assalammualaikum..
hai everyone!
salam ramadhan,kejap dah hari ke 11 kan..
oh,kali ni aku nak rehat jap dr entry susun atur..
nak cerita progress aqeef..
nak jadikan diari perkembangan diri dia slain dr di fb,hehe..
aku mcm xpercaya je anak aku dah nak masuk 6 bulan dah..
xlama lagi dah blh mkn solid food dah..
kena lah mama nya ni gigih masak utk dia nanti..
banyak sangat advise yg aku dengar utk 1st solid food baby ni..
tapi aku ambil mana yg terbaik jelah..
dan juga yg mudah bagi aku..
bukan mudah nak menjaga anak seorang diri dengan aku yg bekerja ni
time management tu penting..
aku xboleh leka,nak lepak2 jap saja2..
haaa,berlapar la anak aku kalau aku lepak tanpa siapkan
keperluan dia dulu..
tu yg aku agak berdebar bila dah nak start bg dia makan
mampu ke mama nya ni memenuhi semua keperluan dia?
sigh....
setakat masa ni,dia dah laju dah bergolek2..
aku sekarang xboleh dah percaya nak tinggal kan dia sorang2
atas katil or sofa..
dia punya golek tu dah mcm pelakon hindustan,laju je 2 3 kali pusing
dah pandai angkat bontot,xlama dah nak merangkak ler tu
lagi lah mama ni kena jadi pak pacak tengok dia slalu,haha
x pun aqeef akan mama angkut ke mana je mama pegi,
ke dapur,ke bilik bawah dan juga ke toilet..ngeh3
kalau aku berborak dengan orang,
dia pun skali nak berborak..
sampai berbuih mulut bercakap bahasa alien dia tu..
kalau dia sorang2 tu aku tengok asyiklah main gusi dia..
aku raba2 gusi dia dah mcm ada gg nak tumbuh,
eh,normal ke kalau baby baru 5 bulan lebey tumbuh gg?
ke cepat sgt?
adeh,mama ni malas nak explore blog2 development baby,
padan muka!hahaa..
alhamdulillah,setakat ni anak mama behave je bila kami berdua
xde pun nak cranky2 sgt..
cuma masa dia selsema skit hari tu,
time tdo kemain menangis teriak kuat..
maybe dia susah nak bernafas dgn hidung tersumbat..
aku xpakai aircond sepanjang dia selsema tu..
siang nya aku bagi dia minum air masak,
banyakkan susu badan n cairkan susu formula dia..
alhamdulillah,kejap je kering selsema dia tu..
dan syukur jugak dia suka minum air masak..
tu penambah faktor dia cepat recovery kot..
walaupun ramai orang marah aku bagi dia minum air masak,
tapi bagi aku selagi dia ok minum air tu,
maknanya badan dia boleh terima la kan..
paeds xmelarang pun cuma xgalakkan je..
lain budak lain effect kan..
anak aku minum ok je,
lawas buang air besar,kulit dia xkering sgt..
lagi pun aku bagi xbanyak,sekali minum dlm 2 3 auns je,
agak2 tengok dia dah puas aku tarik..
kalau banyak2 kang kembung plak..
after raya ni aku nk bawak dia g ambil vaccine pnemonical tu
(betul ke x ejaan vaccine aku tu?haha)
risau aku zaman2 skrg..
lagi pun ramai advise suruh ambil..
in shaa Allah,selagi mana mama & papa mampu,
kami akan buat yg terbaik untuk aqeef..
sape xnak anak sentiasa sihat n ceria je kan?
biarlah berhabis pun asalkan kesihatan dia terjamin..
memang baby ni rupa dia berubah2 kan..
dulu risau gak kalau anak aku kulit gelap mcm papa dia..
hahahaha..(gelak keji)
tapi ibu aku kata nnti rupa n warna kulit mesti akan berubah lg..
dah kata anak lelaki,lasak nnti konpem nya berubah lg..
xde apa yg lebih bahgia kan aku bila tengok dia sengih2 pandang aku
lagi bes bila tdo siap peluk badan aku..
xdapat badan,kaki pun boleh dia peluk,haha..
mcm ni agaknya perasaan best bila jadi ibu,
terasa pentingnya kewujudan diri ni bila ada anak yg perlukan kita je
syokkk habis..kekekeee
ok lah,banyak dah membebel ni
next time aku share pasal kenduri aqiqah dia hr tu ek..
till then,wasalam!
3 comments:
ha ah..muka anak ni..lagi2 masa baby akan berubah2.. dulu masa lahir anak saya cerah sangat2.. lepas tu jadi gelap..tah kenapa tah...dalam 3-4 bulan tetibe jadi cerah balik sampai lah sekarang... heheh
kannn kak,sama la dgn aqeef tu..harap2 putih kali ni biarlah kekal sampai besar..hehe
Post a Comment