we've been together.....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath wedding Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

17 May 2012

resepi roti telur sandwich tuna & murtabak maggi ayam special!


Assalammualaikum…

Ok,seperti yg aku janjikan,hari ni aku akan share resepi-resepi yg sesuai disantap waktu-waktu petang…resepi pertama,roti telur sandwich tuna dan murtabak megi ayam special…(nama nak glemer2,xboleh blah!hahaha)…resepi ini juga sesuai untuk dimakan oleh mereka yg berdiet kerana aku menggunakan bahan-bahan yg kurang berkolesterol…healthy la sangat kan,hehehe…

ROTI TELUR SANDWICH TUNA
Bahan-bahan:
Beberapa keping roti sandwich
3biji telur
Tuna dalam tin
Sedikit lada sulah
20g marjerin
Sedikit bahan perasa

Cara-cara membuatnya:
1.       Potong roti sandwich kepada 2bahagian.
2.       Pukul telur hingga kembang dan masukkan sedikit bahan perasa dan lada sulah
3.       Panaskan kuali dan cairkan sesudu marjerin.kemudian,celupkan roti ke dalam telur dan gorengkan roti tersebut sehingga garing.
4.       Letakkan tuna tersebut di atas roti telur dan lipat dua roti tersebut.hidangkan ia.

lipat dua roti ni lepas letak tuna
finally...;)
 MURTABAK MEGI AYAM SPECIAL
Bahan-bahan:
1bungkus maggi (boleh guna maggi kosong)
3-4 biji telur (bergantung pada saiz telur dan jumlah maggi yg digunakan)
1biji bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (diketuk dan dihiris)
½ biji cili hidup merah
1 sudu kecil lada sulah
1batang daun bawang (dipotong halus)
100gram daging ayam (dipotong dadu)
Sedikit garam

Cara-cara membuatnya:
1.       Panaskan minyak dan goreng bawang-bawang dan ayam yg telah dipotong dadu.angkat dan asingkan.
2.       Pecahkan telur dan pukul hingga kembang.kemudian,masukkan bahan-bahan yg telah digoreng tadi,cili merah,daun bawang,lada sulah dan garam secukup rasa.
3.       Kemudian,masukkan maggi yg telah dicelur dan dibasuh ke dalam adunan tadi dan kacau rata.
4.       Goreng adunan tadi dengan minyak yg sedikit dan api yg kecil hingga masak.

aku pinjam dari google coz lupa snap gambar hari tu...;p


Sekian,selamat mencuba…^_^

4 comments:

ღ cik faye ღ said...

resepi kamu ni buat perut saya berkeroncong je...haaa make sure cik abang kamu x overweight hahah, :-) just gurau.

ღ cik faye ღ said...
This comment has been removed by a blog administrator.
natasha said...

ni xcukup mengenyangkan pun berbanding makan nasi...dia x overweight,kte ni yg overweight sebenarnya,hahaha..;p

ღ cik faye ღ said...

samala ni...berat badan naik konon stress belajar, makan, makan, makan. jeans pun dah ketat. plan nak jogging tapi tak tau bila nak start hehe.