we've been together.....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath wedding Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

15 May 2014

cerita random rumah baru

assalammualaikum..

mungkin agak lewat aku  nak cerita tentang benda ni..
tapi memandangkan aku pun baru je start keje,
so bagi aku macam baru nak bermula hidup untuk tahun 2014 ni..
agak terkebelakang sangat nak cerita tentang yg sepatutnya
orang cakap pada awal tahun hari tu..
tapi aku tetap jugak nak cerita walaupun xde orang nak tahu..
huahuahuahahaaa!!LOL

alhamdulillah,tahun 2014 agak istimewa untuk aku..
memandangkan tahun ni,aku beranak kan aqeef,
tahun ni jugak aku dah berjaya duk rumah sendiri..
tahun ni jugak suami aku dapat posting dekat skit
 berbanding tempat lama
alhamdulillah,terima kasih ya Allah..

walaupun orang kata ko punya suka gembira mcam dah dapat 
duduk sebumbung dengan suami ko,padahal still duk jauh jugak..
tapi bagi aku mcm ni pun dah syukur2 sgt..
dari dulu dapat jumpa 2minggu skali sebab jauh bebenor sg petani tu,
sekarang seminggu 2kali kami dapat jumpa..
bertambah bahagia bila tiap kali jumpa tu
ada si kecik tu menyelit skali,
so double tripple happiness,yeahhh!!

kalau orang pernah merasa hidup mcm aku pjj duk jauh2,
bila dapat chance mcm ni
ko dah xkisah dah walau still xduk sebumbung..
mcm satu kelegaan bila dapat jumpa lebih kerap dari dulu..
kira kalau dapat duk sebumbung tu mcm dapat hadiah segebuk 
terpaling hebat sepanjang hidup..
haaa,mcm tu skali perumpaannya kan,heheheee..

ok,ketepikan sekejap feeling2 army wives ni..
meh,aku nak cerita gud news aku yg lain plak iaitu my sweet home
yg xberapa nak sweet la ceritanya..huhuuuu

after fight almost 2years,
mcm2 benda kami kena hadap lepas decide nak beli rumah ni,
lastly,kami berjaya jugak duk rumah tu..
tu pun time aku dah sarat bebenar disember tahun lepas..
tu pun kekonon vendor/penjual tu baik hati nak bagi kami masuk 
even xdapat bayaran lagi..
baik hati tapi dalam hati busuk hati sesangat!
aku dengan boyot2 perut kemas rumah tu dengan suami,
dan pengakirannya kami berjaya kumpulkan lebih 10 karung besar 
plastik hitam penuh dengan sampah sarap yg mcm sengaja ditinggalkan oleh mereka
sakit hati memang dah xterucap..
dengan default yg ada dalam rumah tu,
memang mengundang kepokaian kami berdua..
bayangkan dengan time tu aku nak guna duit banyak
 untuk deliver aqeef,
dapat rumah mcm tu plak gayanya..
menyesal beli rumah tu memang jangan cakap lah,
tapi bila fikirkan semua benda dah jadi n xboleh patah balik,
kami telan je semua tu sepahit2 nya..
memang satu pengajaran yg terhebat kami dapat lepas tu..

memang pengajaran untuk kami jangan tertipu
dengan kecantikan luaran.
time beli,ni je yg kami nampak..




the whole dinding dipasang wallpaper..
tapi bila tarik wallpaper tu,hamik ko!
rupanya almost semua dinding berkulat n berkelapuk..
ko bayangkan perasaan orang yg budget rumah yg dibeli dalam 
perfect condition rupanya banyak benda tersirat yg kita xnampak

after spend almost 20K untuk rumah ni,
habis semua saving kami berdua,
alhamdulillah sekarang dah makin selesa duk rumah ni..
banyak default kami kena betulkan sendiri
kalau nak tuntut dari vendor/penjual alamatnya bertahunlah nak
settle untuk nak betulkan apa2 default rumah ni
xpelah,ni semua pengajaran buat kami
jangan tertipu walau sesama melayu n orang lebih tua
sebab manusia zaman sekarang penuh dengan akal n tipu daya

ni ruang lepak tgk tv n main2 dgn aqeef..;)

faham2 la bila ada baby,buaian tu memang jadi tugu dlm rumah,haha

abaikan cermin ikea mcm xsiap tu..haha

ni bhg dapur kering,aku nak cat balik kabinet tu,nmpk buruk kan??


ni bhg dapur basah kekonon sbb ni tpt aku masak n basuh baju skali
 nanti aku cerita tentang susun atur dalam rumah ni..
hanya satu je wallpaper aku kekalkan coz situ je dinding 
nya elok skit xde kulat or kelapuk..
yg lain aku tanggalkan n cat baru..
cat pun kena pakai yg anti kulat punya,xblh pakai yg biasa
plumbing pun buat by pass xblh tanam dalm dinding..
semuanya sebab nak elakkan kulat n kelapuk tu tumbuh balik
almost 70% rumah ni kami kena buat baru..
ko bayangkan lah mcmana..huahhhh

next entry nanti aku share kan susun atur dalam rumah ni..
panjang berjela dah entry aku kali ni..hahahaa..
ok,jumpa next entry
wasalam!