we've been together.....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath wedding Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

26 August 2014

makeover:bilik stor

assalammualaikum..

hari ni dah hari terakhir bulan syawal..
kira ni entry terakhir lah b4 abis raya..
hehehee..

hari ni aku nak share tentang makeover yg aku n suami buat last weekend
kami terpaksa kemas semula barang2 dalam bilik ni
coz bilik ni dah start naik kulapuk/kulat kat dinding yg tertutup dgn barang2
jadi,solution untuk atasi masalah ni antaranya adalah kami terpaksa cari
rak untuk susun barang2 yg banyak kat bilik ni

mula2 aku berkenan dengan rak kayu ikea yg biasa org guna tu
tapi suami xberapa konpiden coz nampak mcm xteguh..
so aku cari plak rak yg jenis besi mcm yg slalu display brg kat kedai tu
bagi suami aku rak tu nampak lebih kukuh coz ia besi kan..
 
kat area rumah aku ni slalu dapat pamplet city explorer tu
so,tengok2 aku ternampak lah rak yg mcm suami aku nak tu

 murah pun ye jugak,RM68 je..
dekat plak dgn rumah so kami g lah beli sabtu tu
ahad besoknya trus projek makeover berjalan seperti dirancang
lepas suami dah siap pasang rak ni,
aku terus susun sampai jadi macam ni..
main sumbat2 je pun sebenarnya coz barang byk sgt..

pun boleh lah..berterabur skit susunannya...;p
janji barang2 aku xkena kulapok coz b4 this abis kotak2
aku lembik n terkena brg2 dlm kotak sampai jadi kotor..

alang2 dah susun barang,
aku kemas n alih skali penyangkut baju aku tu coz konon nak
buat playroom utk aqeef dlm bilik ni.
kira ada perubahan lah dari sebelum ni

sebelum 
selepas
planning nya konon nak buat kat depan rak buku ni lah
tapi bila fikir keselamatan aqeef especially bila ada rak besi tu,
aku rasa akan berubah kot planning aku tu
tengok lah nanti mcmana..huhu

bilik ni agak limited space coz ada tangga ke bilik loteng

agak sukar utk aku nak naik bilik loteng tu coz anak tangga tu
kecil je sebenarnya
kalau x,dah lama dah aku buat bilik loteng tu jadi bilik stor..
buat masa sekarang belum ada planning nak buat apa dgn bilik loteng tu
tu maybe next2 projek la kot

ok,tu jelah yg aku nak share hari ni..
nanti rajin2 aku up lagi entry susun atur aku kat dapur ye..
sekian,wasalam!



 

20 August 2014

review majlis aqiqah aqeef

assalammualaikum..

hai!ingat lagi x aku pernah cakap aku nak review 
majlis aqiqah anak aku entry2 yg lepas..
yg sebenarnya aku mencari semua contact no tu yg dah hilang,
tu yg ambil masa sikit nak review kat blog..hehehe..

majlis berlangsung secara sederhana je 15jun yg lepas..
aku memang nak buat secara ringkas tanpa ada majlis berendoi bagai tu..
so,aku n suami decide just buat doa selamat,qasidah n aqiqah je terus
sekalikan kenduri nak sambut ramadhan al mubarak..
simple tapi memenuhi tuntutan syarak yg wajib..=)
gambar sekitar majlis:captured by my FIL
puas jugak lah nak mencari org yg buat qasidah ni..
mula2 ada booking dgn 1 group dr bndr baru bangi,
tapi last minit diaorang cancel padahal b4 tu diaorang yg bersungguh
menerima jemputan kami ni,
tapi last minit cancel tanpa alasan,hmmm..

puas aku cari kat internet,
at last jumpa satu pusat tahfiz kat nilai,an najihah..
kat internet yg aku jumpa cakap pusat tahfiz ni memerlukan
dana bantuan kewangan coz mereka baru je lg tubuhkn pusat tahfiz ni
after suami aku contact,diaorang setuju utk datang
berqasidah di majlis aqiqah aqeef
ni contact no mereka,ustaz zawawi:0133331120/0162633649
bayaran diaorang minta seikhlas hati je..
kami minta mereka berqasidah tapi mereka dapat buat sekejap je 
coz tunggak utama group mereka masa tu xde
jadi,kami minta mereka bacakan doa selamat n bacaan yaasin saja
tu pun dah alhamdulillah,rasa tercapai dah hajat..;)
katering plak aku dah cari lama dah..
kebetulan katering ni pernah serve kat opis aku,
so tahu lah tahap keenakan masakan mereka..
alhamdulillah,semua puji kambing golek n masakan diaorang sedap
ada kawan aku sampai teringat2 kesedapan
kambing golek diaorang ni,haha..
aku ambil complete set dgn katering ni,
dari masakan,kanopi,meja n set hidangan..
siap ada waiter (unexpected)lagi tau utk serve tetamu yg datang..
kira berbaloi lah dgn harga yg dibayar coz servis mereka sgt tip top..

alhamdulillah,selesai dah majlis aqiqah aqeef..
lepas dah hajat kami laki bini nak aqiqah kan aqeef b4 dia akil baligh
biarlah mak pak nya tak diaqiqahkan,
yg penting anak dah settle..
kalau ada rezeki kami nak buat ibadah qurban je nnti..
kena kumpul duit ni nanti,ngeeee...

ok lah,aku harap info aku dapat membantu sesiapa yg sedang mencari..
kalau ada soalan sila2 lah komen kat bawah ni ye..
wasalam!

18 August 2014

make over: pintu utama

assalammualaikum..

hai!mesti hari ni ramai yg feeling2 monday blues kan?
aku pun sama..
rasa mcm nak cuti je hari2,tapi impossible la kan,
xkeje mana nak datang duit,ye dak??
hmmmm..

hari ni,aku nak share satu projek yg aku dah buat..
projek make over main door kat rumah aku
projek ni dijalankan sebab aku rasa main door aku xsesuai dgn grill
aku yg memang warna putih..
after discuss dgn suami,
kami setuju tukar warna pintu dari coklat ke putih

tu ada skit nmpk grill aku,putih kan baru matching..hehe
agak susah jugak sebenarnya nak mengecat pintu yg dah bercat
lebih mudah kalau pintu original,permukaan kayu semata
macam pintu aku ni,aku perlu buat double cat under coat putih,
untuk nak make sure bila cat minyak putih nanti,
kesan cat coklat tu takkan kelihatan lagi..
masa apply cat minyak warna putih,
memang mudah skit nak cover cat lama coz kesan cat under coat tu..

tambahan lagi,pintu aku ni tak diketam halus..
so,memang agak sukar sikit nak mengecat under coat dan jugak cat minyak
tapi,bila dah siap n tengok hasilnya,
aku rasa berbaloi!
mana tak nya,kesan cat minyak tu sendiri boleh haluskan 
permukaan pintu tu,macam ia diketam halus je..
padahal sebelum tu...hmmm..

aku buat sendiri kerja2 mengecat ni,
almaklum suami aku duk jauh,
bila dia balik rumah aku bagi dia chance nak spend time dgn aqeef
biar aku je buat keje ni..
tapi,kalau part2 yg payah aku panggil dia jugak..haha

modal mengecat murah je,RM32 for both cat
aku beli kat kedai hardware kwsn kampung,murah skit
dari beli kwsn taman ada mahal lebih bbrp ringgit

next projek aku akan share nanti..
kira projek akan datang ni lebih challenging skit
nak start pun aku rasa berdebar,xtau lah menjadi ke x nnti..
hahaha..

ok,wasalam!

15 August 2014

susun atur:hiasan bunga paling murah

assalammualaikum

sempena hari raya,
nak jugak hias2 rumah skit2..
ala,sekadar tukar alas meja,tambah deko skit2 tu normal kot aku rasa
dalam hati nak jugak hias rumah dgn bunga hiasan kekonon
tapi jenis aku tangan xberseni,
so memang nan hado la bunga hiasan baru selain yg ibu 
aku bagi hampir 3tahun lepas,haha..

both bunga kiri kanan tv tu ibu aku yg bagi dah siap gubah..;p
b4 ramadhan aku attend banyak wedding kawan2,
so dapatlah bunga telur yg cantik2..
tambah plak jenis xmalu slumber je minta 2 3 bunga telur lebih2,
so dapatlah kira sejambak bunga telur tu..
aku terfikir baik aku buat hiasan drpd aku buang gitu je..
then,aku g kedai RM2 utk cari pasu yg sesuai..
dapatlah pasu oldskul ni yg memang harga RM2 sajo..

bagi aku nampak cantik coz adanya juntaian reben2 tu

ni jelah yg ada kat atas meja tamu aku tu..haha
cantik x bunga aku??haha
ni versi hiasan bunga paling jimat kat dunia
modal RM2 plus muka xmalu minta bunga telur lebih kat org,kekeke..

semua kat atas meja tu versi jimat kecuali tupperware tu..
kuih import dari rumah ibu aku,
sarung kotak tisu doorgift wedding member,
bunga telur pun free n pasu RM2..
selesai deko aku,sekian..

p/s:meh lah datang beraya rumah aku,xde open house tapi kalau ada yg nak datang aku serve special sedap2 punya..yg penting calling2 dulu kalau xnak makan kuih raya sajo..hihihiii..>.<