nak ngajar/didik anak padahal dia beranak pun x lagi,aishhh!!!

rasa nak tergelak pun ada jugak lah tapi aku tahankan coz nak tengok sejauh mana kepandaian dia ni bercakap especially hal-hal yg berkaitan hal ehwal semasa tentang perkembangan kanak-kanak tahun 2012 ni...ada pulak dia boleh jawab kalau anak-anak kecil bertanyakan tentang soalan-soalan yg selayaknya orang dewasa punya soalan,xpayah jawab,cakap je kat budak tu dia akan tahu bila dah dewasa nanti...aku dengan mak budak tu boleh nak tergelak dengar jawapan dia...mana taknya,dia punya jawapan macam jawapan ibu aku 20tahun lepas...hahaha,kelakar gilerrr!!

bagi aku,xkira lah tinggi mana pun kau belajar tapi kau xkan sesekali boleh lawan dengan ilmu yg dikutip dari pengalaman hidup seseorang...budak yg aku cakapkan ni baru setakat ada degree je tapi dia punya kerek,punya kekwat macam da ada PHD...mentang-mentang lah aku ni ada diploma je,mak budak tu takat spm je,dia pandang kitaorang ni kecik je...huh!

aku bukan xpuas hati sangat-sangat kat budak tu sampai tahap xnak kawan dengan dia lagi tapi yg aku terkilankan sangat,jangan lah berlagak sangat andai Allah bagi rezeki/kelebihan skit kat dia...dia punya berlagak siap canangkan kat kitaorang kira teori yg dia cakapkan dan digunapakai oleh mak bapak dia berkesan lah coz dia adik beradik semua berjaya...tapi dia lupa,setiap parents tu kan berbeza-beza cara didikannya...dah tu,kira aku ni xberjaya lah coz ada diploma je??bagi aku,xkira setinggi mana pun seseorang tu blajar tapi xdapat kerja tetap,haprak je lah...xpayah nak citer lebat,nak citer banyak-banyak...g balik rumah,muhasabah diri tu semula,fikirkan sendiri kenapa sampai sekarang xdapat kerja tetap...mungkin disebabkan diri tu terlalu riak sangat kot sampai Allah sempitkan sikit pintu rezeki tu,huhuhu...

pada anda di luar sana,ingat-ingat lah,walau macamana tinggi pun anda belajar,jangan lupa pengalaman adalah ilmu yg paling tinggi dan bernilai berbanding degree,master or PHD skali pun...jangan lah nak bertikam lidah dengan orang yg lebih tua andai ilmu anda yg menjadi taruhan,xberbaloi sangat-sangat ok!!sekian,terima kasih...

2 comments:

Ked said...

setuju kak!
your educational level is not a measurement of your success.. ade jugak yang tak masuk u pon, tapi leh berjaye..
sebab ape.. sebab die kuat semangat, rajin usaha dan berdoa..
blaja tinggi mane pon, tapi lupe daratan pon tak gune gak kak kak nasha?

ღ cik faye ღ said...

maybe org tu rasa tercabar dgn awak nasha & kawan...hehe sbb tu dia nak menunjuk-nunjuk.org mcm ni kita haah-haah kan aje, kalau ada chance...cakap, excuse me...i want to go to ladies hehe.