we've been together.....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath wedding Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 September 2013

masker terbaik dari cosway

assalammualaikum..

aku lately ni rajin skit nak jaga muka..
ntah mimpi apa ntah sejak dah mengandung ni
baru rajin nak jaga muka bagai..
so,nak jaga muka mesti tahu pe big problem yg muka ni slalu hadapi..
untuk aku,adalah masalah pore size yg besar n terbuka..
selain blackhead yg banyak terutama kat t-zone muka ni..

so,untuk fix kan masalah tersebut,
aku try lah pakai satu produk mask muka dari cosway..

produk cosway
mask ni murah je pun..
tambah plak masa beli ni ada promotion..
so,boleh lah beli dengan harga RM21.90..
harga asal kalau tak silap RM28 kot utk harga ahli
dan RM32.80 untuk bukan ahli cosway..

yang bagusnya mask ni jenis yg melekat kuat kat kulit muka..
so,after dah betul2 kering dalam 10-15 minit macam tu,
try lah cabut dari kulit..
memang kuat gler lah ia melekat,
tu yg berjaya tarik segala black n white head dari muka..
that's y,tak boleh sapu mask ni kat kulit muka yg nipis
macam kat area bawah mata n kat tepi bulu kening n anak rambut..
memang konpem meleleh air mata time nak cabut nanti..

hasil 1st time guna mask ni
bagi aku nak pakai mask ni sapu jangan tebal2 sangat..
mask ni jenis cecair yg sangat likat..
so,untuk tak nak membazir n hasil lekatan yg bagus,
sapulah nipis2 skit n bagi ia serata ke seluruh
permukaan kulit t-zone tu..

oh,aku lupa..
untuk kesan terbaik,b4 guna ni korang wapkan lah
muka guna air separa panas
so,bila kena wap air liang roma akan terbuka
n kadar penyerapan mask akan lebih efektif..
lepas dah cabut mask tu plak,
bersihkan muka dengan toner untuk tutup balik
liang roma yg terbuka tadi..
baru lah korang akan nampak perbezaan lepas guna mask ni..
memang berbaloi berbanding guna biore cleansing pore strip tu..

aku guna sampai habis 10 keping tu
pun still tak kurang blackhead aku..
tambah plak mudah tertanggal strip tu dari hidung..
so,rasa macam membazir je aku beli yg biore ni..
sekali je lah aku beli pastu trus usha mask cosway ni..

kalau tak percaya cubalah nanti..
konpem takkan menyesal punya..hehehehee..
dah macam buat iklan plak aku ni..hahaha..
ok,sekian wassalam!


19 September 2013

survey breast pump

assalammualaikum..

kalau orang yg pernah berkunjung ke blog aku ni,
mesti faham dah betapa rojaknya blog aku ni...
macam2 entry ada,
dari yg melayan perasaan hingga lah
ke review barang2 yg aku pernah guna..

so,untuk melengkapkan rojak campur blog aku ni,
hari ni aku nak citer pasal breast pump plak..
almaklum ler,tak lama lagi dah nak jadi mak2 orang (insyaAllah),
blog aku pun kena transform ke arah itu juga kan..

aku tengah pening ni nak pilih yg mana satu..
banyak nau brand2 breast pump bila aku usha kat internet..
bila dah usha tu,macam2 review la ko boleh jumpa..
dan dah tentulah aku survey/usha based on harga..
ohhh,itu paling penting coz duit sangat2 berharga sekarang bilamana
semua perkara akan berlaku serentak dalam
hidup aku n suami sekarang ni..
nak pindah rumah,tunggu delivery litlle caliph 
n maybe suami aku akan posting tempat baru..
semua itu memerlukan kos2 yg tertentu..

ok,berbalik pada persoalan breast pump..
setelah aku usha2,
ramai yg suggest kan medela freestyle n anak beranak nya..

medela swing

medela freestyle

medela harmony
ko tengok,aku sampaikan dah hafal nama diaorang ni..
punya lah hari2 tengok kat internet..
memang ramai review kata brand ni paling bagus,
tapi tengok la plak harganya..
mak aihhh,kalau bli breast pump medela especially yg freestyle tu,
memang xbanyak la baju untuk little caliph aku tu nnti..
mahal nau harganya sampaikan terkejut
suami aku bila sebut harganya..
yg lain2 tu plak,tak menepati ciri2 yg aku nak..
aku mencari breastpump elektrik tp boleh
convert manual n pakai bateri..
almaklum,bakal ibu bekerjaya katanya..ngeh3..;p

pastu aku jumpa plak promosi kat one baby world..
diaorang offer brand autumnz dgn pakej free byk barang gitu..

banyak kan free gift,boleh jimat di situ..;)
tapi bila aku review experience yg pernah guna autumnz,
tak ramai yg kata suction autumnz best..
memang lah setiap orang pengalaman berbeza2 kan,
tapi dah alang2 ko beli yg mahal,
biarlah membeli tu ko rasa berbaloi2..
biar boleh pkai sampai anak 3 4 orang nanti..
tak delah nak kena beli baru setiap kali beranak baru kan..

pastu aku review pe lagi brand yg best..
yg ala2 mcm freestyle medela tp versi murah punya..
terjumpa lah aku dgn  brand rumble tuff..
tapi dah naik harga la pulakkk.. 
luckily me,aku terjumpa plak promotion kat fabolous mom
ada free gift n pwp kalau beli kat situ..

harga memang dah naik pun..
kalau awal2 pregnancy dulu aku tengok kalau pakej mcm ni,
tak sampai RM500 pun,
sekarang pakej mcm ni dah jadi RM569..
kalau mahal mcm ni,
aku kena discuss dulu dengan suami aku..
bukan apa,beliau adalah penyumbang dana 
untuk barang2 anak kami nanti..hehehe..>.<

ada jugak member2 aku yg cakap,
beli je yg manual dulu..
tengok macamana hasil tenusu nanti macamana..
tapi aku tengok,harga yg manual je pun dah dekat 100 lebih,
nanti kalau nak hasilkan lebih banyak kena beli yg lain plak..
tak ke membazir di situ..
aku tak nak bila dah beli breastpump idaman,
yg manual tu terbiar je mcm tu..
tak pun jual as pre loved item..
kalau ada orang nak beli bagus lah,
kalau tak de,nanti masuk muzium je breastpump tersebut..
bagi aku,kalau dah niat nak menyusukan anak,
insyaAllah,Allah akan mudahkan di situ..
insyaAllah,akan ada rezeki anak di situ..
cuma aku kena kuat semangat n rajin lah untuk anak kami nanti..
moga2 Allah mudahkan untuk aku n our little caliph..

ko tengok,panjang dah aku membebel ni..
nak citer pasal breastpump je tadi..
aku still tengah konpius lg nak beli yg mana..
tunggu suami aku balik nnti,
bincang lagi then trus g bli kot..
harap2 dia tak kisah kena menyumbang duit
banyak mana nanti,haha..;p
sekian,salam!

12 September 2013

susun dan atur di rumah

assalammualaikum..

tiap kali kalau blogwalking,
aku sangat suka tengok blog2 yg menceritakan tentang susun atur
atau deko2 rumah2 mereka..
antara blog2 yg aku slalu berkunjung tu
termasuklah blog kak aty fared,susunatursioca n banyak lagi..
tak kisah lah apa saja yg disusun atur kan tu,
asalkan nampak kemas dan bersistematik,
aku mesti akan berkobar2 nak balik rumah n kemas rumah aku plak..

so,last weekend memandangkan aku x pergi mana2,
2 hari tu aku peruntukkan untuk kemas segala laci n
rak yg ada kat rumah tu..
kebetulan,aku pun dah nak pindah rumah tak lama lagi..
sambil packing2 barang,
sambil aku menyusun atur barang2 yg ada untuk sementara..
supaya nanti bila dah betul2 nak pindah,
aku just masukkan je dalam kotak barang2 yg
aku dah susun aturkan tu..

yg paling best,dari blog2 yg aku tengok tu,
diaorang banyak guna barang2 recycle untuk mengemas kan 
barang2 yg nak disusun..
contoh macam yg aku guna adalah kotak kasut,kotak tisu
dan juga bekas bwang..
jangan tak percaya ye,semua benda tu boleh diguna semula,
dan jika pandai hiaskannya boleh nampak baru n cantik..

drawer kat dressing table
 aku hanya tambahkan kotak yg aku beli kat daiso untuk letak barang2
macam getah n sepit rambut..
yg beg merah tu plak aku kumpulkan segala jenis ubat yg aku ada
supaya bila perlu,hanya cari je dalam tu..
kotak2 kecil tu plak,aku simpankan semua
brooch yg aku jarang guna..
ruang kecil yg aku ada,aku letakkan krim2 mustajab n 
losyen kaki kat situ..

drawer tepi katil
 drawer ni plak,aku simpan segala jenis stok toiletries
dan juga segala mak nenek tissue n pad..
aku memang jenis suka buat stok bekalan coz 
aku tak suka bila nak pakai sesuatu benda tu time jugak ia nak habis..
so,langkah selamat,beli siap2 n simpan je kat sini..
sebelum ni,drawer ni agak bersepah sampai kan kalau
suami aku nak cari barang dalam ni mesti fail..
so,lepas buat macam ni,kalau aku xde pun dia boleh cari barang 
yg dia nak dengan sendirinya n juga mudahkan aku jugak..

atas dressing table aku plak aku letakkan bakul macam tu supaya
segala barang2 atas ni tak bersepah2..
lagi plak bilik ni cepat berhabuk so untuk mudahkan lap habuk,
aku kumpulkan barang2 dalam bakul n bila nak lap angkat je bakul ni..
sebelah tu plak aku recycle kotak tissue
dan balutkan dgn wrapping paper untuk letakkan kitab2 n Quran..
sebelum ni aku susunkan je bertingkat tapi tiap kali balik melaka,
n nak baca semula,Quran berhabuk dah mcm tinggal lama sgt..
so,untuk solve the problem,aku susunkan menegak mcm ni
n letakkan satu tempat je..
kurang berhabuk skit,aku rasalah..
 rak buku ni b4 ni aku tak guna sangat..
tapi memandangkan koleksi novel n majalah dah makin banyak,
aku susunkan semuanya kat sini..
b4 ni rak ni aku letakkan hiasan n doorgift wedding yg aku attend..
tapi bila dah siap mcm ni,
aku rasa suka plak coz nampak lagi kemas n nampak
 koleksi novel mana yg aku dah ada..hihi..;p

bawah table top dapur
 yg ni plak memang wajib aku kemas n susun slalu..
rumah aku ni banyak lipas skit..
so,nak make sure barang2 ni selamat n xnak ada lipas duduk,
aku kena susunkan macam ni..
macam yg aku cakap kat atas,
aku memang akan buat stok barang2 supaya barang2 kat rumah aku 
ni tak putus bekalan..
tu yg ko boleh nampak botol kicap,minyak masak n
mknn dlm tin tu..;p
dalam bakul merah tu,stok2 maggi n juga bihun in case kalau ada tetamu tetiba muncul..
at least aku tau nak hidangkan apa kalau orang datang mengejut..hehe..;)

ni rak buku tuan rumah..
memandangkan beliau tinggalkan di rumah ni,
aku pun pinjam la sekejap untuk sementara dan
susunkan perkakas dapur n alat2 buat kek n kuih..
barang2 yg lain aku banyak simpan dalam almari di stor coz jarang2 guna..
kat sini aku guna kotak kasut yg dibalut belah dalam n 
juga bakul bekas bawang untuk letak bekas2 kecil..
 so,jimat duit dari kena beli bekas besar untuk susun atur perkakas dapur ni..;)

sementara menunggu untuk dapat kunci rumah,
memang berkemas lah rumah aku ni..
sat lagi time dah packing barang2 semua,
memang konpem bersepah hambur la rumah ni balik..
hahahaaa...
sekian,tu je nak share..
salam!

5 September 2013

bila seorang isteri pjj mengandung..

assalammualaikum..

dulu,aku tertanya-tanya,
macamana lah keadaan nya bila seorang isteri yg tinggal jauh
dari suami mengandung dan mengharung detik
mengandung tu sorang2..
sekarang dah lebih 5bulan little caliph dlm perut aku,
baru aku tahu jawapannya..
bukan niat nak mengeluh or nak mengadu apa pun,
cuma nak berkongsi rasa dengan orang2 keliling aku 
yg mungkin satu hari nanti akan merasa pengalaman mcm aku jugak..

masa mula2 mengandung dulu,
aku siap message blogger jijah tanya pengalaman dia..
yelah,dia je yg aku kenal isteri tentera yg sama situasi mcm aku..
duk sorang2,jauh dari family n suami dan mengandung pulak tu..
dari jawapan dia tu lah yg jadi penguat semangat aku,
sebab aku percaya kalau dia boleh go through,aku pun mesti boleh..

kadang2 aku akan menghadapi situasi yg orang tak faham
dgn apa yg aku hadapi..
orang label aku mengada2,buat keje skit dah penat..
padahal orang tak tahu yg aku bukan sengaja
pun nak buat macam tu..
orang lain mengandung mungkin ada suami yg akan tolong bila 
ko tak larat nak masak n buat kerja rumah..
orang2 macam aku ni,
kalau ko tak buat tu semua memang mati lah ko tak makan
dan konpem umah ko macam tongkang pecah..
nak tak nak,kuatkan hati n badan,
bangun n pegi je buat semua keje tu..
nak beli makanan kat luar,mana mampu tiap2 hari kan..
nak hantar baju ke dobi,memang bukan aku lah..
suka atau tak,harung jelah..
dan dengan harapan serta doa dalam hati aku,
besok2 anak aku keluar biarlah dia jadi rajin n kuat
macam mama dia,amin3..

sesiapa yg pernah mengandung,mesti tahu bila
malam lah paling seksa..
memang normal aku rasa time2 mengandung ni,
time tidur memang takkan boleh lena..
dengan kaki kejang,dan perut yg kadang2 tak selesa,
memang memerlukan seseorang untuk teman tidur..
kalau suami aku balik,
boleh lah dia urut2 kaki aku..
kalau tidur sorang2,memang azab lah bila kaki start kejang..
kadang2 menangis aku malam2 coz tak tahan sakit..
aku pun tak tahu nape awal sangat kaki aku kejang,
padahal ikut pengalaman kawan2 aku,diaorang start kejang kaki
bila baby dah masuk 7 bulan..
mungkin sebab aku banyak bergerak n saiz kaki yg kecik 
tak seiring dgn berat badan..
pape pun,aku just boleh doa selalu,
biarlah next posting suami aku dapat duk dekat dengan aku..
payahnya lah hidup bila suami jauh dari mata..
orang lain suami baru jauh beberapa minggu g kursus or exercise,
dah sibuk mengadu rindu,
aku ni apatah lagi kan..
sebulan sekali baru dapat jumpa,tu pun 2 3 hari je jumpanya..
masing2 punya takdir..

baru hari ni aku tergerak hati nak taip entry ni..
kat sini aku highlight kan,aku bukan nak merungut
apatah lagi nak mengeluh..
aku just meluahkan pe yg aku rasa..
mungkin ada orang kat luar sana yg lebih kurang je nasib dia dgn aku..
mungkin boleh share2 feeling..
ok,tu je..salam!!

p/s:kalau satu hari nanti anak aku terbaca blog aku ni,biar dia tahu betapa mama nya sanggup berkorban dan bersusah payah untuk dia..moga2 dia akan menjadi anak yg beriman pada Allah dan berjasa pada mama n ayahnya...amin ya rabbalalamin...=)

pinjam dari google..;p