we've been together.....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath wedding Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

29 May 2012

perlu ke jadi kekwat??

assalammualaikum...

korang tahu pe maksud kekwat??ok,for those yg xtahu pe maksud kekwat adalah perkataan yg xrasmi dalam bahasa melayu yg membawa maksud macam berlagak lah...selalunya istilah ni aku gunakan bilamana aku bertemu dengan orang-orang yg fikir diri dia macam bagus sangat,pandai sangat dan tahu segala-galanya...

bukan niat aku nak mengumpat ke hapa (alasan lapuk utk elakkan rasa diri mengumpat org,hahaha) tapi perasaan xpuas hati timbul bila aku rasa orang-orang 'educated' ni macam xboleh blah coz nak tunjuk pandai mengajar emak-emak orang tentang cara-cara nak ngajar/didik anak padahal dia beranak pun x lagi,aishhh!!!

rasa nak tergelak pun ada jugak lah tapi aku tahankan coz nak tengok sejauh mana kepandaian dia ni bercakap especially hal-hal yg berkaitan hal ehwal semasa tentang perkembangan kanak-kanak tahun 2012 ni...ada pulak dia boleh jawab kalau anak-anak kecil bertanyakan tentang soalan-soalan yg selayaknya orang dewasa punya soalan,xpayah jawab,cakap je kat budak tu dia akan tahu bila dah dewasa nanti...aku dengan mak budak tu boleh nak tergelak dengar jawapan dia...mana taknya,dia punya jawapan macam jawapan ibu aku 20tahun lepas...hahaha,kelakar gilerrr!!

bagi aku,xkira lah tinggi mana pun kau belajar tapi kau xkan sesekali boleh lawan dengan ilmu yg dikutip dari pengalaman hidup seseorang...budak yg aku cakapkan ni baru setakat ada degree je tapi dia punya kerek,punya kekwat macam da ada PHD...mentang-mentang lah aku ni ada diploma je,mak budak tu takat spm je,dia pandang kitaorang ni kecik je...huh!

aku bukan xpuas hati sangat-sangat kat budak tu sampai tahap xnak kawan dengan dia lagi tapi yg aku terkilankan sangat,jangan lah berlagak sangat andai Allah bagi rezeki/kelebihan skit kat dia...dia punya berlagak siap canangkan kat kitaorang kira teori yg dia cakapkan dan digunapakai oleh mak bapak dia berkesan lah coz dia adik beradik semua berjaya...tapi dia lupa,setiap parents tu kan berbeza-beza cara didikannya...dah tu,kira aku ni xberjaya lah coz ada diploma je??bagi aku,xkira setinggi mana pun seseorang tu blajar tapi xdapat kerja tetap,haprak je lah...xpayah nak citer lebat,nak citer banyak-banyak...g balik rumah,muhasabah diri tu semula,fikirkan sendiri kenapa sampai sekarang xdapat kerja tetap...mungkin disebabkan diri tu terlalu riak sangat kot sampai Allah sempitkan sikit pintu rezeki tu,huhuhu...

pada anda di luar sana,ingat-ingat lah,walau macamana tinggi pun anda belajar,jangan lupa pengalaman adalah ilmu yg paling tinggi dan bernilai berbanding degree,master or PHD skali pun...jangan lah nak bertikam lidah dengan orang yg lebih tua andai ilmu anda yg menjadi taruhan,xberbaloi sangat-sangat ok!!sekian,terima kasih...

25 May 2012

bicara hati...


assalammualaikum...

maybe korang dah pernah tengok gambar ni dalam facebook kan??maybe bukan aku sorang yg rasa apa yg dikatakan ustaz idrus tu adalah terjemahan diri aku sendiri...ye,aku memang suka gelak ketawa,lagi bes kalau ada geng yg satu kepala yg memang suka gelak kuat-kuat...hahaha...tapi bila aku ada pape masalah,perlu ke aku canangkan kat semua orang yg aku ada masalah??seriously,agak memalukan untuk aku bercerita kat sesape kalau ada masalah terutama berkaitan dengan hal-hal rumahtangga...dan perlukah aku riuhkan satu kampung yg aku ada menangis bilamana kerinduan mencerut hati ini bila si suami jauh dari mata dan hilang komunikasi ketika beliau dalam misi latihan...

so,di sini lah aku akan bercerita tentang hati dan perasaan,berkongsi rasa pada yg sudi membaca blog aku ni...aku tahu di luar sana ada juga insan-insan yg senasib dengan aku...yg sama-sama menghitung hari bila lah sang suami akan hari-hari berada di sisi dan bila lah ada benih yg nak bercambah dalam rahim...huhuhu...sama-sama lah kita doa-doa semua harapan dan impian akan jadi kenyataan,amin...

p/s:xde mood nak cakap banyak-banyak,macam-macam perkara yg mencengkam hati ni dari berbicara panjang lebar...

22 May 2012

Lama atau sekejap??


Assalammualaikum…

Setiap perhubungan yg bermula memerlukan jarak masa yg tertentu untuk mengakhirkan hubungan tersebut untuk sesuatu yg lebih serius dan halal…pada aku,aku perlukan suatu jarak masa yg panjang untuk aku tanamkan kepercayaan pada seseorang yg aku bakal gantungkan segala harapan dan cita-cita aku kemudian hari…tapi setiap orang punya sifat yg berbeza di mana ada sesetengah yg aku jumpa tidak perlukan masa yg panjang untuk mengikat sesuatu yg hubungan yg lebih serius contohnya pertunangan atau pernikahan…

Jadi,topik yg aku nak bangkitkan kat sini,perlu ke ada orang yg nak pertikaikan sama ada lama atau sekejap seseorang bercinta?tidak perlu kot…ada orang yg dah pasti jumpa cinta sejati dalam hidupnya mungkin hanya mengambil masa sehari je untuk menyelami hati budi pasangannya…mungkin ada juga yg mengambil masa bertahun-tahun untuk menyelami hati pasangannya…(aku lah tu,huhuhu)…so,jangan nak buat-buat muka terkejut lah kalau tiba-tiba terdengar si A yg baru je kenal boyfriend dia 3bulan dah terus nak ikat tali pertunangan…belum tentu si B yg dah kenal boyfriend dia 8tahun boleh kekal bertunang dan berkahwin dengannya…see??jarak masa tidak menjanjikan apa-apa kepastian dalam sesuatu perhubungan ye,just remember that thing…

Of course la,dari segi syarak dan hukum agama tidak menggalakkan sesuatu hubungan belum halal berpanjangan lama-lama…tapi bagi aku,jarak masa tu sangat penting untuk mencari keserasian…nasib baik  untuk kes aku lain sebab kami dulu masa bercinta memang jarang-jarang berdating…dia dalam kem,aku pulak kat jengka,so sekali sekala kalau beliau ada outing baru aku akan turun kl untuk jumpa beliau…so,masalah yg orang tua-tua,mak ayah risaukan tu memang kami takkan kami buat (masalah yg korang boleh agak bila manusia hanya berdua di tempat2 sunyi)…hehehe….itu yg buatkan kami mampu bertahan sampai lima tahun then kami decide nak bertunang dan setahun kemudian berkahwin,Alhamdulillah…

Actually,perkara ni sangat subjektif,depend pada diri masing-masing…kalau rasa yakin dan mampu untuk bawa sesuatu perhubungan tu lebih lama,tidak akan menjadi masalah pada pasangan tersebut..tapi kalau rasa goyah dan hati tidak sekuat yg disangka,jangan sesekali mengambil risiko untuk bercinta lama-lama…terlalu banyak yg pahit dari yg manisnya bercinta lama-lama…tu belum campur sekali dengan umpat keji jiran-jiran yg jenis kepochi radio kampong tengok kita keluar dating walaupun keluar dating tu sebulan sekali je kot…dugaan yg datang bila tiba-tiba diri menjadi pujaan jejaka malaya yg sebelum ada boyfriend takde sesiapa pun pikat diri sendiri tapi bila dah ada boyfriend ramai pulak nak usha kan,dugaan,dugaan….isk,isk,isk!!

So,kesimpulannya (wah,macam buat eksperimen la plak),terpulang pada diri masing-masing untuk decide nak bercinta lama-lama or sekejap…untuk aku yg berpengalaman bercinta lama-lama ni,aku advise kan jangan lah bercinta lama-lama…bukan apa,takut bila dah lama-lama,takut jadi bosan pulak kan…(tapi aku,semakin hari semakin rasa cinta meluap-meluap plak lepas kawen ni,cewahhh!!)..kalau sekejap plak,jangan terlalu singkat usia perhubungan tu,kenal betul-betul pasangan anda,family nya,kawan-kawannya,takut kalau main terjah kawen je,menyesal plak di kemudian hari nanti…bahaya tu!sekian je untuk hari ni…sayonara!!





17 May 2012

looking for new house to rent

assalammualaikum...

hmmm,2nd post for today...i knew,it look weird for someone name tasha to post twice in one day!hahaha...she's also writing in english??yup,it's also weird!!hohoho...;p

actually,just wanna tell you how dissapointed i am and also my husband after i've been told by the house owner that she wanna her house back...we're only stayed at the house only for a few month,almost four months i think!and now,i try to find another house around here,which are around bandar baru salak tinggi n bangi...i more prefer bandar baru salak tinggi coz i love its environment,really!

so,guys!!it's my honour if any of you could help me to find a house in the area that i've told you before...based on my experience,it's really hard to find a house in a short time...so,that's why i asked you to help me...i only can afford the rent around RM400 to RM 500 monthly n more prefer a single storey house...last but not least,thanx a lot who can help me this time...really-really appreciate it most!!may Allah bless you always..;)

resepi roti telur sandwich tuna & murtabak maggi ayam special!


Assalammualaikum…

Ok,seperti yg aku janjikan,hari ni aku akan share resepi-resepi yg sesuai disantap waktu-waktu petang…resepi pertama,roti telur sandwich tuna dan murtabak megi ayam special…(nama nak glemer2,xboleh blah!hahaha)…resepi ini juga sesuai untuk dimakan oleh mereka yg berdiet kerana aku menggunakan bahan-bahan yg kurang berkolesterol…healthy la sangat kan,hehehe…

ROTI TELUR SANDWICH TUNA
Bahan-bahan:
Beberapa keping roti sandwich
3biji telur
Tuna dalam tin
Sedikit lada sulah
20g marjerin
Sedikit bahan perasa

Cara-cara membuatnya:
1.       Potong roti sandwich kepada 2bahagian.
2.       Pukul telur hingga kembang dan masukkan sedikit bahan perasa dan lada sulah
3.       Panaskan kuali dan cairkan sesudu marjerin.kemudian,celupkan roti ke dalam telur dan gorengkan roti tersebut sehingga garing.
4.       Letakkan tuna tersebut di atas roti telur dan lipat dua roti tersebut.hidangkan ia.

lipat dua roti ni lepas letak tuna
finally...;)
 MURTABAK MEGI AYAM SPECIAL
Bahan-bahan:
1bungkus maggi (boleh guna maggi kosong)
3-4 biji telur (bergantung pada saiz telur dan jumlah maggi yg digunakan)
1biji bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (diketuk dan dihiris)
½ biji cili hidup merah
1 sudu kecil lada sulah
1batang daun bawang (dipotong halus)
100gram daging ayam (dipotong dadu)
Sedikit garam

Cara-cara membuatnya:
1.       Panaskan minyak dan goreng bawang-bawang dan ayam yg telah dipotong dadu.angkat dan asingkan.
2.       Pecahkan telur dan pukul hingga kembang.kemudian,masukkan bahan-bahan yg telah digoreng tadi,cili merah,daun bawang,lada sulah dan garam secukup rasa.
3.       Kemudian,masukkan maggi yg telah dicelur dan dibasuh ke dalam adunan tadi dan kacau rata.
4.       Goreng adunan tadi dengan minyak yg sedikit dan api yg kecil hingga masak.

aku pinjam dari google coz lupa snap gambar hari tu...;p


Sekian,selamat mencuba…^_^

16 May 2012

kisah dia...


Assalammualaikum…
Kalau dulu,masa mula-mula bercinta semuanya indah…
Kalau dulu,masa mula-mula bercinta bergayut sakan tiap-tiap malam…
Kalau dulu,masa mula-mula bercinta,sms setiap masa bagai nak rak…
Kalau dulu,masa mula-mula bercinta,jalan-jalan nak berpegangan tangan…
Kalau dulu,masa mula-mula bercinta makan pun nak bersuap-suap…
Kalau dulu,masa mula-mula bercinta cakap pun lembut macam xkeluar suara…
Tapi sekarang,nak telefon sekali sehari pun susah…
Tapi sekarang,sms alert pun jarang-jarang kedengaran…
Tapi sekarang,jalan pun sorang kat depan,sorang kat belakang…
Tapi sekarang,makan pun laju je telan sorang-sorang…
Tapi sekarang,cakap pun macam ribut,macam nak kejar pencuri kat depan…
Kenapa bila dah halal,segalanya harus berubah??
Kenapa bila dah halal,segalanya harus jadi membosankan??
Kenapa bila dah halal,segalanya harus jadi haram??

#ni bukan kisah aku,engkau ataupun dia… kisah ni xde kena mengena yg hidup ataupun yg telah mati… ni kisah sesiapa yg rasa ni kisah dia…dari mana aku dapat kisah ni,kenapa engkau nak kisah??hahaha…sekian,kalau rasa nak baca,bacalah,kalau xnak,ada aku kisah??:LOL:

15 May 2012

hari ibu haram??

Assalammualaikum…


Sori,aku still x update tentang resepi yg aku dah janjikan last week…xsengaja coz kamera asyik tertinggal neither kat rumah or bila dah bawa aku tertinggal plak dalam dashboard kereta (memang aku dah tua ke,eh?)…sekarang aku makin rajin nak mengupdate blog coz blog dah makin cantik (angkat bakul sendiri,hobi terbaru aku:LOL:)…tapi agak menyentap perasaan bila jadi silent reader kat blog-blog yg before ni sama-sama bride to be dan kahwin selepas aku dah Berjaya pregnant,Alhamdulillah dan tahniah untuk mereka…but it seems like bad news for me coz I’m stil not pregnant yet!huahhhh….

Yes,aku semakin teruja untuk memiliki anak sendiri coz aku sangat gilakan something yg comel-comel sampaikan anak sepupu aku sering menjadi mangsa gomolan aku yg sangat sukakan kanak-kanak,hahaha!!giler meroyan!!>.<

last Sunday kan mother’s day…korang belikan apa untuk mak korang??aku just belikan jam tangan untuk ibu aku,dan seperti dijangkakan aku dah agak ibu aku akan tanya harga jam tu,hahaha…nak tahu kenapa ibu aku tanya harga??haaa,sebab aku ni kan jenis ‘kemut’ sikit,nak beli benda yg murah je sokmo…so,ibu aku ingatkan aku akan beli benda yg murah untuknya jugak…hahaha…actually,aku beli jam yg ori untuk beliau sempena hari ibu ni,cuma nasib aku baik time aku beli tu tengah offer 50%...ni jam nye,nampak biasa je lah dan usually jam macam ni memang banyak dijual x ori kat pasar malam kan??bezanya yg ori dan x ori,kat belakang jam ni ada sticker ‘made from japan’ dan muka belakang jam tu lain sikit dari yg x ori…

pinjam dari google,hehe..
A day before mother’s day,aku bukak facebook,macam biasa lah,nak tengok kalau-kalau ada notification baru kan…tapi ada plak member-member kat FB yg mention xboleh sambut hari ibu ni coz katanya sambutan ni orang-orang kristian sambut hari kebesaran Mother Theressa (betulkan aku kalau aku salah)…tapiii,peduli apa kan kalau kita ikut orang non muslim tapi dengan niat kita cuma nak menghargai jasa ibu yg membesarkan kita selama ni…kalau nak ikutkan halal haram yg xberlandaskan fatwa dan nas-nas islam,memang banyak benda xboleh nak buat dalam zaman yg makin maju dan moden ni…fening-fening….*_*

Aku rasa bertuah coz aku ada 2 orang ibu,sorang yg aku panggil mak,mak yg kandung dan lahirkan aku walaupun masa tu beliau sakit kuat…kata ayah,memang mak aku seorang yg sangat-sangat sabar dan kuat,sering ditinggalkan ayah ketika ayah aku bekerja di Pulau Krismas,Australia…sangat berdikari dan sabar mengharung hidup yg susah masa zaman pasca merdeka…(aku ikut jejak langkah arwah mak,tabah hidup sorang-sorang ditinggalkan suami yg keluar mencari rezki)…mak aku sakit lama sejak abang atas aku dilahirkan…Allah kurniakan beliau kekuatan hingga berjaya bertahan sampai aku dilahirkan…tapi Allah lebih sayangkan hamba-Nya,xnak arwah sakit lama-lama,lepas aku umur 2tahun,mak pergi bertemu Ilahi…innalillah….

Sorang lagi yg aku panggil ibu sangat-sangat aku sayang,orang yg membesarkan aku hingga aku Berjaya macam sekarang…walaupun masa kecil-kecil dulu memang selalu kena hambat dengan rotan tapi kesan kena rotan dan cubit tu yg menyebabkan aku Berjaya menjadi insane berguna macam sekarang…bukan nak angkat bakul sendiri tapi aku Nampak kesan kegarangan ibu mendidik aku dan adik aku,kami jadi sangat berbeza dengan budak-budak yg sama-sama membesar dengan kami berdua…Alhamdulillah,ibu dan ayah xperlu pening-pening dan beristighfar panjang dengan perangai kami yg memang budak baik..(jangan muntah hijau kat sini ok,hahaha)

insyaAllah,raya tahun ni family kami dah makin besar coz da bertambah 2orang dalam family kami…mana tahu tahun depan bertambah lagi,aku dan abang aku sama-sama dapat anak serentak,amin...insyaAllah…hehehe...

orang kesayangan teramat-amat..;)

family besar aku raya 2011