we've been together.....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath wedding Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

15 May 2012

hari ibu haram??

Assalammualaikum…


Sori,aku still x update tentang resepi yg aku dah janjikan last week…xsengaja coz kamera asyik tertinggal neither kat rumah or bila dah bawa aku tertinggal plak dalam dashboard kereta (memang aku dah tua ke,eh?)…sekarang aku makin rajin nak mengupdate blog coz blog dah makin cantik (angkat bakul sendiri,hobi terbaru aku:LOL:)…tapi agak menyentap perasaan bila jadi silent reader kat blog-blog yg before ni sama-sama bride to be dan kahwin selepas aku dah Berjaya pregnant,Alhamdulillah dan tahniah untuk mereka…but it seems like bad news for me coz I’m stil not pregnant yet!huahhhh….

Yes,aku semakin teruja untuk memiliki anak sendiri coz aku sangat gilakan something yg comel-comel sampaikan anak sepupu aku sering menjadi mangsa gomolan aku yg sangat sukakan kanak-kanak,hahaha!!giler meroyan!!>.<

last Sunday kan mother’s day…korang belikan apa untuk mak korang??aku just belikan jam tangan untuk ibu aku,dan seperti dijangkakan aku dah agak ibu aku akan tanya harga jam tu,hahaha…nak tahu kenapa ibu aku tanya harga??haaa,sebab aku ni kan jenis ‘kemut’ sikit,nak beli benda yg murah je sokmo…so,ibu aku ingatkan aku akan beli benda yg murah untuknya jugak…hahaha…actually,aku beli jam yg ori untuk beliau sempena hari ibu ni,cuma nasib aku baik time aku beli tu tengah offer 50%...ni jam nye,nampak biasa je lah dan usually jam macam ni memang banyak dijual x ori kat pasar malam kan??bezanya yg ori dan x ori,kat belakang jam ni ada sticker ‘made from japan’ dan muka belakang jam tu lain sikit dari yg x ori…

pinjam dari google,hehe..
A day before mother’s day,aku bukak facebook,macam biasa lah,nak tengok kalau-kalau ada notification baru kan…tapi ada plak member-member kat FB yg mention xboleh sambut hari ibu ni coz katanya sambutan ni orang-orang kristian sambut hari kebesaran Mother Theressa (betulkan aku kalau aku salah)…tapiii,peduli apa kan kalau kita ikut orang non muslim tapi dengan niat kita cuma nak menghargai jasa ibu yg membesarkan kita selama ni…kalau nak ikutkan halal haram yg xberlandaskan fatwa dan nas-nas islam,memang banyak benda xboleh nak buat dalam zaman yg makin maju dan moden ni…fening-fening….*_*

Aku rasa bertuah coz aku ada 2 orang ibu,sorang yg aku panggil mak,mak yg kandung dan lahirkan aku walaupun masa tu beliau sakit kuat…kata ayah,memang mak aku seorang yg sangat-sangat sabar dan kuat,sering ditinggalkan ayah ketika ayah aku bekerja di Pulau Krismas,Australia…sangat berdikari dan sabar mengharung hidup yg susah masa zaman pasca merdeka…(aku ikut jejak langkah arwah mak,tabah hidup sorang-sorang ditinggalkan suami yg keluar mencari rezki)…mak aku sakit lama sejak abang atas aku dilahirkan…Allah kurniakan beliau kekuatan hingga berjaya bertahan sampai aku dilahirkan…tapi Allah lebih sayangkan hamba-Nya,xnak arwah sakit lama-lama,lepas aku umur 2tahun,mak pergi bertemu Ilahi…innalillah….

Sorang lagi yg aku panggil ibu sangat-sangat aku sayang,orang yg membesarkan aku hingga aku Berjaya macam sekarang…walaupun masa kecil-kecil dulu memang selalu kena hambat dengan rotan tapi kesan kena rotan dan cubit tu yg menyebabkan aku Berjaya menjadi insane berguna macam sekarang…bukan nak angkat bakul sendiri tapi aku Nampak kesan kegarangan ibu mendidik aku dan adik aku,kami jadi sangat berbeza dengan budak-budak yg sama-sama membesar dengan kami berdua…Alhamdulillah,ibu dan ayah xperlu pening-pening dan beristighfar panjang dengan perangai kami yg memang budak baik..(jangan muntah hijau kat sini ok,hahaha)

insyaAllah,raya tahun ni family kami dah makin besar coz da bertambah 2orang dalam family kami…mana tahu tahun depan bertambah lagi,aku dan abang aku sama-sama dapat anak serentak,amin...insyaAllah…hehehe...

orang kesayangan teramat-amat..;)

family besar aku raya 2011

10 May 2012

cute!!






terhutang budi dgn mr google coz bg gambar budak2 comel ni...;)
assalammualaikum...

pagi-pagi datang kerja dah gatal tangan nak google gambar-gambar baby comel ni...tiba-tiba keinginan untuk ada baby membuak-buak datang...meroyan ke??hahaha...serius xsabar nak ada baby sendiri tapi yg xbes nya petang semalam aku da didatangi mr. period,hampeh betul!!

opismate aku masuk-masuk je opis da cerita tentang berita penderaan baby oleh mak kandung dia yg gila...aku sendiri tengok video tu tadi,memang konpem lah mak baby tu giler,aku tengok je dah tau...semua orang marahkan orang yg rakamkan video tu tak tolong baby tu tapi aku rasa orang yg rakam tu pun takut coz dia sendiri dah cakap kalau tolong baby dia sendiri pun kena pukul...cian betul aku tengok baby tu,mesti dia akan trauma sampai bila-bila...harap-harap dia takkan buat benda yg sama kat anak dia nanti coz dari trauma yg disebabkan sejarah lampau boleh menyebabkan seseorang berisiko untuk melakukan perkara yg sama yg dialami olehnya untuk dilakukan kepada orang lain...harap-haraplah tak berlaku kan...

incik asben selalu pesan kat aku jangan terlalu berharap untuk dapat baby,buat macam biasa je coz katanya kalau kita teringin sangat-sangat kita takkan dapat,tapi cuba tengok orang-orang yg pregnant luar nikah,diaorang bukan nak sangat baby tu tapi senang je dapat...so,katanya kita pun buat jugak macam tu cuma kita da halal satu sama lain,kita berdoa dan berusaha tapi jangan berharap tinggi menggunung...aku ikut jugak pesan beliau tu tapi bila tengok member-member semua da pregnant,aku jadi jelous!!hahaha...

kalau sesiapa tahu petua-petua untuk senang pregnant,share-share lah dengan aku ye...(nak jugak cepat-cepat tu,hehehe)...ok lah,insyaAllah,besok aku nak update tentang resepi special minum petang,tu pun kalau aku ingat nak bawak kamera besok,kalau lupa,bertunda lagi lah entry tu,hihihi...ok,adios!!;)

9 May 2012

pebende cyst ni??



assalammualaikum...

semalam masa duk borak2 dengan opismate,terbuka cerita tentang perkara2 yg menyukarkan seseorang tu pregnant...before this aku memang pernah ngadu kat diaorang yg aku slalu sakit perut dan kena ada posisi tidur yg tertentu untuk mengelakkan aku rasa senak time tidur...dan ada lagi certain-certain simptom yg aku malu nak cakapkan kat sini,hehehe...tiba-tiba salah sorang member aku cerita lah yg dia baca metro keluaran ahad lepas di mana ada sorang pembaca bertanyakan soalan kat pakar sakit puan tentang simptom-simptom yg sama macam aku alami....dan penjelasan yg pakar sakit puan tu bagi memang bagi aku nightmare gak lah hinggakan kau dah xsabar nak balik melaka n ajak ibu aku temankan g klinik...nak tau pe penerangan pakar 2??

kata pakar tersebut simptom-simptom yg dialami wanita tu macam cyst,iaitu sejenis ketumbuhan yg dibahagian sistem peranakan perempuan...hal ni boleh menyebabkan orang tersebut sukar untuk hamil...ni penerangan selanjutnya yg aku copy dari portal alamhamil....

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simptom atau gejala.

Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.

Gejala Ovarian Cysts

 

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
  • Sakit perut
  • Rasa perut penuh dan tak selesa
  • Rasa berat pada ari-ari
  • Sukar atau kerap kencing
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Muntah dan loya.

Diagnosa

Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan menggunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.

Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan

Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.

Rawatan

Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.

 aku memang ada simptom-simptom yg disebutkan kat atas cuma aku xde simptom muntah dan loya jelah dan rasanya xde sebarang benjolan kat bawah perut aku ni,rasanyalah...tapi perut aku memang extraordinary buncit,sampai aku rasa semua orang fikir aku pregnant padahal isinya kosong je pun...sedih...='(

kalau incik asben dapat cuti weekend ni memang aku heret dia sama g klinik...aku memang cuak betul dah ni,dengan period aku dah lewat ni,lagi wat aku gabra...harap-harap lah xde pape,dan harapnya isi nya biarlah isi yg bernyawa,aminnn....


8 May 2012

privacy please....

assalammualaikum....

pembuka kata yg biasa bila tengok kat blog archive da berminggu-minggu aku x update blog,blog da penuh dengan sarang labah-labah...hahaha...bila aku kat rumah yg sememangnya xde laptop dan PC,macam-macam idea yg datang untuk aku bebelkan kat blog tapi bila dah depan PC opis ni terus aku jadi bluuurrrr....hehehe..

cuba tengok tajuk tu...tadi masa tulis tajuk beria-ia idea datang menterjah tapi disebabkan jari jemari aku yg lambat sangat nak menaip ni,semua idea tu dah terbang jauh-jauh...alahaiiii....

hmmmm,tadi try nak buka blog member baik aku tapi sekarang dia dah private kan blog dia,gila privacy ko sekarang ni cik wani mushroommmmm...aku pun nak buat macam ko jugak tapi pe guna ada blog tapi xshare apa yg ditulis dengan orang lain kan,kan??tapi xpe,aku faham,mesti ada something yg menyebabkan ko buat macam tu kan,kan??...hehehe...

macam aku jugak lah,kadang-kadang aku pun perlukan privacy,blog aku,facebook aku,aku xnak ada certain2 orang baca...siapa orangnya??haaaa,biarlah rahsia...hohoho!!kadang-kadang incik suami marah jugak lah,tulisan aku kat sosial media ni kadang-kadang akan menimbulkan salah faham pada sesetengah orang,walaupun ikhlas aku katakan xde maksud nak singgung mana-mana pihak...kadang-kadang lebih kepada nak remind diri sendiri tapi bila orang tertentu baca,orang tersebut akan salah faham apa yg maksud sebenar yg aku nak sampaikan...that's y,ada certain orang yg aku hide kan kat fb dari baca post2 aku kat fb tu...hehehe...;p

salah satu sebab aku jarang update blog pun sebab aku xnak orang tertentu tersebut tahu perkembangan kehidupan aku...kat fb pun aku jarang post pape,malas!ngggeeeee...aku lebih suka jadi silent reader,baca blog-blog orang,facebook orang,seronok bila tengok life orang yg ada colorful,xmacam life aku yg agak sikit bosan,mengadap benda dan orang yg sama hari-hari,tiap-tiap bulan n maybe the whole life aku akan buat benda yg sama je,huahhhhhhh....>.<

bila jadi keadaan macam ni,mulalah aku nak jadi manusia yg xbersyukur...mulalah fikir,sepatutnya aku xpatut buat itu,sepatutnya aku patut buat ini,bla,bla,bla....tapi bila datang fikiran waras aku cepat2 istighfar(jadi baik jap),life aku much better dari orang lain kat luar sana walaupun xlah sebaik orang lain yg lebih baik dari aku...alhamdulillah....^_^

tapi ada satu benda yg aku harap-harap kan bila dah kahwin ni...aku rasa orang-orang yg dah kahwin tentu tahu apa kemahuan aku terutama untuk orang yg pjj macam aku ni...yes,anak!!memang macam awal je kan,baru 4bulan kawen da kecoh-kecoh nak anak...haaa,giler ko kawen xnak anak!!pekejadah kawen tapi xnak anak,sunah Rasulullah tu,perkahwinan penyambung keturunan...hahaha...tapi still berusaha dan berdoa lah,moga2 rezeki kami murah n dipermudahkan segala-galanya,aminnn (korang pun doa-doakan lah untuk aku jugak ye,hihihi)...ok lah,da panjang dah ni,lenguh bahu aku tengok skrin lama-lama,orang rabun,kena tengok skrin dekat-dekat skit,hehehe....adios!!

notakaki:sekarang incik suami xde,masuk hutan seminggu,xbes nye...xde orang yg aku nak cari gaduh,main debat perdana 1malaysia laki bini,main silent2 hp dan macam2 lagi...(jangan ikut perangai aku ok,dosa!hahaha)...harap2 lah beliau dapat balik weekend ni,da 2minggu xjumpa ni,rindu!;p