we've been together.....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath wedding Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 December 2014

2014 yg terindah

assalammualaikum..

besok dah 31 disember 2014
hari terakhir untuk tahun 2014
tahun yg membawa 1001 kisah gembira untuk aku
tahun aku melahirkan muhammad aqeef
tahun aku boleh tinggal di rumah sendiri
tahun yg aku dah tak keseorangan tinggal merantau kat negeri orang
ALHAMDULILLAH,syukur ya Allah

aku tak minta banyak untuk tahun 2015
moga Allah mudahkan hidup aku sekeluarga
jauhkan kami dari kesukaran,kemiskinan dan perkara2 buruk yg lain
moga Allah sentiasa lindungi keluarga aku walau 
di mana mereka berada

doa yg paling penting of course untuk anak kesayangan
moga Allah pinjamkan dia untuk aku didik n besarkan dia dgn cara terbaik
moga dia membesar menjadi muslim yg sejati,
dijauhkan sifat2 mazmumah n sifat2 keji 
amin ya rabbalalamin..
doa mama sentiasa iringi anak mama..;)


in shaa Allah,awal tahun depan aqeef nak genap setahun dah
alhamdulillah development fizikal n mental dia seiring dgn usia nya..
gigi nya aku rasa kejap je dah banyak,
rasa ada 6 btg kat atas n maintain 2 batang je kat bawah
selalu mengasah gigi kat jari2 mama ye aqeef,
kemain sakit wooo dia gigit..huhu
dah jalan2 jatuh dah,merangkak kemain laju..
tak terkejar dah kadang2,hahaha..

in shaa Allah besday setahun aqeef mama nak buat jamuan makan skit,
skali kan dgn sambutan anniversary mama n papa
yg beza sehari je dgn besaday aqeef,kui3..
doakan semuanya berjalan lancar ye kawan2..
ok,wasalam


p/s:tak kesampaian hajat nak update blog skali seminggu,
lagi nak cuti lagi berlambak keje oiii..*sigh*
p/s:pe hajat 2015 korang?ada yg plan nak kawen tu jgn lupa jemput aku,kui3..;p
p/s:sedih tengok mangsa2 banjir kat pantai timur tu
hajat nak membantu tapi apakan daya,hanya doa n bantuan kecil je boleh dihulur
#prayforpantaitimur

17 December 2014

susun atur:almari baju bayi

assalammualaikum..


hai semua!!
lama aku x mengupdate blog lantaran ketandusan idea apa yg dibebelkan,hiks!
aku siap ada daftar nuffnang lagi tau,
tapi sedey bila tengok cpuv aku banyak tapi earning nya ciput
coz tuan tanah malas update blog,hahaha...

ok,sekarang aku dah kembali..
membawa idea2 yg kekonon bes untuk idea2 susun atur
hari ni aku nak share susun atur almari/gobok baju anak comel kesayangan..
sebelum ni pun aku ada share pasal susun atur almari dia,
tapi bila dah bosan aku susun balik baju bajan n barang2 dia
takmo cakap banyak,meh layan gambar..


almari yg sama iaitu dari ikea..
cuma atasnya aku letakkan rak buku2 dia n buku2 agama aku/Al-Quran
let's check it out pe dalam drawer2 tu


drawer pertama
 drawer pertama ni aku letakkan segala mak nenek tuala/selimut dan napkin
kat situ jugak aku letakkan stok2 wet tissue dia,
topi2 n pouch yg berisi toiletries dia
aku pakai kotak bekas apollo n kotak kacang untuk separate kan setiap barang

drawer kedua
 ok,bila susun macam ni baru perasan anak aku dah banyak baju
tapi keghairahan nak beli lagi baju2 dia masih menggunung ni,haha
aku separate kan baju dia ikot kegunaan siang atau malam
serta rompers dan juga ikot baju basahan or baju jenjalan
ada skit bahagian utk letak stokin dan bip time makan dia
aku rasa banyak lagi baju dia yg aku kena asingkan kalau aku nak beli 
lagi baju2 baru untuk dia,coz macam dah xmuat dah drawer ni kan?
hahahahaa

drawer ketiga
drawer ni aku hanya letakkan pampers dia dan stok2 lebihan toiletries
dalam bakul putih tu stok2 nips dia coz anak aku
still pakai newborn punya nips,
dia refuse untuk tukar nips  ikot kesesuaian umur dia,ngeh3..
yg dalam bekas biru tu aku letakkan ubat-ubatan dia in case emergency

ok,setakat ni dulu aku punya celoteh
banyak lagi nak share idea ni
harap2 la aku dapat update seminggu 1 entry lepas2 ni,
kerajinan diri silalah datang kepadaku,kuikuikui...
ok,wasalam!

12 November 2014

wordless wednesday

assalammualaikum..

rabu tanpa katanya..
tapi nak jugak tulis skit2,ngeh3..


ntah menjadi ke tidak ni,keh3..
mood bersusun atur n idea untuk menghias dah ke laut
harap2 datanglah semangat rajin tu balik

si comel manja mama tu dah makin membesar n makin cheeky
kena start ajar dia skit2 supaya sel2 otak dia berhubung dgn pesat..
kemain mama semangat nak jadi cikgu untuk aqeef
moga aqeef membesar jadi anak yg bijak,soleh n baik budi bicara,
aminnn,in shaa Allah

nah,blanja gambar terbaru budak comel mama

eiii,geram tengok gambar  anak sendiri,boleh??
hahaha..
k,bai!wasalam...

23 October 2014

bilik loteng

assalammualaikum..

hai!bersiaran kita pada pagi ini..
hari ni nak cerita pasal bilik loteng
selalunya,rumah2 yg ada bilik loteng ni rumah yg ada siling tinggi
selalu aku tengok rumah teres la yg ada
yelah,rumah teres kan agak limited skit jumlah biliknya kan..
rumah teres 2tingkat ada jugak cuma jarang2 lah aku jumpa

meh aku tunjuk contoh2 bilik loteng yg slalu orang macam aku
berangan nak ada kat umah,ngeh3..

dapat yg macam ni cukup dah..heeee

ni terover dose cantiknyaaaa..

simple tapi dalam mimpi lah rumah aku nak jadi gini
bilik loteng rumah aku biasa je
dulu jadi bilik anak bujang owner lama
tu yg simple xde deko2 lagi kat atas tu..

sorry gambar last gegar tp aku nak tunjuk kddkn tangga kat mana je sbnrnya
bilik ni xla luas sangat,tapi boleh lah kalau nak letak katil bujang satu
tapi aku xplan pun nak buat sebagai bilik tdo anak aku,
just nak buat sebagai bilik stor jela
tapi bilik stor yg selalu akan digunakan macam tempat sangkut baju ke,
coz bilik ni atas loteng,so agak bahaya kalau lama xguna,
faham kan maksud aku?huhuhuu

sementara ni aku tak letak banyak barang coz halangan dari tangga
tangganya xberapa nak sesuai untuk aku turun naik slalu
 
aku dah pernah tepek gambar ni sebelum ni..
kalau ada rezeki lebih,aku nak tukar tangga ni..
tukar tangga kayu biasa2 je,yg mudah aku n suami nak naik atas bilik loteng ni
 

credit pictures to google
sementara ni,perabot yg ada kat atas tu semua owner lama punya
payah aku nak bawak turun semua tu
kalau ada penambahan pun,kena pasang siap kat atas tu je
lain lah kalau dah tukar tangga
aku tengah mencari tukang2 kayu/kontraktor yg pandai buat tangga mcm tu
budget pun xlah banyak mana
kalau sesiapa tahu boleh gtau aku
rumah aku ni dekat area b.b salak tinggi,sepang
kalau org bangi,kajang,nilai tu memang dekat lah dengan rumah aku ni
sekian,tu je nak cerita
wasalam!

16 October 2014

tikam belakang

assalammualaikum..

tajuk kemain kan??haha..
tikam belakang ni memang bahaya..
lebih2 lagi kalau tikam guna benda tajam,konpem boleh mati
errkkk,banyak darahhhh..LOL

tapi yg aku maksudkan tikam blakang kat sini,
jenis khianat kat orang
aku tahu ramai orang dah berpengalaman kena situasi ni
aku pun..:'(
dulu,aku yg dulu lah,kalau kena macam ni,
konpem aku melenting marah2..
tapi sekarang maybe tak kot..
eh,aku bukan nak kata aku baik sgt skrg tau
cuma aku rasa aku makin matang skit kot..
lebih2 lagi bila dah kawen dgn org yg positif lebih byk dr negatif ni,
aku pun dah ikot sama,byk aura positif je dlm otak aku ni,kekeke
(puji laki sendri nampakkk,larikkkk)
skrg aku pkir,lantaklah kalau orang nak mengata aku pun
tak luak mana pun,lagi aku dapat pahala lagi adalah
yelah,kalau ada salah silap aku,
tegur je direct..
xde nya aku nak lempang muka ko kalau ko tegur silap aku,
lagi aku cakap terima kasih adalah..
lagi pun,dalam islam pun ada ajar,
kalau ada silap orang,tegur je tp dgn cara berhemah lah
dari ko mengata dia blakang2,ko dapat dosa adalah
tambah plak kalau geng sama2 mengumpat tu rasa menyampah dgn dia,
pastu xnak tegur dia,lagi bertambah2 lah dosa ko kat dia
haaa,nampak tak kat situ hikmah jgn mengumpat org blakang2 ni


"Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.Apakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah menjadi bangkai,tentulah kamu sekelian benci memakannya."
surah al-Hujurat ayat 12

haaa,aku siap bagi dalil dr al-Quran lagi ko..haha

aku cakap ni bukan ada perli sapa2 ek..
orang kata sape makan cili dia yg rasa pedas..
haaa,aku pun rasa pedas jugak ni,kekeke..
peringatan untuk diri sendiri jugak ni..
kot2 lah aku ada mengata orang,ke ada termengumpat orang,
aku harap kawan aku boleh lah remind2 kan aku jugak..
kot nak lempang kasi aku sedar diri pun boleh jugak,kejammm,hahaha!!

ok lah,lama xupdate blog tetiba update kasi muhasabah diri plak ye..
bukan nak jadi ustajah,cuma sekadar sharing suka2..
ok lah ye,sekian harap maklum..
saya yg menurut perintah Allah,wasalam!>.<


2 October 2014

injection vaccine pneumococcal

assalammualaikum

hai semua orang..
kekonon nak update seminggu skali nan hado..
brape ketul jela aku update dlm sebulan..
semua gara2 kalau mood nak menaip dah ke laut,hahaha..

hari ni besday aku..
cewahhh,nak jugak gtau ye dak..kekeke
so,sebagai hadiah utk dri sndri,meh aku blanje 1 entry berinfo skit

pneumococcal vaccine?
pernah dengar kan sebelum ni??
haaa,aku nak share info yg aku dapat masa bawak aqeef 
g ambil injection ni masa dia 8bulan 5hari lepas

penyakit pneumococcal ni dah jadi penyebab 1.6 juta 
kematian kat seluruh dunia
kalau kat malaysia ni,ia penyebab kematian ke 2 tertinggi..
ia byk attack baby n org2 yg dah lanjut usia


penyakit pnemococcal ni adalah jangkitan yg berpunca drpd 
bakteria pnemococcal;antaranya adalah
  • meningitis(jangkitan terhadap cecair di sekeliling otak n saraf tunjang)
  • pnemonia(jangkitan terhadap paru2)
  • bacteremia(baktreia dlm saluran darah)
  • otitis media(jangkitan terhadap telinga tengah)

ok,kalau dah kena jangkitan bakteria ni ada simptom2 yg blh dikenalpasti
antaranya adalah demam,kesejukan,sakit dada,batuk,lemah,loya,sesak nafas
dan peningkatam kadar n denyutan jantung..
 bakteria ni boleh tersebar secara terus dr individu kpd individu lain
termasuklah melalui batuk n bersin..
kadang2 dari dari individu yg kelihatan sihat jugak tau..

sesiapa je sebenarnya boleh kena penyakit pneumococcal ni
tapi risiko yg paling senang nak kena adalah:
  • bayi n kanak2 berusia kurang dr 59 bulan
  • semua golongan dewasa berusia 65 thn ke atas
  • pesakit yg ada masalah kronik mcm skt jantung,paru2,penyakit sel sabit,diabetes,ketagihan alkohol dan sirosis
  • pesakit yg kurang daya tahan tubuh mcm pesakit HIV,Hodgkin,limfoma@leukimia,sindrom nephrotic dll
  • pesakit yg ambil ubat yg blh kurg kna daya tahan tubuh mcm steroid jangka panjang,ubat kanser,terapi radiasi
  • perokok or pesakit asma
  • penghuni kediaman kejururawatan atau fasiliti perubatan penyakit kronik
ok,terus terang cakap vaccine pneumococcal ni memang mahal
aku pun mula2 mcm berkira2 jgk la nak ambil
tapi aku n suami xnak ambil risiko kalau x ambil vaccine ni
sebab kami slalu bawak aqeef keluar outdoor
nasib baik aku n suami memang ada kumpul duit aqeef sejak dia lahir
so,dengan duit tu kami guna utk bayar kos ambil vaccine ni
kat fasiliti perubatan kerajaan memang xde vaccine ni,
kami ambil inisiatif g ambil kat klinik pakar kanak2..
kira ni vaccine tambahan lah,
so depends kat parents sama ada nak ambil or x..
kalau fikir kos memang berbelah bagi..
tapi memandangkan risikonya,kira kami aci redah je ambil jgk
kira kami ni ikhtiar sambil tawakal..
 
bukan kata ambil vaccine pastu anak ko akan trus 100% sentiasa sihat
takkkkk,coz ni sebagai langkah pencegahan supaya xmelarat sgt
anak aku stil kena demam batuk selsema bagai
cuma untuk kena yg lebih teruk mungkin agak payah
doa aku,selagi aku mampu n aku bernafas,
aku akan sediakan yg terbaik untuk anak aku
semoga Allah sentiasa lindungi dia dari segala penyakit 
dan perkara yg berbahaya untuknya,aminnn..
 
dah tu je nak share..
kalau nak tahu lebih lanjut,g tny klinik2 yg berdekatan
lagi best kalau g tanya klinik pakar kanak2,
diaorang tahu details pasal vaccine ni coz diaorang supply kan..
ok,wasalam

30 September 2014

barang preloved (baru) untuk dijual

assalammualaikum

rasanya belum lewat lagi untuk aku ucapkan selamat hari raya
still mood raya so aku blogwalking je 
tanpa update pape kat blog ni
so,baru skrg nak wish selamat hari raya,hehe..

hari ni update pun sebab nak announce utk jual2 barang2 preloved
nama je preloved tapi barang2 ni aku belum pernah pakai lagi
even xpernah pakai lagi tapi aku jual murah2 je
kalau xpercaya aku siap tag skali harga dlm gambar2 tu
meh tengok kalau ada yg berkenan ke kan

SOLD OUT
 stroller ni jenama sweet cherry,aku beli kat aeon melaka
harga nya time aku beli RM430 tapi aku nak let go RM350 je
aku beli masa aqeef baru sebulan lebih,kira still in warranty lagi..
stroller ni boleh full recline 180 darjah,so baby boleh baring tdo
handle tu boleh ubah hadap n membelakang kan baby
bakul kat bawah pun agak besar utk nak letak barang2
boleh muat dari newborn baby sampai 4thn
agak stabil coz ada 4 roda
reason nak let go,aqeef xnak dah duk dlm stroller,
dia lebih slesa dalam boba,baby carrier nya

 bantal ni aku beli awal2,konon nak bagi slesa baby breastfeeding nnti
tapi bila aqeef lahir,nan hado dia nak duk atas bantal ni
so,bantal ni aku xpernah guna
ko tengok tanda harga pun xtanggal lagi
aku beli kat manjaku,harga RM79.90 tapi aku nak jual RM60 je
aku siap bagi free gift lagi
ni haaaa..
SOLD!

breastmilk storage bottle autumnz berharga RM16.90
ada 4 botol dalamnya,pun sama aku tak pernah guna
minta husband beli tapi last2 simpan je dlm box barang...ngeh3
KIRA SOLD COZ FREE GIFT 4 NURSING PILLOW

SOLD OUT
ni pun sama aku beli awal2 dulu b4 aqeef lahir
dia banyak function,kira 4 in 1 baby carrier
jangan risau coz carrier ni ampu skali peha baby,
aku pernah hadiahkan kat kawan aku n aku sendiri tengok
anak dia pakai,memang selesa
aku beli RM79.90 tapi aku nak let go RM60 include postage..
ni pun aku tak pernah pakai coz aku dah ada boba baby carrier
nak banyak2 carrier buat apa kan,
baik jual kat org memerlukan,ye dak?;)

ok,yg ni plak classic drying rack
ni pun aku xpernah guna coz aku guna cara oldskul,
lepas basuh trus letak kat rak pinggan mangkuk,haha
kekonon nak guna tapi at last dlm box jugak dia landing
harga mcm yg tertera RM29.90 tapi aku jual RM20 termasuk postage
SOLD!
last but not least,yg ni haaa
  disposable nursing pad ni sangat berguna tau
aku beli banyak2 dulu coz dulu susu badan melimpah ruah
tapi dah lama2 bila susu makin kurang aku dah malas nak guna pad
ni kira last stok aku yg belum bukak lagi
aku beli RM18.90 tapi nak jual RM13 je..
ada 48 keping dlm ni
kira mudah lah pakai,xpayah susah nak basuh,
lepas pakai buang je,senang...hehehe.. 
SOLD!

kalau ada yg berminat boleh lah watsapp/msg aku (0194770947)
semua aku boleh post kan tp yg stroller dan bantal tu kena cod la
aku boleh cod area bangi,putrajaya,sepang n nilai
lain2 tempat tu kena lah datang pick up area cni(bndr baru salak tinggi) 
harap2 adalah yg berminat ye 
harga boleh nego lagi tapi yg reasonable la ye
ok,wasalam!












23 September 2014

makeover:dapur (kitchen kabinet)

assalammualaikum..

hai!lamanya dah xbersiaran..
hari2 blogwalking je,xde mood nak update blog..
padahal banyak benda nak share,huhu..

hari ni aku nak share makeover yg aku dah buat pada dapur aku
ingat x b4 ni aku pernah mention pasal 
major makeover yg aku nak buat kekonon tu
haaa,at 1st aku ingat nak cat je kitchen kabinet aku tu..
buruk nau dah rupanya,biasalah barang 2nd hand..

ko tengok,pintu kabinet kat sinki aku tu,
dah macam apa dah ghupenya..
kekonon semangat la nak mengecat,tapi lepas aku dah mengecat pintu utama,
adeh,terasa malas la pulak nak mengecat

aku terfikir cara paling senang n jimat duit adalah dengan cara main tampal2
tampal pe lagi kalau bukan wallpaper kan,ngeh3..
mula2 aku g kaison coz org kata wallpapernya cantik2..
tapi mahal jugak bila aku duk kira2 panjang n harganya
pastu g cari kat kedai d.i.y plak..
lagi murah weh compare to kaison..
aku boleh dapat 5meter dgn hrga RM8.50
aku bli 10 meter tiap corak aku amik..
dah siap ukur n kira b4 tu,klu xcukup matiklah nak cari corak yg sama semula
 haaa,kan dah berseri skit kitchen kabinet aku tu..
wallpaper ni dah siap ada gam,cuma perlu potong n tampal je..
gam nya pun ok,kuat gak melekat..
sepanjang aku dah tampal nak dekat sebulan ni,ok la xterbuka pun lagi..
xtau lah lepas2 ni kan,hehe..

aku ada beli corak lain untuk ditampal kat dinding dapur aku ni..
ada skit kecacatan yg menyebabkan aku perlu tampal jugak wallpaper 

tu haaa,ada plak owner lama tampal kan zink tu..
ntah sebab apa aku pun xtau..
so nak cover nya aku tampal lah wallpaper corak ni..
very the english style kan,haha...
ok lah dari pandangan mata aku..
hari2 nak masuk dapur kan,so dapur kenalah cantik

eh,aku nak jugak tunjuk susun atur kitchen kabinet aku tu tadi
tapi tunjuk skit jela dulu,yg lain2 xsempat nak snap tadi
yg belah kanan tu aku susunkan sgala mak nenek tuppaware n tipu ware
tuppaware original aku letak atas skali n berbungkus coz jarang guna
kalau tuppaware jarang guna ibu aku pesan kena bungkus coz 
kalau biar lama2 nanti ia akan cepat mereput,yg bhgn tutupnya tu
tu yg lama2 ia pecah lah,terkoyak la kan..
nak g tukar makan masa n depend pada stock ada ke x,betul x?;)

yg belah kiri tu aku susunkan barang2 makanan..
yg paling bawah opkos lah yg slalu guna..
susu baby tu display je kat situ,dpat free sample..
anak aku xminum pun susu anmum,dapat free amik jela,hihi
yg atas skali bertutup kain tu aku susunkan gelas
pun jarang guna coz kitaorg lebey suka guna mug..
gelas guna bila ada tetamu datang je..

ok lah,tu je kot untuk hari ni..
nanti aku share makeover play area untuk anak aku plak..
panjang2 kang ko bosan plak nak baca kan..
ok,wassalam!

26 August 2014

makeover:bilik stor

assalammualaikum..

hari ni dah hari terakhir bulan syawal..
kira ni entry terakhir lah b4 abis raya..
hehehee..

hari ni aku nak share tentang makeover yg aku n suami buat last weekend
kami terpaksa kemas semula barang2 dalam bilik ni
coz bilik ni dah start naik kulapuk/kulat kat dinding yg tertutup dgn barang2
jadi,solution untuk atasi masalah ni antaranya adalah kami terpaksa cari
rak untuk susun barang2 yg banyak kat bilik ni

mula2 aku berkenan dengan rak kayu ikea yg biasa org guna tu
tapi suami xberapa konpiden coz nampak mcm xteguh..
so aku cari plak rak yg jenis besi mcm yg slalu display brg kat kedai tu
bagi suami aku rak tu nampak lebih kukuh coz ia besi kan..
 
kat area rumah aku ni slalu dapat pamplet city explorer tu
so,tengok2 aku ternampak lah rak yg mcm suami aku nak tu

 murah pun ye jugak,RM68 je..
dekat plak dgn rumah so kami g lah beli sabtu tu
ahad besoknya trus projek makeover berjalan seperti dirancang
lepas suami dah siap pasang rak ni,
aku terus susun sampai jadi macam ni..
main sumbat2 je pun sebenarnya coz barang byk sgt..

pun boleh lah..berterabur skit susunannya...;p
janji barang2 aku xkena kulapok coz b4 this abis kotak2
aku lembik n terkena brg2 dlm kotak sampai jadi kotor..

alang2 dah susun barang,
aku kemas n alih skali penyangkut baju aku tu coz konon nak
buat playroom utk aqeef dlm bilik ni.
kira ada perubahan lah dari sebelum ni

sebelum 
selepas
planning nya konon nak buat kat depan rak buku ni lah
tapi bila fikir keselamatan aqeef especially bila ada rak besi tu,
aku rasa akan berubah kot planning aku tu
tengok lah nanti mcmana..huhu

bilik ni agak limited space coz ada tangga ke bilik loteng

agak sukar utk aku nak naik bilik loteng tu coz anak tangga tu
kecil je sebenarnya
kalau x,dah lama dah aku buat bilik loteng tu jadi bilik stor..
buat masa sekarang belum ada planning nak buat apa dgn bilik loteng tu
tu maybe next2 projek la kot

ok,tu jelah yg aku nak share hari ni..
nanti rajin2 aku up lagi entry susun atur aku kat dapur ye..
sekian,wasalam!



 

20 August 2014

review majlis aqiqah aqeef

assalammualaikum..

hai!ingat lagi x aku pernah cakap aku nak review 
majlis aqiqah anak aku entry2 yg lepas..
yg sebenarnya aku mencari semua contact no tu yg dah hilang,
tu yg ambil masa sikit nak review kat blog..hehehe..

majlis berlangsung secara sederhana je 15jun yg lepas..
aku memang nak buat secara ringkas tanpa ada majlis berendoi bagai tu..
so,aku n suami decide just buat doa selamat,qasidah n aqiqah je terus
sekalikan kenduri nak sambut ramadhan al mubarak..
simple tapi memenuhi tuntutan syarak yg wajib..=)
gambar sekitar majlis:captured by my FIL
puas jugak lah nak mencari org yg buat qasidah ni..
mula2 ada booking dgn 1 group dr bndr baru bangi,
tapi last minit diaorang cancel padahal b4 tu diaorang yg bersungguh
menerima jemputan kami ni,
tapi last minit cancel tanpa alasan,hmmm..

puas aku cari kat internet,
at last jumpa satu pusat tahfiz kat nilai,an najihah..
kat internet yg aku jumpa cakap pusat tahfiz ni memerlukan
dana bantuan kewangan coz mereka baru je lg tubuhkn pusat tahfiz ni
after suami aku contact,diaorang setuju utk datang
berqasidah di majlis aqiqah aqeef
ni contact no mereka,ustaz zawawi:0133331120/0162633649
bayaran diaorang minta seikhlas hati je..
kami minta mereka berqasidah tapi mereka dapat buat sekejap je 
coz tunggak utama group mereka masa tu xde
jadi,kami minta mereka bacakan doa selamat n bacaan yaasin saja
tu pun dah alhamdulillah,rasa tercapai dah hajat..;)
katering plak aku dah cari lama dah..
kebetulan katering ni pernah serve kat opis aku,
so tahu lah tahap keenakan masakan mereka..
alhamdulillah,semua puji kambing golek n masakan diaorang sedap
ada kawan aku sampai teringat2 kesedapan
kambing golek diaorang ni,haha..
aku ambil complete set dgn katering ni,
dari masakan,kanopi,meja n set hidangan..
siap ada waiter (unexpected)lagi tau utk serve tetamu yg datang..
kira berbaloi lah dgn harga yg dibayar coz servis mereka sgt tip top..

alhamdulillah,selesai dah majlis aqiqah aqeef..
lepas dah hajat kami laki bini nak aqiqah kan aqeef b4 dia akil baligh
biarlah mak pak nya tak diaqiqahkan,
yg penting anak dah settle..
kalau ada rezeki kami nak buat ibadah qurban je nnti..
kena kumpul duit ni nanti,ngeeee...

ok lah,aku harap info aku dapat membantu sesiapa yg sedang mencari..
kalau ada soalan sila2 lah komen kat bawah ni ye..
wasalam!

18 August 2014

make over: pintu utama

assalammualaikum..

hai!mesti hari ni ramai yg feeling2 monday blues kan?
aku pun sama..
rasa mcm nak cuti je hari2,tapi impossible la kan,
xkeje mana nak datang duit,ye dak??
hmmmm..

hari ni,aku nak share satu projek yg aku dah buat..
projek make over main door kat rumah aku
projek ni dijalankan sebab aku rasa main door aku xsesuai dgn grill
aku yg memang warna putih..
after discuss dgn suami,
kami setuju tukar warna pintu dari coklat ke putih

tu ada skit nmpk grill aku,putih kan baru matching..hehe
agak susah jugak sebenarnya nak mengecat pintu yg dah bercat
lebih mudah kalau pintu original,permukaan kayu semata
macam pintu aku ni,aku perlu buat double cat under coat putih,
untuk nak make sure bila cat minyak putih nanti,
kesan cat coklat tu takkan kelihatan lagi..
masa apply cat minyak warna putih,
memang mudah skit nak cover cat lama coz kesan cat under coat tu..

tambahan lagi,pintu aku ni tak diketam halus..
so,memang agak sukar sikit nak mengecat under coat dan jugak cat minyak
tapi,bila dah siap n tengok hasilnya,
aku rasa berbaloi!
mana tak nya,kesan cat minyak tu sendiri boleh haluskan 
permukaan pintu tu,macam ia diketam halus je..
padahal sebelum tu...hmmm..

aku buat sendiri kerja2 mengecat ni,
almaklum suami aku duk jauh,
bila dia balik rumah aku bagi dia chance nak spend time dgn aqeef
biar aku je buat keje ni..
tapi,kalau part2 yg payah aku panggil dia jugak..haha

modal mengecat murah je,RM32 for both cat
aku beli kat kedai hardware kwsn kampung,murah skit
dari beli kwsn taman ada mahal lebih bbrp ringgit

next projek aku akan share nanti..
kira projek akan datang ni lebih challenging skit
nak start pun aku rasa berdebar,xtau lah menjadi ke x nnti..
hahaha..

ok,wasalam!

15 August 2014

susun atur:hiasan bunga paling murah

assalammualaikum

sempena hari raya,
nak jugak hias2 rumah skit2..
ala,sekadar tukar alas meja,tambah deko skit2 tu normal kot aku rasa
dalam hati nak jugak hias rumah dgn bunga hiasan kekonon
tapi jenis aku tangan xberseni,
so memang nan hado la bunga hiasan baru selain yg ibu 
aku bagi hampir 3tahun lepas,haha..

both bunga kiri kanan tv tu ibu aku yg bagi dah siap gubah..;p
b4 ramadhan aku attend banyak wedding kawan2,
so dapatlah bunga telur yg cantik2..
tambah plak jenis xmalu slumber je minta 2 3 bunga telur lebih2,
so dapatlah kira sejambak bunga telur tu..
aku terfikir baik aku buat hiasan drpd aku buang gitu je..
then,aku g kedai RM2 utk cari pasu yg sesuai..
dapatlah pasu oldskul ni yg memang harga RM2 sajo..

bagi aku nampak cantik coz adanya juntaian reben2 tu

ni jelah yg ada kat atas meja tamu aku tu..haha
cantik x bunga aku??haha
ni versi hiasan bunga paling jimat kat dunia
modal RM2 plus muka xmalu minta bunga telur lebih kat org,kekeke..

semua kat atas meja tu versi jimat kecuali tupperware tu..
kuih import dari rumah ibu aku,
sarung kotak tisu doorgift wedding member,
bunga telur pun free n pasu RM2..
selesai deko aku,sekian..

p/s:meh lah datang beraya rumah aku,xde open house tapi kalau ada yg nak datang aku serve special sedap2 punya..yg penting calling2 dulu kalau xnak makan kuih raya sajo..hihihiii..>.<

16 July 2014

susun atur:personal belonging aku..

assalammualaikum..

hai peeps!
actually,banyak cara kalau kita nak berjimat dlm susun atur
especially bila berkaitan dengan storage methods
mcm aku,lebih suka guna pakai kotak2 kasut n kotak tisu
aku akan balut cantik2 dengan pembalut hadiah
banyak gak nak share gmbr2 after aku susun atur 
tapi aku tunjukkan mana yg ada dulu la ek..

contoh mcm yg ni,aku guna utk storage tisu2 n pads
sebelah tu aku letak segala ubat yg aku makan hari2..
senang nak cari coz terletak kat 1 tempat je..

tapi kalau sampai penyakit malas aku,
aku guna bekas yg dibeli dgn harga yg murah je..
mcm gambar kat bawah ni,
aku beli kat kedai RM2 je..
yg bakul tu kat daiso n yg hijau kat kedai RM2 tp harga nya RM4.90
kemas skit atas meja solek aku ni..
cuma bila suami aku balik ada pertambahan la barang2 atas meja ni,
lelaki...biasa la kan..huhu

aku cuma pening skit kat mana aku nak letak comforter n toto2 aku ni..
nasib baik ada almari lama owner dulu,
aku ambil n storage segala bagai toto n comforter tu..

 senang nak ambil n pakai bila perlu..
ayat orang malas..hahahaa..;p

ok lah,tu je  nak share..
aku nak share pasal kenduri aqiqah anak aku hari tu 
tapi tertinggal plak contact no org katering tu,
nnati da ada aku up entry pasal tu ek..
ok,wasalam..

p/s:mood raya is on!hahaaaa..

9 July 2014

progress aqeef:5 bulan 3 minggu

assalammualaikum..

hai everyone!
salam ramadhan,kejap dah hari ke 11 kan..
oh,kali ni aku nak rehat jap dr entry susun atur..
nak cerita progress aqeef..
nak jadikan diari perkembangan diri dia slain dr di fb,hehe..

aku mcm xpercaya je anak aku dah nak masuk 6 bulan dah..
xlama lagi dah blh mkn solid food dah..
kena lah mama nya ni gigih masak utk dia nanti..
banyak sangat advise yg aku dengar utk 1st solid food baby ni..
tapi aku ambil mana yg terbaik jelah..
dan juga yg mudah bagi aku..
bukan mudah nak menjaga anak seorang diri dengan aku yg bekerja ni
time management tu penting..
aku xboleh leka,nak lepak2 jap saja2..
haaa,berlapar la anak aku kalau aku lepak tanpa siapkan
keperluan dia dulu..
tu yg aku agak berdebar bila dah nak start bg dia makan
mampu ke mama nya ni memenuhi semua keperluan dia?
sigh....

setakat masa ni,dia dah laju dah bergolek2..
aku sekarang xboleh dah percaya nak tinggal kan dia sorang2
atas katil or sofa..
dia punya golek tu dah mcm pelakon hindustan,laju je 2 3 kali pusing
dah pandai angkat bontot,xlama dah nak merangkak ler tu
lagi lah mama ni kena jadi pak pacak tengok dia slalu,haha
x pun aqeef akan mama angkut ke mana je mama pegi,
ke dapur,ke bilik bawah dan juga ke toilet..ngeh3

kalau aku berborak dengan orang,
dia pun skali nak berborak..
sampai berbuih mulut bercakap bahasa alien dia tu..
kalau dia sorang2 tu aku tengok asyiklah main gusi dia..
aku raba2 gusi dia dah mcm ada gg nak tumbuh,
eh,normal ke kalau baby baru 5 bulan lebey tumbuh gg?
ke cepat sgt?
adeh,mama ni malas nak explore blog2 development baby,
padan muka!hahaa..

alhamdulillah,setakat ni anak mama behave je bila kami berdua
xde pun nak cranky2 sgt..
cuma masa dia selsema skit hari tu,
time tdo kemain menangis teriak kuat..
maybe dia susah nak bernafas dgn hidung tersumbat..
aku xpakai aircond sepanjang dia selsema tu..
siang nya aku bagi dia minum air masak,
banyakkan susu badan n cairkan susu formula dia..
alhamdulillah,kejap je kering selsema dia tu..
dan syukur jugak dia suka minum air masak..
tu penambah faktor dia cepat recovery kot..
walaupun ramai orang marah aku bagi dia minum air masak,
tapi bagi aku selagi dia ok minum air tu,
maknanya badan dia boleh terima la kan..
paeds xmelarang pun cuma xgalakkan je..
lain budak lain effect kan..
anak aku minum ok je,
lawas buang air besar,kulit dia xkering sgt..
lagi pun aku bagi xbanyak,sekali minum dlm 2 3 auns je,
agak2 tengok dia dah puas aku tarik..
kalau banyak2 kang kembung plak..

after raya ni aku nk bawak dia g ambil vaccine pnemonical tu
(betul ke x ejaan vaccine aku tu?haha)
risau aku zaman2 skrg..
lagi pun ramai advise suruh ambil..
in shaa Allah,selagi mana mama & papa mampu,
kami akan buat yg terbaik untuk aqeef..
sape xnak anak sentiasa sihat n ceria je kan?
biarlah berhabis pun asalkan kesihatan dia terjamin..

 
 memang baby ni rupa dia berubah2 kan..
dulu risau gak kalau anak aku kulit gelap mcm papa dia..
hahahaha..(gelak keji)
tapi ibu aku kata nnti rupa n warna kulit mesti akan berubah lg..
dah kata anak lelaki,lasak nnti konpem nya berubah lg..

xde apa yg lebih bahgia kan aku bila tengok dia sengih2 pandang aku
lagi bes bila tdo siap peluk badan aku..
xdapat badan,kaki pun boleh dia peluk,haha..
mcm ni agaknya perasaan best bila jadi ibu,
terasa pentingnya kewujudan diri ni bila ada anak yg perlukan kita je
syokkk habis..kekekeee

ok lah,banyak dah membebel ni
next time aku share pasal kenduri aqiqah dia hr tu ek..
till then,wasalam!
 

7 July 2014

SUSUN ATUR: RUANG TAMU & RUANG MAKAN

assalammualaikum..

salam ramadhan semua!
i'm back!
hari ni aku nak share tentang susun atur ruang tamu 
dan ruang makan kat rumah aku..
almaklum ler,nak join contest susun atur sioca oleh kak fizah tu..

untuk makluman,ruang dalam rumah aku ni ada sudut2 sendiri..
kiranya bersegi2 lah keluasan rumah aku ni..
payah gak nak aku terangkan,kot2 korang xfaham kan,
so meh lah aku tunjukkan gambar nya ek..

ruang khas untuk tetamu yg datang
gambar hampir keseluruhan ruang tamu
ruang lepak tengok tv
 actually untuk ruang tamu ni ia jenis straight je..
aku divide kan kawasan dgn letak buaian anak aku..
boleh x gitu?hahaaa..

sofa umah aku ni unik skit coz ia bukan kombinasi sofa yg biasa kita tengok tu..
ia jenis satu sofa panjang mcm 3seater gitu,
2seater n 1 lg tu mcm yg korang nampak tu,
jenis memanjang boleh baring..
so,dengan gaya gitu agak limited utk aku nak susun atur kn kat ruang ni..
aku beli sofa ni kat weng hub nilai,negeri 9..
harga aku rasa dlm RM1700 kot,xingat dah..
memang selesa utk duduk n jugak tdo,ngeh3..

yg kat ruang khas tetamu tu plak,
aku letakkan seat single dr ikea..
xingat dah pe nama series dia tp harga dlm RM350 1 kot..
dan coffee table tu pun dr ikea,RM79..
simple but practical coffee table tu kan..;)
langsir plak aku tempah kat MK curtain nilai square..
langsir simple ni harga kain n upah jahit RM400 termasuk langsir bilik skali,
ntah murah ke mahal??huhuuu
frame hitam merah tu dr nilai 3,harga RM70 
lepas tawar menawar dgn pakistan tu..
oh,aku nak share tips,kalau nak shopping kat nilai 3 tu,
pegi lah time weekdays,harga nya jauh lebih murah berbanding weekend..
aku dah slalu g,so aku tahu memang berbeza harganya..



ook,ni ruang makan aku..
nampak tangga tu kan,tu lah maksud aku awal2 tadi..
rumah ni mcm ada tingkat n bersudut2 coz tangga tu lah..
aku beli meja makan ni pun kat weng hub nilai,
harga RM600 kot after tawar menawar,ngeh3..;p
tempat aku slalu beli brg elektrik n perabot coz untie owner 
tu dah kenal aku so blh dapat diskaun lebey skit,kekeke..

cermin hiasan tu dr ikea gak,
cuma silap skit cara susunan tu yg nmpk mcm ada yg xkena je,haha..

frame ni aku beli kat kedai RM2 kat warta..
harganya 3 keping RM9.90..ia mcm ala2 kanvas n 3d..
ada 1 set lg aku tampal kat dinding dapur..
sebab ia nmpk mcm mahal tu yg aku tertarik nak beli..;)


frame ni aku diy sndri..
aku print out kan gambar yg aku google je,
then beli frame kat kedai diy,RM7.90..
actually kecik je frame ni,saiz A5..
nak beli frame kufi art besar2 tapi still xbeli2 lagi,hmmmm..

frame2 ni plak aku letakkan kat dinding b4 turun tangga secoit tu..
frame2 dibeli di kedai RM2 warta,bangi jugak..
ada yg RM2.90,ada RM5 n RM7.90..
pastu print kan gambar2 ni kat kedai foto..
mudah je kan,heheee..

ok,tu je susun atur yg ada dlm rumah aku ni..
harap2 masuk list lah yg boleh menang,kekekeee..
till then,wasalam!
thanx coz sudi baca blog aku..>.<

#p/s:aku gtau harga coz nak mudahkan orang ambil info ok,xde niat lain pun..
harap maklum..tq