we've been together.....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath wedding Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

15 May 2012

hari ibu haram??

Assalammualaikum…


Sori,aku still x update tentang resepi yg aku dah janjikan last week…xsengaja coz kamera asyik tertinggal neither kat rumah or bila dah bawa aku tertinggal plak dalam dashboard kereta (memang aku dah tua ke,eh?)…sekarang aku makin rajin nak mengupdate blog coz blog dah makin cantik (angkat bakul sendiri,hobi terbaru aku:LOL:)…tapi agak menyentap perasaan bila jadi silent reader kat blog-blog yg before ni sama-sama bride to be dan kahwin selepas aku dah Berjaya pregnant,Alhamdulillah dan tahniah untuk mereka…but it seems like bad news for me coz I’m stil not pregnant yet!huahhhh….

Yes,aku semakin teruja untuk memiliki anak sendiri coz aku sangat gilakan something yg comel-comel sampaikan anak sepupu aku sering menjadi mangsa gomolan aku yg sangat sukakan kanak-kanak,hahaha!!giler meroyan!!>.<

last Sunday kan mother’s day…korang belikan apa untuk mak korang??aku just belikan jam tangan untuk ibu aku,dan seperti dijangkakan aku dah agak ibu aku akan tanya harga jam tu,hahaha…nak tahu kenapa ibu aku tanya harga??haaa,sebab aku ni kan jenis ‘kemut’ sikit,nak beli benda yg murah je sokmo…so,ibu aku ingatkan aku akan beli benda yg murah untuknya jugak…hahaha…actually,aku beli jam yg ori untuk beliau sempena hari ibu ni,cuma nasib aku baik time aku beli tu tengah offer 50%...ni jam nye,nampak biasa je lah dan usually jam macam ni memang banyak dijual x ori kat pasar malam kan??bezanya yg ori dan x ori,kat belakang jam ni ada sticker ‘made from japan’ dan muka belakang jam tu lain sikit dari yg x ori…

pinjam dari google,hehe..
A day before mother’s day,aku bukak facebook,macam biasa lah,nak tengok kalau-kalau ada notification baru kan…tapi ada plak member-member kat FB yg mention xboleh sambut hari ibu ni coz katanya sambutan ni orang-orang kristian sambut hari kebesaran Mother Theressa (betulkan aku kalau aku salah)…tapiii,peduli apa kan kalau kita ikut orang non muslim tapi dengan niat kita cuma nak menghargai jasa ibu yg membesarkan kita selama ni…kalau nak ikutkan halal haram yg xberlandaskan fatwa dan nas-nas islam,memang banyak benda xboleh nak buat dalam zaman yg makin maju dan moden ni…fening-fening….*_*

Aku rasa bertuah coz aku ada 2 orang ibu,sorang yg aku panggil mak,mak yg kandung dan lahirkan aku walaupun masa tu beliau sakit kuat…kata ayah,memang mak aku seorang yg sangat-sangat sabar dan kuat,sering ditinggalkan ayah ketika ayah aku bekerja di Pulau Krismas,Australia…sangat berdikari dan sabar mengharung hidup yg susah masa zaman pasca merdeka…(aku ikut jejak langkah arwah mak,tabah hidup sorang-sorang ditinggalkan suami yg keluar mencari rezki)…mak aku sakit lama sejak abang atas aku dilahirkan…Allah kurniakan beliau kekuatan hingga berjaya bertahan sampai aku dilahirkan…tapi Allah lebih sayangkan hamba-Nya,xnak arwah sakit lama-lama,lepas aku umur 2tahun,mak pergi bertemu Ilahi…innalillah….

Sorang lagi yg aku panggil ibu sangat-sangat aku sayang,orang yg membesarkan aku hingga aku Berjaya macam sekarang…walaupun masa kecil-kecil dulu memang selalu kena hambat dengan rotan tapi kesan kena rotan dan cubit tu yg menyebabkan aku Berjaya menjadi insane berguna macam sekarang…bukan nak angkat bakul sendiri tapi aku Nampak kesan kegarangan ibu mendidik aku dan adik aku,kami jadi sangat berbeza dengan budak-budak yg sama-sama membesar dengan kami berdua…Alhamdulillah,ibu dan ayah xperlu pening-pening dan beristighfar panjang dengan perangai kami yg memang budak baik..(jangan muntah hijau kat sini ok,hahaha)

insyaAllah,raya tahun ni family kami dah makin besar coz da bertambah 2orang dalam family kami…mana tahu tahun depan bertambah lagi,aku dan abang aku sama-sama dapat anak serentak,amin...insyaAllah…hehehe...

orang kesayangan teramat-amat..;)

family besar aku raya 2011

2 comments:

ღ cik faye ღ said...

muka Nasha lebih ikut ayah kot... emak memang di hati kita kan???

natasha said...

indeed!!always n forever even diaorang da xde skali pun nanti..ye ke??memang ramai ckp benda yg sama jugak,anak ayah!hehehe...;p