we've been together.....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath wedding Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

28 June 2012

changing plan...

assalammualaikum...

tok,tok!!ada orang ke nak baca ni??
hahaha...
tetibe plak aku jadi rajin mengupdate blog aku malam ni,
pelik plak rasanya...
actually,for next few days i will be no here for a while...

the first thing when got married with military man,
get used to change plan for last minute!
nak tahu kenapa aku cakap macam ni??
dari mula2 aku kenal incik asben,
sampai lah sekarang,
plan yg kami telah rancang,
jarang2 sekali dapat dilaksanakan dengan jayanya...
selalunya,ada saja halangan yg datang,
terutamanya dari hal perkhidmatan beliau...

kalau setakat cancel bus ticket dari jengka ke kl,
aku rasa dah banyak kali dah aku buat...
(kayo pokcik tokey bas kalau suma penumpang mcm aku..;p)
dah siap2 cantik2 jelita tetibe bliau kol xjadi dating
sebab pegawai x bagi outing pun pernah juga jadi kat aku..
pernah ponteng keje semata-mata sebab tunggu nak buka sama2 dgn beliau pun pernah jugak
dari pagi ke petang aku tunggu wooo...
(sila jangan ikut jejak langkah aku yg ponteng keje,tooooo bad!)

the second thing when got married with military man,
be independent n b tough,
no scared to anything n ready to travel anywhere alone!!
actually,aku bukan lah seberani yg disangkakan...
aku last daughter 4 incik isnin n pn zainaba,
yg xpernah ke mana2 sorang2,
pe lg kua dari melaka n travel naik bas sorang2...

but since aku kenal incik asben 6tahun lepas,
aku jadi berani sangat2,
naik bas sorang2 dari jengka ke kl,
naik bas sorang2 dari kl ke sg petani,
naik bas sorang2 dari melaka ke jb..
awesome kan??
hahaha...

aku cerita bukan nak bangga diri coz aku berjaya jadi manusia tabah lagi gagah perkasa,
aku cerita untuk share pengalaman hidup aku sepanjang 6tahun ni,
aku cerita supaya orang lain tahu bukan senang nak kekal bersama si abang2 tentera ni,
supaya korang lebih menghargai setia detik yg ada untuk bersama yg tersayang,
macam yg aku cuba buat untuk esok dan mungkin seminggu akan datang,
tukar plan untuk balik melaka,
lantas menukar destinasi ke sg petani,then ke bagan datoh,perak
kemudian ke melaka,
kembali ke sepang then terus ke shah alam
semuanya semata2 sebab aku nak spend masa dengan asben tersayang lagi tercinta,
peluang yg mungkin sekali je aku dapat untuk tahun ni,
mungkin....

credit picture to fb (i guess,hihi)


notakaki:sekian,terima kasih sekali lagi coz sudi baca n komen di blog buruk aku ni,
sayang korang,muah!




27 June 2012

penyakit malas...

assalammualaikum...

sekarang ni aku rasa aku dah jadi makiiinnnn pemalas...
hahaha...
tulisan kat blog pun dah makin sikit,perasan x?
(ke aku sorang je yg perasan,orang lain x?perasantan tul!!;p)
rumah aku pun dah makin malas aku nak kemas..
lantak lah rumah jadi macam tongkang pecah ke hape,
aku dah tak amik pedulik sangat,boleh??
hahaha...
(nasiblah kalau ada ibu aku nak datang rumah aku,konpem kena bebel,hihi)

tak tahulah sejak bila penyakit malas tu dah melekat dengan aku...
asal balik keje je melepek depan tv,
lapar masuk dapur masak2 then kemas2 dapur,
trus sambung terbongkang depan tv sampai tertidur..
heaven kan hidup aku??
(yg lebih pada cover sunyi sepi je ni)
tapppiiiii...
aku akan transform jadi sangat2 rajin
bila.....
incik asben balik!!
time tu lah aku akan jadi paling rajin...
rajin untuk kemas rumah,
rajin untuk masak2 pelbagai lauk,
buat kek yg dah macam experiment,kejap jadi,kejap tidak...
hahaha...

lagi best kalau incik asben balik,aku akan dibawak jalan2,
time2 pokai pun dia akan tetap bawak aku jalan2,
nak gembirakan aku sementara ada peluang dia bersama aku katanya...
terharu kan bila asben sendiri cakap macam tu kan??
ngeeeee....

time sedih bila malam ahad,
time dia harus pulang tempat dia bertugas,
memang kami ditakdirkan bersama sekejap,
time hujung minggu je...
tak pelah dari takde langsung,
hidup tak boleh tamak dan haloba,
kelak bakal merana diri dan hati,
betul kan,kan??
sekian,terima kasih sebab sudi baca...

zaman dating dolu2,rindunya!!;)

23 June 2012

bila dimomok-momokkan....

assalammualaikum...

lately ni,aku rasa aku dah jadi makin paranoid...
actually,hal ni berpunca dari aku yg xberapa sihat sejak 2-3 minggu lepas..
dengan complete disease,fever,flu,cough n also diarhea...
belum campur kalau silap sikit combination makanan,
aku akan muntah semua benda yg masuk kat mulut...
teruk kan??
memang lembik gak lah badan disebabkan hal ni...
so,aku yg agak kepochi ni duk tanya lah member2 opis
pe reason hal ni jadi kat aku...
macam2 lah spekulasi yg aku dengar,
mostly,sign of pregnancy lah,opkos!
disebabkan paranoid sangat,aku sanggup xsentuh durian yg terhidang
depan mata,huahhhh...
feveret aku tuuuu...

tak tahu lah pe yg menyebabkan hal ni berlaku,ada gak aku g klinik,
wat check up tp doc jes assume aku kena urine infection...
(aku lupa nak mention habit terbaru aku,asyik buang air kecil je)
tangan pun duk gatal men google,so macam2 lah yg aku jumpa kat google tu...
ada yg mention pasal sign of cyst,fibroid n also pregnancy...
pregnancy tu sendiri ada macam2 sign,
false pregnancy,chemical pregnancy n also real pregnancy..
(hopefully,aku punye biarlah real pregnancy,hihi)
aku xnak lah mengharap sangat tapi normal aku sebagai p'puan n isteri,
opkos lah nak pregnant cepat2...*wink!
korang readers2 yg aku sayang,
doa2 kan lah aku nye UPT +ve,
penat dah test asyik -ve je...*sigh...



(aku mohon padaMu ya Allah,Kau kurniakanlah zuriat yg soleh/solehah untukku n suamiku,
sesungguhnya hanya padaMu kami memohon pertolongan,
padaMu jua kami memohon perlindungan...)


19 June 2012

beger oh beger...

assalammualaikum...

lately ni,aku tengok banyak benor orang promote-promote makan burger besar-besar,
burger jumbo lah bagai...
aku terliur tengok korang makan burger semua tu tau x??
yg paling femes takat ni Yazid burger kat shah alam tu...
lagi satu burger kaw-kaw kat wangsa maju tu..
semua jauh-jauh dari sepang ni hah...
aku memang nak pergi tapi memikirkan risiko yg beger tu cepat 
habis mengalahkan pisang goreng panas yg sangat laku,
aku cancelkan aje lah...
(nak jimat minyak sebenarnya dari sebuah perjalanan yg mungkin sia-sia)...

tapi ianya bagaikan sebuah  mimpi indah yg memanggil-manggil aku
 untuk makan beger tu so aku aku decide nak buat sendirilah beger tu...
nak buat saiz besar mana pun boleh,ikot suka hati la kan...hahaha...
tapiiiii....
xboleh lah nak buat sekarang,sebabbb ongkos xde n aku x search lagi resepinya...*sigh...

ni lah rupanya benda yg buat aku termimpi-mimpi sampai xnak bangun tido

kelampauan pemakanan yg dipanggil burger lazzzzaaattt!!;p

tahap sederhana burger yg hanya singgah kejap dalam mimpi aku..;)
sekian,terima kasih sebab share rasa yg sama macam aku,adios!;p

11 June 2012

apakah SLE??


Assalammualaikum…

Lately ni,banyak sangat berita-berita yg bagi aku sangat-sangat tak enak didengar,maksud aku bukanlah berita yg patut aku bersorak keriangan bilamana mendengarnya…last week,since Wednesday till semalam ayah aku admitted kat general hospital Melaka…seriously,aku terperanjat jugak,ayah yg sehari aku call sihat walafiat tiba-tiba collapse kat rumah before nak g berwuduk untuk solat isyak…aku yg memang nya tengah demam laratkan diri balik Melaka n jaga beliau kat hospital…alhamdulillah,bila doctor cakap ayah dah boleh keluar hospital semalam,aku rasa aku lah orang paling lega coz hari ni aku da start keje balik…so,bila ayah hanya rehat kat rumah dengan ibu ada untuk tengok-tengokkan beliau,aku rasa satu kelegaan teramat…

Selain dari berita ayah yg masuk hospital,ada satu lagi berita yg tak bes didengar…sabtu lepas,aku pergi klinik untuk buat check up untuk tahu sebab kenapa aku asyik loya,kerap buang air dan sakit kat bahagian bawah perut aku…at the same time aku period jugak so nak dijadikan cerita aku pergilah buat check up,then after dr. scan n tekan-tekan perut aku,dia assume aku hanya kena urine infection…dan perkara yg memeranjatkan aku adalah payment treatment aku hari tu adalah RM100 dengan hanya berbekalkan satu ubat khas untuk urine infection dan ubat nama ‘ural’ serta satu papan panadol actifast,aku kena bayar sebanyak tu!!memang aku terperanjat betul…dah lah aku diberitakan dengan berita yg bukan aku nak dengar,tapi dengan payment macam tu memang buat aku lagi lah patah seribu…huhuhu…

Satu lagi berita yg xsedap didengar adalah salah seorang kawan aku kena admitted hospital jugak…hospital yg sama ayah aku masuk…sebelum dia admit GH,dia kena tahan kat satu private hospital kat Melaka..kat private hospital tu dia disahkan menghidap penyakit SLE..pernah dengar SLE disease??ni sikit info yg aku google kat laman web rasmi Persatuan SLE Malaysia:-

Apakah SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protein darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Sejarah
Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Jenis-jenis Lupus
Discoid Lupus Erythematous (DLE)
* Hanya melibatkan kulit
* Jarang merebak ke organ lain
Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
* Boleh merebak ke organ lain
* Boleh mengakibatkan kematian

Apakah Gejala-gejala SLE?
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.
Ciri-ciri penyakit ialah:
  • Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  • Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi
  • Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
Gaya Hidup
* Dinasihatkan menggunakan krim pelindung cahaya matahari (mengandungi SPF sekurang-kurangnya 45)
* Gunakan payung, topi atau pakai baju lengan panjang untuk mengelakkan terkena
cahaya matahari yang berlebihan.

Ubat
* Sila ikut arahan doktor
* Jangan berhenti makan ubat tanpa kebenaran doktor
* Jangan campur ubat anda dengan ubat yang tidak diketahui asal-usulnya
Ini adalah untuk mengelakkan interaksi yang tidak diingini antara ubat.

Rawatan susulan
* Berjumpa doktor sebagai mana yang telah ditetapkan.
* Patuhi arahan doktor.

Tekanan
* Cuba elakkan tekanan kerana ia akan mengakibatkan penyakit menjadi aktif.
* Sentiasa berfikiran positif.

Diet
* Kenalpasti makanan yang sesuai dengan sistem individu anda
* Amalkan diet yang seimbang dan sihat
* Pastikan diet anda rendah garam, rendah lemak, rendah gula dan mengandungi kalsium dan Vitamin D yang mencukupi.

Kalau nak tahu lebih lanjut lagi boleh baca kat laman web ni lupusmalaysia.org kerana aku tahu ramai lagi kat luar sana yg macam aku,tak tahu tentang penyakit ni…harap-harap kawan aku tu akan makin sihat untuk uruskan persiapan kahwin dia bulan ogos ni,insyaAllah…dan aku doakan semoga hari-hari mendatang aku akan dikhabarkan berita-berita gembira dan bukan lah berita-berita sedih macam ni lagi…amin ya rabbalalamin…





6 June 2012