we've been together.....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath wedding Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

13 July 2015

susunatur:makeover raya di teratak bonda

Assalammualaikum w.b.t

Salam ramadhan kareem untuk semua..
tak lama dah ramadhan akan berlalu meninggalkan kita semua,
aidilfitri pula bakal menjelma..
aku sure mesti ramai dah full prepare sambutan raya kan?
heeee,aku pun dah siap prepare..^.^

semuanya dalam keadaan paling bersederhana tahun ni,
hanya sepasang seorang untuk aku,suami dan aqeef..
aqeef hanya penambahan baju jalan2 sebab kebetulan pergi jusco melaka
ada pulak member's day,sempatlah grab sepasang seluar n baju untuk dia..
yg lain2 plak memang paling simple n jimat kos tahun ni...
paling banyak buat kuih pun tahun ni,
sebab beli 1 2 bahan je untuk buat kuih,boleh dapat 4 jenis kuih..
penat tapi berbaloi bagi aku,
senyum sampai ke telinga bila rasa kuih buatan sendiri sedap..
*angkat bakul sendiri,lariiikkk!haha..;p

untuk raya tahun ni terover rajin sebab,selain buat kuih sendiri,
aku juga mengecat kat rumah di kampung..
dah 5tahun x bercat,so tahun ni kumpul duit adik beradik,
mengecat lah kami di rumah tu..
extra rajin,aku make over plak ruang tamu rumah kat kampung aku tu..

sebelum (sorry ganbar gelap sebab malas nak pasang lampu,haha)

selepas (sorry ada model sexy kat depan tv,ngeh3)
puas hati aku bila dah siap n tengok hasil nya begini
tambah happy bila tengok senyuman ibu n ayah tengok rumah 
mereka dah makin cantik
berbaloi kepenatan aku n suami susah payah pasang wallpaper
 dari pagi hingga masuk zohor
memang terima kasih banyak2 kat suami tersayang sebab susah payah
 jugak tolong aku pasang wallpaper n drill dinding untuk gantung tv tu
actually,kami gantung tv tu sebab nak elakkan aqeef tengok tv dekat2
n g ketuk tv nenek nya tu,haha..
dia dah makin tinggi,so bila tv atas meja memang senang jela 
dia boleh capai,bahaya!huhu

alhamdulillah,persiapan raya tahun ni aku memang betul2 rasa happy
walaupun sederhana tapi still full of happiness sebab 
aku berjaya buat semua yg aku teringin
still in low cost,of course!hahaha..;)

sempena bulan ramadhan n aildilfitri yg bakal menjelma,
aku nak minta maaf pada semua especially yg baca blog aku ni,
harap diampun maaf sekiranya ada aku terkasar bahasa,
terguris sesiapa yg baca penulisan aku dalam blog ni..
sesungguhnya yg baik semuanya dari Allah s.w.t,
yg buruk n khilaf itu datangnya dari aku hamba Allah yg kerdil ini.

salam aidilfitri,maaf zahir dan batin semua!
wasalam....:)
 


 
 

12 July 2015

JOM ORDER KEREPEK UNTUK RAYA NANTI!!

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim...
tak sampai seminggu je kita akan sambut ramadhan al-mubarak kan
kejap je rasa dah nak puasa semula
xsabar rasanya nak puasa untuk tahun ni
bulan yg penuh rahmat yg mana setiap amalan akan dipergandakan 
ganjaran pahalanya,in shaa Allah

lepas puasa nak sambut raya pulak kan
sempena dengan itu,aku ada bukak order untuk tempahan kerepek raya nanti
so,jangan risau kerepek aku ni dijamin 100%;

#fresh from kitchen ,bukan stok simpanan yg lama2 tau
lagi 2minggu nak raya baru aku ambil dari supplier coz aku nak kerepek
yg baru dibuat bukan yg dibuat sebelum puasa ni

#takkan ada masalah kerepek masuk angin or dah lemau ye

#kerepek ni dibuat oleh supplier aku yg dah bertahun2 pengalaman buat
 kerepek so,memang konpem kerepeknya sangat2 la sedap n
mengikut citarasa penggemar kerepek..:)

#memang konpem tahan lama even lepas raya pun in shaa Allah boleh makan
lagi as long as korang simpan dalam bekas yg kedap udara


kerepek jejari udang

kerepek ubi chips

kerepek tiram@kuih lidah buaya

ni antara gambar2 yg aku sempat ambil masa packing untuk jualan harian
time puasa ni aku dan ibu aku concentrate untuk packing kerepek raya pulak
kalau ada sesiapa berminat nak beli boleh whatsapp/sms aku
0194770947
aku boleh hantar cod direct pada korang yg duk area 
sepang,bangi,kajang,nilai,seremban dan putrajaya
melaka,raub dan bentong pun xde masalah untuk aku cod

just roger aku nak kerepek apa n berapa kg korang nak
tak rugi beli kerepek sebab x macam kuih raya makan banyak2 cepat muak
dan kadang2 boleh buat sakit perut sebab mcm perasa n warna ada kan..hehehe

ok,tu je nak cerita..
in shaa Allah kalau rajin aku up 1 entry pasal susun atur ye
lama nau x update blog coz ada bz skit..
wasalam!