we've been together.....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath wedding Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

16 July 2014

susun atur:personal belonging aku..

assalammualaikum..

hai peeps!
actually,banyak cara kalau kita nak berjimat dlm susun atur
especially bila berkaitan dengan storage methods
mcm aku,lebih suka guna pakai kotak2 kasut n kotak tisu
aku akan balut cantik2 dengan pembalut hadiah
banyak gak nak share gmbr2 after aku susun atur 
tapi aku tunjukkan mana yg ada dulu la ek..

contoh mcm yg ni,aku guna utk storage tisu2 n pads
sebelah tu aku letak segala ubat yg aku makan hari2..
senang nak cari coz terletak kat 1 tempat je..

tapi kalau sampai penyakit malas aku,
aku guna bekas yg dibeli dgn harga yg murah je..
mcm gambar kat bawah ni,
aku beli kat kedai RM2 je..
yg bakul tu kat daiso n yg hijau kat kedai RM2 tp harga nya RM4.90
kemas skit atas meja solek aku ni..
cuma bila suami aku balik ada pertambahan la barang2 atas meja ni,
lelaki...biasa la kan..huhu

aku cuma pening skit kat mana aku nak letak comforter n toto2 aku ni..
nasib baik ada almari lama owner dulu,
aku ambil n storage segala bagai toto n comforter tu..

 senang nak ambil n pakai bila perlu..
ayat orang malas..hahahaa..;p

ok lah,tu je  nak share..
aku nak share pasal kenduri aqiqah anak aku hari tu 
tapi tertinggal plak contact no org katering tu,
nnati da ada aku up entry pasal tu ek..
ok,wasalam..

p/s:mood raya is on!hahaaaa..

9 July 2014

progress aqeef:5 bulan 3 minggu

assalammualaikum..

hai everyone!
salam ramadhan,kejap dah hari ke 11 kan..
oh,kali ni aku nak rehat jap dr entry susun atur..
nak cerita progress aqeef..
nak jadikan diari perkembangan diri dia slain dr di fb,hehe..

aku mcm xpercaya je anak aku dah nak masuk 6 bulan dah..
xlama lagi dah blh mkn solid food dah..
kena lah mama nya ni gigih masak utk dia nanti..
banyak sangat advise yg aku dengar utk 1st solid food baby ni..
tapi aku ambil mana yg terbaik jelah..
dan juga yg mudah bagi aku..
bukan mudah nak menjaga anak seorang diri dengan aku yg bekerja ni
time management tu penting..
aku xboleh leka,nak lepak2 jap saja2..
haaa,berlapar la anak aku kalau aku lepak tanpa siapkan
keperluan dia dulu..
tu yg aku agak berdebar bila dah nak start bg dia makan
mampu ke mama nya ni memenuhi semua keperluan dia?
sigh....

setakat masa ni,dia dah laju dah bergolek2..
aku sekarang xboleh dah percaya nak tinggal kan dia sorang2
atas katil or sofa..
dia punya golek tu dah mcm pelakon hindustan,laju je 2 3 kali pusing
dah pandai angkat bontot,xlama dah nak merangkak ler tu
lagi lah mama ni kena jadi pak pacak tengok dia slalu,haha
x pun aqeef akan mama angkut ke mana je mama pegi,
ke dapur,ke bilik bawah dan juga ke toilet..ngeh3

kalau aku berborak dengan orang,
dia pun skali nak berborak..
sampai berbuih mulut bercakap bahasa alien dia tu..
kalau dia sorang2 tu aku tengok asyiklah main gusi dia..
aku raba2 gusi dia dah mcm ada gg nak tumbuh,
eh,normal ke kalau baby baru 5 bulan lebey tumbuh gg?
ke cepat sgt?
adeh,mama ni malas nak explore blog2 development baby,
padan muka!hahaa..

alhamdulillah,setakat ni anak mama behave je bila kami berdua
xde pun nak cranky2 sgt..
cuma masa dia selsema skit hari tu,
time tdo kemain menangis teriak kuat..
maybe dia susah nak bernafas dgn hidung tersumbat..
aku xpakai aircond sepanjang dia selsema tu..
siang nya aku bagi dia minum air masak,
banyakkan susu badan n cairkan susu formula dia..
alhamdulillah,kejap je kering selsema dia tu..
dan syukur jugak dia suka minum air masak..
tu penambah faktor dia cepat recovery kot..
walaupun ramai orang marah aku bagi dia minum air masak,
tapi bagi aku selagi dia ok minum air tu,
maknanya badan dia boleh terima la kan..
paeds xmelarang pun cuma xgalakkan je..
lain budak lain effect kan..
anak aku minum ok je,
lawas buang air besar,kulit dia xkering sgt..
lagi pun aku bagi xbanyak,sekali minum dlm 2 3 auns je,
agak2 tengok dia dah puas aku tarik..
kalau banyak2 kang kembung plak..

after raya ni aku nk bawak dia g ambil vaccine pnemonical tu
(betul ke x ejaan vaccine aku tu?haha)
risau aku zaman2 skrg..
lagi pun ramai advise suruh ambil..
in shaa Allah,selagi mana mama & papa mampu,
kami akan buat yg terbaik untuk aqeef..
sape xnak anak sentiasa sihat n ceria je kan?
biarlah berhabis pun asalkan kesihatan dia terjamin..

 
 memang baby ni rupa dia berubah2 kan..
dulu risau gak kalau anak aku kulit gelap mcm papa dia..
hahahaha..(gelak keji)
tapi ibu aku kata nnti rupa n warna kulit mesti akan berubah lg..
dah kata anak lelaki,lasak nnti konpem nya berubah lg..

xde apa yg lebih bahgia kan aku bila tengok dia sengih2 pandang aku
lagi bes bila tdo siap peluk badan aku..
xdapat badan,kaki pun boleh dia peluk,haha..
mcm ni agaknya perasaan best bila jadi ibu,
terasa pentingnya kewujudan diri ni bila ada anak yg perlukan kita je
syokkk habis..kekekeee

ok lah,banyak dah membebel ni
next time aku share pasal kenduri aqiqah dia hr tu ek..
till then,wasalam!
 

7 July 2014

SUSUN ATUR: RUANG TAMU & RUANG MAKAN

assalammualaikum..

salam ramadhan semua!
i'm back!
hari ni aku nak share tentang susun atur ruang tamu 
dan ruang makan kat rumah aku..
almaklum ler,nak join contest susun atur sioca oleh kak fizah tu..

untuk makluman,ruang dalam rumah aku ni ada sudut2 sendiri..
kiranya bersegi2 lah keluasan rumah aku ni..
payah gak nak aku terangkan,kot2 korang xfaham kan,
so meh lah aku tunjukkan gambar nya ek..

ruang khas untuk tetamu yg datang
gambar hampir keseluruhan ruang tamu
ruang lepak tengok tv
 actually untuk ruang tamu ni ia jenis straight je..
aku divide kan kawasan dgn letak buaian anak aku..
boleh x gitu?hahaaa..

sofa umah aku ni unik skit coz ia bukan kombinasi sofa yg biasa kita tengok tu..
ia jenis satu sofa panjang mcm 3seater gitu,
2seater n 1 lg tu mcm yg korang nampak tu,
jenis memanjang boleh baring..
so,dengan gaya gitu agak limited utk aku nak susun atur kn kat ruang ni..
aku beli sofa ni kat weng hub nilai,negeri 9..
harga aku rasa dlm RM1700 kot,xingat dah..
memang selesa utk duduk n jugak tdo,ngeh3..

yg kat ruang khas tetamu tu plak,
aku letakkan seat single dr ikea..
xingat dah pe nama series dia tp harga dlm RM350 1 kot..
dan coffee table tu pun dr ikea,RM79..
simple but practical coffee table tu kan..;)
langsir plak aku tempah kat MK curtain nilai square..
langsir simple ni harga kain n upah jahit RM400 termasuk langsir bilik skali,
ntah murah ke mahal??huhuuu
frame hitam merah tu dr nilai 3,harga RM70 
lepas tawar menawar dgn pakistan tu..
oh,aku nak share tips,kalau nak shopping kat nilai 3 tu,
pegi lah time weekdays,harga nya jauh lebih murah berbanding weekend..
aku dah slalu g,so aku tahu memang berbeza harganya..



ook,ni ruang makan aku..
nampak tangga tu kan,tu lah maksud aku awal2 tadi..
rumah ni mcm ada tingkat n bersudut2 coz tangga tu lah..
aku beli meja makan ni pun kat weng hub nilai,
harga RM600 kot after tawar menawar,ngeh3..;p
tempat aku slalu beli brg elektrik n perabot coz untie owner 
tu dah kenal aku so blh dapat diskaun lebey skit,kekeke..

cermin hiasan tu dr ikea gak,
cuma silap skit cara susunan tu yg nmpk mcm ada yg xkena je,haha..

frame ni aku beli kat kedai RM2 kat warta..
harganya 3 keping RM9.90..ia mcm ala2 kanvas n 3d..
ada 1 set lg aku tampal kat dinding dapur..
sebab ia nmpk mcm mahal tu yg aku tertarik nak beli..;)


frame ni aku diy sndri..
aku print out kan gambar yg aku google je,
then beli frame kat kedai diy,RM7.90..
actually kecik je frame ni,saiz A5..
nak beli frame kufi art besar2 tapi still xbeli2 lagi,hmmmm..

frame2 ni plak aku letakkan kat dinding b4 turun tangga secoit tu..
frame2 dibeli di kedai RM2 warta,bangi jugak..
ada yg RM2.90,ada RM5 n RM7.90..
pastu print kan gambar2 ni kat kedai foto..
mudah je kan,heheee..

ok,tu je susun atur yg ada dlm rumah aku ni..
harap2 masuk list lah yg boleh menang,kekekeee..
till then,wasalam!
thanx coz sudi baca blog aku..>.<

#p/s:aku gtau harga coz nak mudahkan orang ambil info ok,xde niat lain pun..
harap maklum..tq

4 July 2014

SUSUN ATUR: PAKAIAN & TUDUNG2

assalammualaikum..

salam ramadhan eveyone!
dah hari ke 6 kita berpuasa kan,kejap je rasa...
tup2 nanti dah tiba raya..
korang dah beli semua persiapan raya ke?
kami laki bini satu hapa pun xbeli lg..
tapi untuk si kecik tu dah beli lengkap dah..
macam dia boleh beraya je kan,ngeh3..

hari ni aku nak share cara2 aku storage pakaian aku laki bini..
aku ada satu je almari kat umah,
skali dengan set bilik tdur aku..
tapi baju nya menimbun2 tak menahan..
tapi aku xrisau apa pun coz aku memang guna penyangkut baju
yg ala2 besi tu dari zman aku bujang lg..
suami pun sama pakai penyangkut tu tp versi yg kecik n pendek la..
orang lelaki bukan ada banyak sgt baju mcm perempuan kan,
so bagi dia guna yg kecik pun dah memadai dah..

kiri baju aku kanan pun ada baju aku jugak..haha
aku sangkut semua baju kurung aku kat sini..
baju kurung usually aku guna g keje n kalau ada majlis2 rasmi jela
aku sangkut gaya mcm tu coz nak minimise kan baju tu keronyok byk..
aku ni stok malas nak iron baju,
so kalau baju keronyok2 ni memang aku jarang pakai lah..haha

yg hak belah kanan tu,kebanyakkan baju suami..
aku hanya sangkut jubah2 aku je kat situ..
mesti korang pelik nape xde pun uniform askar kat situ..
haaaa,nak tahu sebabnya?
kami kan xduk skali,
so kebanyakkan uniform suami ada kat rumah kuarters dia..
dia hanya bawak balik untuk dibasuh je,
lepas dah kering,aku akan sangkut kat satu tempat b4 dia 
bawak balik ke kem semula..
hanya ada satu je uniform dia kat situ,
baju no 1,tu dia jarang pakai so boleh lah tinggal kat rumah..;)

kira membantu sangat lah guna penyangkut ni..
almari kami dah overloaded dah pun..
aku xsuka tengok kalau baju2 dah bertimbun sangat..
ni haa almari kami..
penuh kan??
 
yg bersangkut semua baju2 utk keluar informal..
tshirt suami,blouse n kemeja aku semua aku sangkut berhanger
yg belah bawah tu aku susunkan tuala n cadar2
baju basahan pun aku lipat n susun kat tingkat bawah
bila susun mcm tu,
memang nampak crowded skit lah almari aku ni..
so,penyelesaian pakai lah penyangkut tu..
beli kat mydin je..
yg besar tu aku beli lama dulu n masa tgh offer,
so dapat lah dgn hrga RM59.00
yg kecik tu aku rasa RM29.90 kot,xingat sgt dah

tudung2 aku sangkut guna penyangkut biasa tu..
 
 aku susunkan shawl kat bhg atas
dan tudung ber awning kat bhg bawah
xtau nak sangkut mana,last2 blakng pintu tpt parking dia
tpt penyangkut tudung ni aku beli kat mydin..
tgh offer n pling murah pernah aku jumpa,RM4.90
slalu kan org jual RM10 kn..

sebelah penyangkut tuduung tu tpt sangkut beg..
boleh jugak sangkut seluar n baju2..
aku beli kat mr.diy,2 RM 2.90
murah2 je kan aku beli brg2..
sape kata brg2 susun atur ni mahal2?
kalau pandai cari memang akan dapat murah2 mcm ni..
hehehehe..>.<

oh,aku lupa nak mention..
kalau baju2 lama n dah xmuat mostly aku akan bagi orang..
tp skrg aku dah jumpa 1committee yg collect baju2 elok 
n dah xpakai lagi untuk disedekahkan kat org yg memerlukan
kalau ada sesiapa berminat boleh hantar kat sini bsok..

hantar baju yg diminta sahaja ye..
tolong lah jgn hantar baju yg dah lusuh n buruk sgt..
nak bagi kat org biarlah ikhlas n jujur ok..
bulan ramadhan ni,bagus kita bersedekah n beramal..
ni salah 1 lah caranya..;)

in shaa Allah,next entry aku akan share tentang ruang tamu 
dan ruang makan kat rumah aku..
aku nak join contest blog susun atur sioca tu..
saja2 nak cuba nasib..ngeh3..
ok,till then..
wasalam n thanx 4 reading my blog..^.^

2 July 2014

susun atur: barang2 peribadi aqeef

assalammualaikum...

minggu ni minggu rajin untuk update blog..
semangat ramadhan katanya,kuang3..

kali ni aku nak share cara aku susun atur baju2 
dan barang2 peribadi anak comel aku si aqeef tu..
masa baru lepas beranak,benda pertama aku pkir,
mana aku nak sumbat baju bajan anak aku ni..
duk pkir benda yg boleh pakai lama n praktikal utk dia hingga agak2
dah besar panjang skit,jadi teruna pingitan..kikikiii
bila dah habis pantang,
dan dah balik rumah sendiri,tak sabar2 nak g terjah ikea..
macam kat situ je ada jual almari gayanya kan...LOL
kemain aku memilih macam2 jenis almari yg ada kat situ..
bukan pilih sesaja,budget jugak harus ditengok jugak..
almari yg memahal memang xmampu ler mama nak beli aqeef oooiii..

last2 aku pilih drawer yg biasa aku tengok kwn2 blog guna..

masa aku beli tgh offer,RM229 kot,aku lupa dah..
bagi aku mudah,
kalau aqeef dah xboleh guna nanti,mama aqeef plak 
akan take over drawer ni,genius x aku??
hahahaaaa..;p

bila dah ada drawer besar gedabak mcm ni,
baru best aku nak shopping baju bajan dia banyak2..ngeh3..
normal kot untuk para mak2,
bila kluar jumpa baju anak mesti tgn gatal je nak beli..
stakat ni,ok lg drawer ni..
still tahap xmelimph kluar lagi baju bajan yg aku beli untuk aqeef
kekekekee

combine je gmbr2 ni,dr kiri ke kanan adalah dr 1st level ke 3rd level drawer ni
aku susun baju dia ikut waktu pakai nya..
baju siang suma satu susunan,
malam nya pun satu susunan jugak..
bakul utk stokin n bip tu aku beli kat mr.diy,RM3.29 satu..
1st level tu untuk napkin,tuala n selimut dia..
ko nampak bag tu kan?
haaa,bag tu hadiah dr BAKAT kem suami aku..
dulu2 pakai lah jugak b4 aku beli nappy bag yg stylo mylo skit..
beg tu praktikal tp saiz kecik bebenor,brg mama xmuat dlm tu..;p
(iklan jap)
3rd level,aku susun sgala stok drypers,wet tissue n brg2 lain..
aku memang jenis suka buat stok,
asal aku jumpa murah je aku sebat beli je..

yg ko tengok kat tepi drawer warna hijau tu,
bakul baju kotor aqeef..
aku beli bakul tiger hijau tu kat mr. diy jugak..
harga dalam RM 8.00 kot,lupa dah aku..hahaa..
aku suka g kedai DIY ni,mcm2 benda ada n murah2 plak tu..
kalau murah memang akan melekatlah muka aku kat situ slalu..
kuang,kuang3...

ok lah,stakat ni dulu la ek..
nanti aku rajin aku share plak susun atur baju2 mak pak aqeef plak
gambar dah ada tapi tangan malas plak nak menaip lagi..
take care n wasalam!

1 July 2014

8 tahun punya cerita

assalammualaikum..


ahlan wa sahlan ramadhan mubarak!
dah hari ketiga baru nak wish gitu kannn..
hahahaaa..
sorry la coz aku ni skrg tenggelamm timbul je kat blog
aku tengok kat list pelawat pun dah makin berkurang coz
tuan tanah malas nak update blog
so orang pun malas lah nak berkunjung,ye dak??huhuuu

actually nak cerita tentang susun atur tapi memandangkan hari 
ni hari special sempena anniversary yg ke 8 thn
 perkenalan aku n suami,
kita kendian kan entry tentang susun atur tu ye..hahaaa

kejap je dah 8tahun berlalu..
aku kenal suami since aku study kat uitm jengka dulu..
kami kenal pun coz xskulmate dia yg kenalkan..
masa mula2 kenal,suami aku memang pemalu..
aku plak jenis slumber je tapi slumber ala2 muslimah gituuuu..haha

mesej2 kat hp je n friendster (masa tu femes),
kol jarang2 coz dia slalu bz..
kami jumpa 1st time masa dah 3 bulan lebih berkenalan..
tu pun aku slumber badak ikot kawan2 rapat aku g kl dgn poket ada duit ciput..
(tapi aku pergi dgn permission parents aku ek)
1st time jumpa memng terkelu la nak berborak2,
biasalah aku ni take time skit nak start bercakap dgn org baru kenal..
dia pun sama lebih kurang mcm aku..
lama2 baru ok..
dalam kata kontrol ayu 1st time dating tu,
sebenarnya aku dah macam org jakun dah coz
tu 1st time aku datang kl tnpa fmly aku
1st time aku naik tren 
1st time g jalan2 bukit bintang
bayangkan aku dah mcm nak nangis bila kena masukkan kad 
nak passing through gate monorail tu
boleh plak masa tu benda alah tu mcm jem,tersekat la kad aku tu..
kalau ingat balik suami mesti akan gelakkan aku,cisss!

aku bersyukur berkenalan dengan suami,
dia banyak tolong aku sepanjang aku kenal dia
memang teman susah senang aku lah habis cerita..
bff terbaik aku,pillow mate yg pndai simpan cerita2 aku..
suami penyayang n papa yg terbaik utk aqeef..
dia reverse character dengan aku,
tu yg kami boleh get along sampai sekarang..

masa bercinta dulu aku siap pkir kalau aku xkawen dgn dia,
aku nak kawen dgn siapa?
aku ni susah skit nak suka kat orang..
kalau nak suka orang,aku ambil masa yg panjang coz 
aku jenis suka teliti seseorang tu..
akhirnya Allah memang tetapkan jodoh kami memang bersama..;)

gambar masa cintan cintun banyak dah hilang
ada yg skit aku g print out,
yg lain mana simpan dlm laptop habis hilang bila kena format baru
yelah,8 tahun kan,panjang gap masa tu..
brape kali kena format laptop n brape kali kena tkar laptop
memang hilang la gmbr2 nya..hahaha

sekarang 8 tahun kami bersama dah ada anak dah pun..
alhamdulillah,trima kasih ya Allah..
aku doa semoga Allah sentiasa berkati hubungan kami berdua..
berikanlah kami nikmat kasih sayang ni sampai hujung nafas kami
moga Allah rahmati kami dengan keturunan yg baik2 nanti,in shaa Allah