we've been together.....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath wedding Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

31 July 2013

tak boleh scan selalu??

assalammualaikum..

kejap je dah nak abis ramadhan kan?
time semua orang tengah bz prepare persiapan raya..
kami suami isteri beraya sederhana je..
kena saving skit coz banyak nak pakai duit
untuk our little caliph nnti..
orang lain excited beli persiapan raya,
aku plak excited nak beli barang2 baby..
geram tengok baju2 baby n barang2 nya comel2...
tapiiii,aku bukan nak beli sekarang pun,
awal lagi kan,tunggu 2 3 bulan akan datang kot baru boleh beli..
mama plak yg over excited,hahahaha...;p

last week g check up..
aku kena sound dengan akak nurse coz semua bacaan 
hasil check up drop banyak..
termasuk lah berat aku turun 2kg lebey,hb n bp pun turun..
tak pernah2 sejak kawen berat turun tapi kali ni turun banyak plak..
maybe sebab aku berpuasa n tak selera nak makan..
lagi plak time2 preggy ni sensitif berlebih2,
makan sorang pun boleh jadi tak selera makan,
kalau kat melaka or ada suami aku,
kemain melantak makan banyak2,hahaha...
orang lain morning sickness 1st trimester..
aku plak dah 2nd trimester baru kena.. 
tak kisah lah,asalkan baby kat dalam ni sihat n
membesar dengan sempurna,dah cukup melegakan aku..
kata nurse tu,jangan kena diabetes n turun darah dah ok lah tu..
turun berat badan n tak selera nak makan kira normal lagi..
mcm dia katalah,lain orang,lain gaya time mengandung ni,
tak boleh lah nak samakan time ko mengandung dengan 
time aku mengandung,betul tak?

aku still tak scan lagi untuk tengok little caliph inside my tummy..
cuma awal2 dulu je doc ada scan coz nak tahu kedudukan baby
n tumbesarannya ok or tak..
setakat dah masuk 4bulan setengah ni,still tak scan lagi..
aku pernah dengar orang kata tak elok scan selalu,betul ke?
kesian kat ayahnya lah,xpernah tengok lagi
anak dalam perut mama ni..
tunggu 5 6 bulan kot baru aku g scan,
langsung boleh scan untuk tahu jantina baby..
tak sabarnyaaaa..ngeee...;)

pinjam kejap gambar mama orang putih ni..hehe
 tu je lah yg aku boleh cerita setakat ni..
tak sabar nak beraya sebenarnya ni,nak makan laksa perlis
hasil air tangan abah mentua aku..hehehe
kan tahun ni beraya ke raub,
nak feel jadi orang pahang + perlis jap lagi..
aihhhh,makruh puasa aku bila teringat makanan raya yg lazat2 ni..
ok lah ye,selamat hari raya aidilfitri..
maaf kan aku kalau ada terkasar bahasa
 sepanjang aku menaip kat blog ni..
dan bila memandu balik kampung tu,
ingat2 lah orang yg sedang menunggu kepulangan anda..
jangan gelojoh2 memandu coz bukan anda sorang je nak beraya ok..
ikhlas dari kami suami isteri..
salam!








5 comments:

Mimie said...

Kalo nk scan memg kne jarakkan tmpoh tuh..xleh tiap2 bln nak scan...

natasha said...

ooo,tak boleh tiap2 bulan la ye sis mimi..patut la g check up doc xscan pun..thanx ye 4 the info..;)

natasha said...

wasalam..insyaAllah,nanti saya berkunjung ye..;)

Mummy MM said...

selamat hari raya sis

Fahimah Mahayuddin said...

setahu imah kalau ultrasound scan tak membahayakn lansung untuk baby. doktor sendiri yg cakap sbb dia scan pakai sound,kira selamat la.