we've been together.....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath wedding Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

31 July 2013

tak boleh scan selalu??

assalammualaikum..

kejap je dah nak abis ramadhan kan?
time semua orang tengah bz prepare persiapan raya..
kami suami isteri beraya sederhana je..
kena saving skit coz banyak nak pakai duit
untuk our little caliph nnti..
orang lain excited beli persiapan raya,
aku plak excited nak beli barang2 baby..
geram tengok baju2 baby n barang2 nya comel2...
tapiiii,aku bukan nak beli sekarang pun,
awal lagi kan,tunggu 2 3 bulan akan datang kot baru boleh beli..
mama plak yg over excited,hahahaha...;p

last week g check up..
aku kena sound dengan akak nurse coz semua bacaan 
hasil check up drop banyak..
termasuk lah berat aku turun 2kg lebey,hb n bp pun turun..
tak pernah2 sejak kawen berat turun tapi kali ni turun banyak plak..
maybe sebab aku berpuasa n tak selera nak makan..
lagi plak time2 preggy ni sensitif berlebih2,
makan sorang pun boleh jadi tak selera makan,
kalau kat melaka or ada suami aku,
kemain melantak makan banyak2,hahaha...
orang lain morning sickness 1st trimester..
aku plak dah 2nd trimester baru kena.. 
tak kisah lah,asalkan baby kat dalam ni sihat n
membesar dengan sempurna,dah cukup melegakan aku..
kata nurse tu,jangan kena diabetes n turun darah dah ok lah tu..
turun berat badan n tak selera nak makan kira normal lagi..
mcm dia katalah,lain orang,lain gaya time mengandung ni,
tak boleh lah nak samakan time ko mengandung dengan 
time aku mengandung,betul tak?

aku still tak scan lagi untuk tengok little caliph inside my tummy..
cuma awal2 dulu je doc ada scan coz nak tahu kedudukan baby
n tumbesarannya ok or tak..
setakat dah masuk 4bulan setengah ni,still tak scan lagi..
aku pernah dengar orang kata tak elok scan selalu,betul ke?
kesian kat ayahnya lah,xpernah tengok lagi
anak dalam perut mama ni..
tunggu 5 6 bulan kot baru aku g scan,
langsung boleh scan untuk tahu jantina baby..
tak sabarnyaaaa..ngeee...;)

pinjam kejap gambar mama orang putih ni..hehe
 tu je lah yg aku boleh cerita setakat ni..
tak sabar nak beraya sebenarnya ni,nak makan laksa perlis
hasil air tangan abah mentua aku..hehehe
kan tahun ni beraya ke raub,
nak feel jadi orang pahang + perlis jap lagi..
aihhhh,makruh puasa aku bila teringat makanan raya yg lazat2 ni..
ok lah ye,selamat hari raya aidilfitri..
maaf kan aku kalau ada terkasar bahasa
 sepanjang aku menaip kat blog ni..
dan bila memandu balik kampung tu,
ingat2 lah orang yg sedang menunggu kepulangan anda..
jangan gelojoh2 memandu coz bukan anda sorang je nak beraya ok..
ikhlas dari kami suami isteri..
salam!








23 July 2013

raya paling sempoi..=p

assalamualaikum..

kejap je dah masuk hari ke 14 kita berpuasa kan..
time ni semua orang dah sibuk2 g shopping sakan
nak beraya,betul tak?
aku je kot yang still rilek2 xbuat apa pun lagi..
sempoi je,hahahaaa..LOL

aku rasa ni 1st time seumur hidup aku dah masuk pertengahan puasa
aku xprepare pape pun untuk raya..
even sepasang baju baru pun aku tak beli lagi..
termasuk lah barang2 nak raya yang lain..
kalau tahun2 lepas,especially time anak dara,
belum puasa lagi baju aku dah siap 3 4 pasang..
over kau nak beraya melaram beria..hehehe..

tahun ni paling best coz boleh beraya bersama suami,yeahhh!!
at last dia dapat jugak cuti,alhamdulillah..
walaupun dia dapat balik hari rabu je sampai ahad tu,
tapi aku tak kisah coz aku pick up dia kat akademi trus balik raub..
ye,tahun ni aku beraya di rumah mertua..
1st time ni nak beraya di rumah mertua..
minta2 lah aku behave je kat rumah mereka,
jangan aku bantai tido je sudah..
lately ni memang aku jadi ratu tido aje,
asal letak kepala kejap even tengah duduk pun aku boleh terlelap..
jangan menurun kat anak nanti sudahlah,ngeh ngeh ngeh...

cerita pasal cuti plak memang sekejap je aku cuti..
tak macam tahun2 lepas,time raya aku bantai cuti sampai 2minggu..
tahun ni aku cuti 5hari je..
aku kena jimat cuti coz aku simpan untuk cuti awal
nak deliver nanti..
memang aku kena manage cuti coz cuti aku sangat2 limited..
tu belum lagi kalau ada benda2 emergency nanti kan
so,kena lah prepare awal2..

still tak dapat lagi nak merasa beraya di rumah baru..
insyaAllah,hujung tahun baru boleh duduk rumah tu kot..
harap2 lah..
jangan sampai ada baby baru dapat pindah sudah lah..
memang haru biru aku kalau pindah dengan baby kecik..
ni nama je baru duk menyewa setahun,
tapi barang kat umah sewa tu penuh macam dah duk bertahun2..
memang bertrip2 lah lori nak mengangkut barang2 rumah aku tu nnti
hahahhaah..

eh,panjang dah aku taip..
ni macam aku rangkum kan semua cerita dalam satu entry kan
jimat masa dan tenaga,heheheee..
ok,tu je nak taip..
salam!^.^

17 July 2013

lorong emergency

assalammualaikum..

bulan puasa orang duk sibuk update gmbr juadah
berbuka dan bersahur kan kat fb n instagram..
yang tukang tengok macam aku ni,
duk lah tahan air liur coz bila tengok juadah yang 
macam sedap,tipulah tak tergoda nak makan skali kan..
hah,lepas tu sibuklah aku buat wish list nak makan apa
khas untuk suami aku bila dia dapat cuti nanti..
terpaksalah dia melayan karenah bini dia 
yang giler nak makan bila benda xde depan mata,
bila dah ada tak de maknanya aku nak menghabiskan pun..
sila jangan contohi perangai buruk aku
ni ye kawan2..hahaha..;p

yang aku nak ceritakan hari ni tak de kaitan pun
dengan perihal yang aku cakapkan kat atas..
actually,benda ni dah lama dah aku nak up kat blog..
seriously,sebagai pengguna tegar jalan raya,
aku paling cuak bila time jem yg berjam2 ko melangut dlm kete..
cuak bukan sebab apa pun..
sebab bilamana ko akan tengok kegejolohan
pemandu2 'bengong' yg dia sorang je nak cepat sampai
menggunakan lorong kecemasan kat sebelah kiri jalan tu..
macam hari tu,
aku balik melaka,banyak kali aku tengok kete yg hampir nak
langgar motor2 yang rosak kat lorong kecemasan tu..
motor tu dah tentu betullah duk kat lorong tu 
bila motor rosak ke apa kan,
yang kete budget saiz motor tu pun,
sibuk nak guna lorong tu jugak..
paling best aku pernah tengok ambulans n trak bomba
yang dalam perjalanan pergi tempat accident
terperangkap kat situ disebabkan driver2 selfish tu!
dari orang accident sempat diselamatkan,
terus jadi tak sempat coz bantuan lambat sampai,betul tak?
aiiii,nauzubillah...


aku rasa disebabkan mereka ni lah,
ramai penunggang motor mudah accident..
budget orang yg bawak motor tu nyawa macam ayam agaknya kot,
tu yang sesuka hati je mereka buat tak endah
 nyawa penunggang motor..
aishhh,minta dijauhkanlah sikap macam tu dari aku dan keluarga..


ni nak raya nanti..
lagi lah bertambah2 kenderaan berlumba2 nak guna highway..
harap2 nanti statistik kemalangan tak tinggi lah
macam tahun2 lepas..
aku plak yang takut bila berhadapan pemandu2 pentingkan diri
dan agresif macam diaorang tu..
bersama2 lah kita aware bila memandu ye kawan2..
salam!

notakaki:dah makin tension coz baju nak pakai semua dah tak muat..
nak beli baju raya banyak2 nanti boleh tak..
ke over sangat orang macam aku nak shopping beria
 padahal baju tu nanti belum tentu boleh pakai lama..huahhhh...


12 July 2013

ramadhan yang pertama..

assalammualaikum..

dah 3 hari ramadhan menjengah kita semua..
alhamdulillah,setakat ni ok lagi berpuasa..
cuma bila dah petang tu,akan rasa macam sakit2 skit perot ni..
bila jadi keadaan macam tu,
aku akan usap2 perut n pesan kat baby yg mama dia nak berpuasa,
so tahan skit je lagi b4 berbuka..hehe
sebab aku pernah baca,
perlu ada interaksi antara ibu dgn baby sejak dalam perut lagi..
dengan harapan dia akan faham dengan keadaan kita..;)

dalam bab pemakanan pulak,
aku ada minum supplement tambahan masa berpuasa ni..
so,xlah rasa letih sgt2 time berpuasa..
aku minum ini untuk bagi tenaga waktu puasa..

pinjam gambar dari blog vitaminshakleeterbaik
tapi untuk orang gastrik macam aku,
susu tetap juga jadi keutamaan..
so,aku akan minum shaklee ni dulu,
then lepas makan sahur baru aku minum susu..
tahan lah skit perut dari rasa pedih ulu hati n sakit perut..

bila puasa dengan keadaan preggy macam ni,
aku rasa macam kuat tdo giler2 lah..
time puasa aku akan tdo waktu lunch hour,
balik umah lepas je berbuka n solat maghrib,
memang konpem aku akan terlelap sampai pukul 11mlm..
bangun tdo sambung makan n solat isyak
then akan sambung tdo semula..
*orang bertarawikh,aku tdo..
*orang moreh,aku pun nak moreh,hehehe..
 aku siap ngadu kat suami,
aku tak boleh nak buat pape pun,
sama ada bertadarus or bertarawikh bila mata asyik nak lelap je..
penangan little caliph mama yg letih berpuasa kot,hehe..

harap2 dapat lah puasa penuh tahun ni..
harap2 jelah kan..
apa yg aku tahu hukum puasa untuk org mengandung n
 menyusu anak dah jatuh pada hukum harus
*betulkan aku kalau aku salah..
tapi macam tak reti nak ponteng puasa kalau bukan sebab period,boleh?
hahahaha...

dan tahun ni sekali lagi berpuasa sorang2..
ala bisa tegal biasa orang kata..
aku pun dah xberapa nak kisah lebih2 lagi bila suami
aku tak dapt berpuasa dengan aku coz dia kan tengah berkursus..
harap2 tahun depan dah boleh puasa sama2..
dah bertiga,insyaAllah..;)

tu jelah nak cerita puasa pertama aku sebagai mommy to be..
doakan aku baik2 aje sepanjang moment mengandung little caliph ni
dan juga sepanjang ramadhan ni..
amin..
salam!! ^.^


9 July 2013

usaha untuk dapatkan little caliph..^_^

assalammualaikum..

wahhh..tetiba mood nak update blog laju2 datang kat aku..
sementara ada idea nak update ni,
so baik taip laju2 b4 idea tersebut terbang jauh2..
hehehheee

semalam aku ada mention tentang sharing benda2 yg aku 
buat untuk dapat kan the most precious gift from Allah kan..
so,hari ni aku nak tunaikan janji tersebut..

aku pernah mention b4 ni yg aku pernah g berurut..
yup,berurut tu salah satu langkah penting utk orang 
yg kepingin nak anak cepat mcm aku..
lebih2 lagi orang mcm aku yg punya masalah dalaman
yg memerlukan rawatan tradisional n moden ni..
selain aku dpt kan rawatan doctor utk cyst aku,
aku juga g berurut untuk betulkan letak kedudukan rahim aku..
ini penting ye kawan2 especially utk org yg pernah 
aktif sukan mcm aku ni..
g berurut pulak bukan sekejap n sekali je..
kalau serius nak berurut utk dapatkan anak,
kata nenek bidan tu,
perlu lakukan 3kali berturut2..
sebabnya,setiap kali urut dia ada cara2 urutan untuk hari yg berbeza..
p/s:kalau nak nombor nenek tu boleh pm aku kat fb..=)

kalau orang tanya nenek tu urut sakit or x?
sakittttt sangaaattttt!!
aku sampai terjerit2 coz xtahan sakit bila nenek tu pegang certain2 part
tapi bila masuk hari kedua n seterusnya,
kesakitan tu akan mula berkurangan..
nenek tu pesan lepas 3bulan xpregnant jugak,
dia minta datang semula jumpa dia..
alhamdulillah,lepas sebulan aku berurut,
aku mengandung..^_^

dalam masa yg sama,aku juga ada makan supplement
untuk betulkan hormon n juga untuk kesihatan dalaman..
mula2 aku ambil GLA SHAKLEE,
ni khas untuk betulkan hormon yg sebabkan cyst..
at the same time ia betulkan cycle period aku..
then bila GLA abis n malas nak bli lagi coz mahal skit kan,
aku tukar plak makan JUS PERAWAN D'HERBS..
selain murah skit dr shaklee,
jus ni baik untuk kesihatan dalaman perempuan..
aku ada review jus perawan ni b4 ni..
kebetulan aku ambil jus perawan ni ngam2 lepas aku g berurut..
kuasa Allah tak siapa boleh duga..
mungkin hanya sekadar kebetulan saja mungkin,
aku mengandung lepas berusaha mencuba mcm2 
yg orang syorkan utk mkn n buat..
ALHAMDULILLAH,terima kasih ALLAH..

oh,ya!aku lupa nak gtau..
aku juga amalkan doa nabi zakaria a.s setiap masa
especially lepas solat..
lebih bagus kalau suami isteri sama2 amalkan..
kalau berkesempatan,sebelum bersama tu bacalah doa tu..
insyaAllah,dipermudahkan jika kita tak sombong minta tolong dari Allah..=)


then,lepas aku disahkan mengandung 5 minggu,
minggu yg ke 6,aku dah start bleeding on off..
risau jugak coz pantang aku gerak or buat keje lebih skit,
konpem akan bleeding..
so,aku minta advise kawan2 IG..
ada sorang kawan ni syorkan utk makan obimin pluz..

harga di guardian RM63.90
lepas makan obimin ni,alhamdulillah,stop bleeding tu..
tapi aku ikut nasihat kawan tu yg tak galakkan
makan makanan masam2 macam jeruk semua tu..
banyakkan makan buah n mknn berkhasiat yg lain..
setakat ni ok lagi lah..
kadang2 je kalau makan makanan yg tak sesuai je aku akan muntah
kalau tak,semua makanan aku boleh makan,heheehe

kawan2,doakan yg baik2 untuk aku n my little caliph..
insyaAllah,aku akan share pe yg aku tau n buat kalau ada yg bertanya..
apa yg penting,
jangan sesekali giv up utk dapatkan pe yg kita n suami mahu..
pedulikan kata2 orang coz orang takkan pernah faham 
kalau dia tak pernah lalui pe yg sedang kita lalui..
yg penting usaha,ikhlas dan tawakal pada Allah..
salam!!

p/s:kalau nak pregnant,aku tak galakkan penggunaan pencuci intim wanita
coz bahan yg ada dalam pencuci tu boleh membunuh sperma..
sharing is caring..^.^


8 July 2013

ahlan wa sahlan little caliph!

assalammualaikum..

sekian lama aku pendamkan nak cerita..
mencari masa yg sesuai..
sebab berita yg aku nak share kan ni,
bukan berita gembira yg boleh disorak2..
risiko nya sangat tinggi..
bila Allah tak mengizinkan,anytime je Dia blh tarik balik..
nauzubillahminzalik..

actually,berita ni kami suami isteri dah tunggu
sejak setahun yg lepas..
alhamdulillah,akhirnya Allah makbulkan doa kami ni..
sujud syukur aku sorang2 pagi tu..
dalam mamai sorang2 buat test coz hati aku berat mengatakan
 ada nyawa yg tengah membesar dlm rahim aku..
betullah kata sorang blogger ni,
kalau kita mengandung kita sendiri akan rasa perbezaannya..
tak macam sebelum2 ni kalau aku lambat datang period..
aku rasa malas tahap gaban,
asyik nak tidur n kuat makan dah macam raksasa..
hahahaaaa...

kalau Allah kata nak jadi,memang jadilah..
punyalah mencuba berkali2 sebelum ni
langsung tak mendatangkan hasil..
akhirnya,rezeki kami ni sampai ketika suami aku pergi kursus..
dia balik 2hari je sempena hari mengundi hari tu..
memang kuasa Allah yg berkuasa menentukan segala2 nya,
ALLAHUAKBAR!!

aku test lepas 4hari lewat period..
tu pun lepas aku puas makan durian,naik beskal senaman kat umah tu
berlari2,makan semua makanan 'panas2'..
tapi nasib baik kandungan aku tak apa2
sepanjang tempoh aku xtau tu..

lepas dapat tau tu,orang pertama yg aku tanya bff kat opis aku ni..
dia orang yg paling excited bila aku tunjukkan upt tu..
thanx nurul aizam@blogger keluargajoeayu coz banyak guide aku
sepanjang tempoh keseorangan ni..=)

serius aku blur bila tengok upt ni..
macam kabur2 skit kan..
upt period lewat 5 hari
pastu ijam suruh aku test lepas 2 hari nanti..
kebetulan aku memang simpan satu upt
 yg mahal skit utk detik2 mcm ni..
punya lah excited kan 1st experience,
lepas 2hari aku test lagi..

upt period lewat 7hari
 hasilnya seperti di atas..
sekali 2 upt aku test..
lepas confirm clear,trus aku call ijam lagi..
dia ajak g klinik utk confirmkan dengan doktor..
lepas dah confirm dengan doktor baru aku kol family aku
n family in law utk gtau gud news ni..^.^

masa ni,suami aku tak tau lagi..
hp dia kena rampas sepanjang kursus ni berjalan..
tapi nasib baik lah kadang2 dapat kejap hp bila weekend..
so,dah lepas seminggu aku dapat tau aku pregnant,
baru aku dapat gtau dia..
punya lah happy nya dia sampai aku sendiri sebak 
dengar dia punya excited..

sekarang dah masuk 2nd trimester..
alhamdulillah..
even awal2 hari tu ada bleeding skit2 tp skrg dah xde..
aku banyak tanya kawan2 yg berpengalaman kat instagram
dan juga kawan2 kat opis ni cara nak elak bleeding lagi..
lagi plak duk sorang2 ni,aku kena extra carefull..
pape hal aku kena tanggung sendiri..
banyak benda yg aku kena tahu n kena jaga..

 alhamdulillah,sepanjang 1st trimester aku xde morning sickness..
Allah permudahkan aku kat situ..
doakan untuk aku dipermudahkan di part2 lain juga ye kawan2..
insyaAllah,aku doakan kawan2 yg sama2 usaha nak 
anak tu akan dipermudahkan rezekinya..
insyaAllah,aku akan share kan usaha2 yg aku buat sebelum dapat 
rezeki Allah tak ternilai ni..
usaha dan tawakal tu jangan sesekali dilepaskan..
dapat or tak,biar Allah tentukan..
salam!!