we've been together.....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath wedding Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

9 May 2012

pebende cyst ni??



assalammualaikum...

semalam masa duk borak2 dengan opismate,terbuka cerita tentang perkara2 yg menyukarkan seseorang tu pregnant...before this aku memang pernah ngadu kat diaorang yg aku slalu sakit perut dan kena ada posisi tidur yg tertentu untuk mengelakkan aku rasa senak time tidur...dan ada lagi certain-certain simptom yg aku malu nak cakapkan kat sini,hehehe...tiba-tiba salah sorang member aku cerita lah yg dia baca metro keluaran ahad lepas di mana ada sorang pembaca bertanyakan soalan kat pakar sakit puan tentang simptom-simptom yg sama macam aku alami....dan penjelasan yg pakar sakit puan tu bagi memang bagi aku nightmare gak lah hinggakan kau dah xsabar nak balik melaka n ajak ibu aku temankan g klinik...nak tau pe penerangan pakar 2??

kata pakar tersebut simptom-simptom yg dialami wanita tu macam cyst,iaitu sejenis ketumbuhan yg dibahagian sistem peranakan perempuan...hal ni boleh menyebabkan orang tersebut sukar untuk hamil...ni penerangan selanjutnya yg aku copy dari portal alamhamil....

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simptom atau gejala.

Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.

Gejala Ovarian Cysts

 

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
  • Sakit perut
  • Rasa perut penuh dan tak selesa
  • Rasa berat pada ari-ari
  • Sukar atau kerap kencing
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Muntah dan loya.

Diagnosa

Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan menggunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.

Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan

Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.

Rawatan

Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.

 aku memang ada simptom-simptom yg disebutkan kat atas cuma aku xde simptom muntah dan loya jelah dan rasanya xde sebarang benjolan kat bawah perut aku ni,rasanyalah...tapi perut aku memang extraordinary buncit,sampai aku rasa semua orang fikir aku pregnant padahal isinya kosong je pun...sedih...='(

kalau incik asben dapat cuti weekend ni memang aku heret dia sama g klinik...aku memang cuak betul dah ni,dengan period aku dah lewat ni,lagi wat aku gabra...harap-harap lah xde pape,dan harapnya isi nya biarlah isi yg bernyawa,aminnn....


2 comments:

ღ cik faye ღ said...

good info...,ya cepat2la check. insya Allah takde apa2 tu.think positive
:-)

natasha said...

aminn,harap2 ok la...xsabar plak nak g klinik tp maybe xde gud news coz da period da skrg...huhuhu...