we've been together.....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath wedding Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

29 November 2012

bangkitlah walau jatuh..

assalammualaikum..

sharing is caring..
  • orang yg berjaya adalah orang yg berkali-kali kecewa,kecundang dan patah harapan.tetapi mereka bangun semula kerana tahu apa yg ingin dilakukan dan nampak apa yg mereka akan dapat.
  • kesenangan tidak datang dengan mudah dan kemiskinan juga tidak sesusah itu. jangan putus asa dan putus usaha dengan mudah,anggap kesusahan sebagai jambatan untuk menggapai kejayaan.
  • apabila masalah yg dihadapi menekan dengan tak sudah,hidup ini menjadi terlalu susah.jika perlu,berehatlah seketika,tetapi jangan anda mengalah. hidup ini aneh bagai putaran dan belitan,sebagaimana setiap orang mendapat pengajaran.
  • jangan putus asa jika lambatnya giliran anda,kerana anda akan berjaya dengan satu lagi kesempatan. selalunya arah tujuan terlalu dekat,kepada yg lemah dan yg tergugat.
  • kadang kita terasa sempitnya waktu dan hilangnya arah tuju tatkala sesuatu perkara itu menghampiri dan menghempas pada diri kita. memang benar,kita menjadi takut dan hilang arah.namun apalah yg ada pada kita,jika kita tidak mampu mengahadapi saat2 kesusahan dan kesulitan itu
  • saat diduga ada kalanya kita rasa tidak mampu menghadapinya,sering mengeluh  dan menyalahkan mengapa semua ini berlaku. ingat satu perkara,setiap perjalanan kita tidak sama dengan orang lain. kesabaran dan ketabahan dalam diri kita seharusnya menjadi pegangan dan percaya yakin dengan kemampuan kita.
  • kita sering mahukan hari yg cerah tetapi Allah mengetahui,hakikatnya hujan perlu diturunkan. kita sering inginkan kejayaan,jauh sekali kegagalan tetapi Allah lebih mengetahui sebenarnya kesusahan dan kegagalan mengajar erti kehidupan.
  • ingatlah setiap apa yg Allah turunkan bukanlah untuk menghukum kita,tetapi sebagai tanda kasih sayang Allah agar kita lebih tabah dan untuk kita lebih kenal apa erti kesabaran.
  • nikmatilah segala pahit maung dalam menuju kejayaan kerana di hujungnya anda akan merasa manisnya. anda berhak merasai kemanisan itu selepas mengharungi dan menelan segala pahitnya.
pinjam ayat dari majalah NUR untuk bina kekuatan hati yg semakin rapuh..
semoga ayat2 ni akan memotivasikan kawan2 yg perlukan
motivasi seperti sy juga...^_^

26 November 2012

wishlist 2012 dah tercapai,yeahh!!

assalammualaikum..

1st of all,alhamdulillah!!
untuk tahun ni hampir semua wishlist aku dah berjaya dapat..
paling utama opkos la dah kawen kannn,
hahahaaa...
bila dah kawen n dah ada rumah sendiri,
wishlist lebih terarah kepada perlu ada barang2 keperluan rumah 
plak kan...

alhamdulillah,rumah aku sekarang even rumah sewa
lagi dah hampir penuh..
beli sikit2 je dulu lama2 penuh la kan...
barang2 basic memang masa mula2 masuk rumah dah ada,
cuma benda yg keinginan je aku beli kemudian..
contohnya macam oven n pengukus yg besar..
pastu mesin jahit n lampu berkaki untuk letak tepi rak tv..
tu benda yg aku nak tapi aku letak ke tepi coz xpenting sangat kan..
sekarang,bila dah ada duit lebih baru aku beli..

yg best bila ada asben yg paling baik hati macam incik asben 
bli kan tab android tu..
tu pun antara benda yg aku nak tapi aku ketepikan coz 
bukan benda paling penting kan..
tapi bila dah dapat,lagi2 plak orang hadiahkan,
memang heaven!!
hahahaaa...

cuma sedihnya,
wishlist paling penting belum berjaya dipenuhi...
harapnya sebelum penutup 2012
dapat lah penuhi wishlist tersebut..
dan doa aku biarlah wishlist tu menjadi hadiah paling best 
untuk incik asben sempena 1st anniversary kami next year..
xlama dah nak sampai tarikh 21.01.13..
harap2 lah ada gud news nanti,amin..




16 November 2012

luahan di tahun baru..

assalammualaikum..

salam jumaat..
back to work after almost a week bercuti..
next week sambung cuti lagi..
di saat semua orang tengah bz coz
banyak benda kena settle time dah ujung tahun,
aku plak berjimba kat rumah n somewhere dgn 
orang2 tersayang..
hilang semua beban masalah dalam kepala,
hilang semua persoalan manusia2 yg sibuk je 
nak ambil tahu hal orang..;)

aku bukanlah orang yg sombong,jujur!
tapi aku xsuka orang yg terlalu menyibuk untuk 
tahu hal2 peribadi orang..
aku sendiri rasanya dah semakin xnak ambil tahu
hal orang lain..
lantak pi lah hal orang,
bagi aku,selagi aku xkacau orang,
orang lain pun jangan ambil tahu hal aku..

buktinya,aku dah semakin penat dengan 
kecanggihan sosial media..
maybe blog ni je yang tinggal menjadi sebab aku
kena surfing internet kalau xnak akaun blog
aku ditutup..
huhuhuu..
facebook pun bukak jarang2,
komen bila rasa sangat2 perlu aje..
incik asben pun macam tu jugak..
malas nak ambil tahu hal orang lain..
kalau ada yg sudi nak khabarkan berita,alhamdulillah..
tapi untuk kami cari berita itu,
memang dah lama aktiviti tu kami xbuat dah..

aku penat berhadapan dengan orang yg xfaham
dengan hidup kami laki bini ni..
orang boleh cakap ada orang duk jauh pun boleh 
pregnant jugak..
tapi aku nak tanya,
dia ada ke masalah yg aku ada?
cyst yg xputus kunjung tiba,
dari kiri ke kanan munculnya..
benda yg aku xminta datang tapi 
dah Allah takdirkan itu yg ada dalam rahim aku,
xboleh buat pape lah selain makan ubat
dan tunggu benda tu hilang dgn sendirinya..
harap-harap lah..

jeles??
takkk,aku sikit pun xjeles dengan berita gembira yg 
orang lain dapat..
biarlah,itu Allah da tentukan bahagian untuk dia..
insyaAllah,aku yakin akan sampai juga turn aku nanti..
cuma aku perlu sabar dan terus menanti..
sekarang dah tak kisah sangat pe orang nak cakap..
lebih baik aku blah n mengelakkan diri dari 
tadah telinga dengar mulut2 orang yg busybody tu..
ok,dah tu je nak cakap hari ni..
oh,lupa nak wish,
salam maal hijrah 1434Hijrah..
semoga tahun baru ni membawa seribu keberkatan dan 
kerahmatan untuk anda semua dan juga aku..^_^

9 November 2012

aku terima nikahnya..

assalammualaikum..

'kadangkala orang yang menyintaimu adalah
orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu..
kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya..
dan bila di suatu masa dia hilang dari pandanganmu,
kau akan menyedari dia adalah cinta yang 
tidak pernah kau sedari..'
-sedutan dari movie AKU TERIMA NIKAHNYA


8 November 2012

gila bayang??

assalammualaikum..

sekarang memang tengah giler dengan korean drama..
addicted mcm drug addict..
dah macam time2 study dulu la plak..
bila tengok dah xboleh stop..
hahahaaa...;p

mula aku start tengok drama LIE TO ME..


bila tengok cerita ni aku memang gelak
macam orang giler la..
xkira kat umah or kat opis..
*aku tengok bila semua keje lab dah siap ekkk
siap masuk dlm pendrive nak tengok kat tab
yg membolehkan aku tengok kat mana2 je..
over addicted kan??
hahahaaa...

abis citer tu,
aku try usha citer ni plak..


drama SWEET SPY..
citer ni boleh lah tahap kelakarnya..
tapi yg buat aku addicted adalah kerana ini...


DENNIS OH!!
ehhh,aku xcurang okey..
my asben tetaaapp menjadi pujaan hatiku..
hehehee..
ni sebagai hiburan je,
layan kan korean drama time duk sorang2 ni..
bila asben aku balik,
kalah semua hero korea yg ensem2 tu..
simpan semua cerita korea,
layan asben paling heaven sekali
kui,kui,kui...^_^

mesti pelik kan mana aku dapat cerita2 ni kan?
kitaorang ada share folder di mana sesiapa yg ada
citer2 best akan simpan dalam folder tu..
so,sesiapa yg access termasuklah aku,
boleh lah download n simpan dlm pc masing2..
aku pun ada running man jugak
cuma running man bukan drama kan,
so layan kadang2 jelah time tgh sedih ke kan..
hihihiiii..;)

ok lah,nak sambung tengok pakwe ensem..
babaiiii!!^_-

5 November 2012

seikhlas hati

assalammualaikum

malam semalam tengok drama kat astro citra
best!
tajuknya selagi masih ada...
cerita tentang kasih sayang tak berbelah bagi untuk
isterinya yg semakin lupa bila menghidap penyakit alzheimer
touching sungguh tengok cerita tu
lebih2 lagi bila isterinya da lupa siapa suaminya sendiri,isk3..

bila tengok cerita tu,
aku mula terfikir nilai keikhlasan terhadap hubungan aku pada 
orang2 sekeliling aku...
boleh ke aku jadi orang yg benar2 ikhlas
dan jujur masih menyayangi
bilamana orang yg aku sayang dalam keadaan 
yg sakit,sedih atau susah??
serius,aku takut...
takut aku berubah hati menjadi kejam
meninggalkan orang2 tersebut yg memerlukan aku 
untuk bantu diaorang...

satu lagi aku takut bila aku jadi x ikhlas bila tolong orang
takut aku jadi mengungkit bila aku dah tolong orang
bilamana orang yg aku tolong tu buat 'taik' dengan aku..
serius,aku xnak jadi macam tu
tapi..
bila ikutkan hati,memang rasa nak g depan2 dia
ungkit semua kebaikan yg aku dah buat untuk dia
tapi
betul lah kata pepatah kan,
'ikutkan hati mati,
ikutkan rasa binasa,
sebab mulut,satu kampung boleh berbunuh-bunuhan'
nauzubillah..
minta jauhlah dari semua tu dari aku dan keluarga aku

aku percaya takdir Allah
hari ni mungkin aku sedih,
mungkin besok aku akan gembira
kemudian dan seterusnya belum tentu lagi keadaannya
kesimpulannya,teruskan hidup macam besok adalah hari mati untuk aku,
buat segala kebaikan selagi temampu
supaya mati bukan dalam keadaan memalukan.
nauzubillahminzalik.

p/s:entry di kala menghidap penyakit 'monday blues' ditambah 
incik asben masuk hutan seminggu ni...sob,sob,sob...