we've been together.....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath wedding Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

27 August 2013

pengalaman misteri ketika ini..

assalammualaikum..

rasanya tak lewat lagi untuk aku wish selamat hari raya kan??
almaklum ler,nak wish awal2 mood update blog
dah jauh ke laut china selatan...
sekarang ni pun mood tak de lagi lantaran kekenyangan macam 
ular sawa after melantak bagai tak hengat kat jamuan raya tadi...
makan selagi boleh makan,
kalau dah hilang selera macam bulan puasa hari tu,
dengan doktor2 skali risau berat turun mendadak...huhu

little caliph dalam perut aku ni makin membesar..
alhamdulillah,setakat ni tak rasa lagi kepayahan ibu2 mengandung
macam sesetengah orang alami...
Allah permudahkan aku membawa hambaNya yg kecil ni
supaya aku tak keluh kesah kerana perjalanan aku dan dia berseorangan..
bukan mudah mengandung untuk tinggal seorang diri..
semua perkara perlu dipastikan selamat untuk memastikan 
keselamatan aku terjamin time duk rumah...
kejahatan manusia sekarang,tak boleh diagak2 kan..
moga Allah selalu lindungi kami ketika suami aku jauh bertugas
untuk mencari rezeki untuk aku n anak bakal lahir ni,insyaAllah...

cuma ada satu dua perkara yg agak sikit misteri
sejak aku mengandung ni..
kadang2 aku rasa hanya khayalan aku,
tapi bila fikir balik tak mustahil kalau benda tu terjadi secara realiti..
aku perasan kalau aku tertidur atas kusyen di ruang tamumasa tengok tv,
aku macam terdengar hembusan nafas asing kat telinga aku...
memang terkejut lah aku,terus tersentak bangun lari masuk bilik n lock terus pintu...
cuma nak hilangkan perasaan takut,aku buat2 tak ingat benda ni pernah terjadi..
aku anggap ia kerana pembawakan baby je...hopefully...

sekarang ni hampir tiap2 minggu aku balik melaka..
sejak2 suami aku g kursus lagi lah aku tak melekat kat rumah bila hujung minggu..
banyak aktiviti boleh buat kat rumah tu dgn family aku..
at least aku pun tak terasa sunyi sangat bila ada ramai orang..
best nya lah kalau dapat duk dengan family kalau suami jauh..
ada jugak orang nak duk berborak2..
kalau hari bekerja aku duk umah untuk g kerja n tdo je..
memang macam tongkang pecah lah rumah aku sekarang,hahahaha...

ok,itu je nak update untuk hari ni...
nak jugak share gambar raya aku n suami untuk tahun ni..
tahun ni berdua,insyaAllah tahun depan bertiga pulak,amin3..heheheeee...

muat lagi berbaju kurung,ngeh3...;)
 selamat hari raya even dah penghujung dah pun...
buat rumah terbuka jangan segan2 jemput aku ye..hahaha
ok,salam!!