we've been together.....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath wedding Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

29 November 2012

bangkitlah walau jatuh..

assalammualaikum..

sharing is caring..
  • orang yg berjaya adalah orang yg berkali-kali kecewa,kecundang dan patah harapan.tetapi mereka bangun semula kerana tahu apa yg ingin dilakukan dan nampak apa yg mereka akan dapat.
  • kesenangan tidak datang dengan mudah dan kemiskinan juga tidak sesusah itu. jangan putus asa dan putus usaha dengan mudah,anggap kesusahan sebagai jambatan untuk menggapai kejayaan.
  • apabila masalah yg dihadapi menekan dengan tak sudah,hidup ini menjadi terlalu susah.jika perlu,berehatlah seketika,tetapi jangan anda mengalah. hidup ini aneh bagai putaran dan belitan,sebagaimana setiap orang mendapat pengajaran.
  • jangan putus asa jika lambatnya giliran anda,kerana anda akan berjaya dengan satu lagi kesempatan. selalunya arah tujuan terlalu dekat,kepada yg lemah dan yg tergugat.
  • kadang kita terasa sempitnya waktu dan hilangnya arah tuju tatkala sesuatu perkara itu menghampiri dan menghempas pada diri kita. memang benar,kita menjadi takut dan hilang arah.namun apalah yg ada pada kita,jika kita tidak mampu mengahadapi saat2 kesusahan dan kesulitan itu
  • saat diduga ada kalanya kita rasa tidak mampu menghadapinya,sering mengeluh  dan menyalahkan mengapa semua ini berlaku. ingat satu perkara,setiap perjalanan kita tidak sama dengan orang lain. kesabaran dan ketabahan dalam diri kita seharusnya menjadi pegangan dan percaya yakin dengan kemampuan kita.
  • kita sering mahukan hari yg cerah tetapi Allah mengetahui,hakikatnya hujan perlu diturunkan. kita sering inginkan kejayaan,jauh sekali kegagalan tetapi Allah lebih mengetahui sebenarnya kesusahan dan kegagalan mengajar erti kehidupan.
  • ingatlah setiap apa yg Allah turunkan bukanlah untuk menghukum kita,tetapi sebagai tanda kasih sayang Allah agar kita lebih tabah dan untuk kita lebih kenal apa erti kesabaran.
  • nikmatilah segala pahit maung dalam menuju kejayaan kerana di hujungnya anda akan merasa manisnya. anda berhak merasai kemanisan itu selepas mengharungi dan menelan segala pahitnya.
pinjam ayat dari majalah NUR untuk bina kekuatan hati yg semakin rapuh..
semoga ayat2 ni akan memotivasikan kawan2 yg perlukan
motivasi seperti sy juga...^_^

1 comment:

ayut said...

:) kuatkan smgat...pasti blh..jom tingkatkan motivasi diri bersama...