we've been together.....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath wedding Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

11 June 2012

apakah SLE??


Assalammualaikum…

Lately ni,banyak sangat berita-berita yg bagi aku sangat-sangat tak enak didengar,maksud aku bukanlah berita yg patut aku bersorak keriangan bilamana mendengarnya…last week,since Wednesday till semalam ayah aku admitted kat general hospital Melaka…seriously,aku terperanjat jugak,ayah yg sehari aku call sihat walafiat tiba-tiba collapse kat rumah before nak g berwuduk untuk solat isyak…aku yg memang nya tengah demam laratkan diri balik Melaka n jaga beliau kat hospital…alhamdulillah,bila doctor cakap ayah dah boleh keluar hospital semalam,aku rasa aku lah orang paling lega coz hari ni aku da start keje balik…so,bila ayah hanya rehat kat rumah dengan ibu ada untuk tengok-tengokkan beliau,aku rasa satu kelegaan teramat…

Selain dari berita ayah yg masuk hospital,ada satu lagi berita yg tak bes didengar…sabtu lepas,aku pergi klinik untuk buat check up untuk tahu sebab kenapa aku asyik loya,kerap buang air dan sakit kat bahagian bawah perut aku…at the same time aku period jugak so nak dijadikan cerita aku pergilah buat check up,then after dr. scan n tekan-tekan perut aku,dia assume aku hanya kena urine infection…dan perkara yg memeranjatkan aku adalah payment treatment aku hari tu adalah RM100 dengan hanya berbekalkan satu ubat khas untuk urine infection dan ubat nama ‘ural’ serta satu papan panadol actifast,aku kena bayar sebanyak tu!!memang aku terperanjat betul…dah lah aku diberitakan dengan berita yg bukan aku nak dengar,tapi dengan payment macam tu memang buat aku lagi lah patah seribu…huhuhu…

Satu lagi berita yg xsedap didengar adalah salah seorang kawan aku kena admitted hospital jugak…hospital yg sama ayah aku masuk…sebelum dia admit GH,dia kena tahan kat satu private hospital kat Melaka..kat private hospital tu dia disahkan menghidap penyakit SLE..pernah dengar SLE disease??ni sikit info yg aku google kat laman web rasmi Persatuan SLE Malaysia:-

Apakah SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protein darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Sejarah
Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Jenis-jenis Lupus
Discoid Lupus Erythematous (DLE)
* Hanya melibatkan kulit
* Jarang merebak ke organ lain
Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
* Boleh merebak ke organ lain
* Boleh mengakibatkan kematian

Apakah Gejala-gejala SLE?
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.
Ciri-ciri penyakit ialah:
  • Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  • Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi
  • Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
Gaya Hidup
* Dinasihatkan menggunakan krim pelindung cahaya matahari (mengandungi SPF sekurang-kurangnya 45)
* Gunakan payung, topi atau pakai baju lengan panjang untuk mengelakkan terkena
cahaya matahari yang berlebihan.

Ubat
* Sila ikut arahan doktor
* Jangan berhenti makan ubat tanpa kebenaran doktor
* Jangan campur ubat anda dengan ubat yang tidak diketahui asal-usulnya
Ini adalah untuk mengelakkan interaksi yang tidak diingini antara ubat.

Rawatan susulan
* Berjumpa doktor sebagai mana yang telah ditetapkan.
* Patuhi arahan doktor.

Tekanan
* Cuba elakkan tekanan kerana ia akan mengakibatkan penyakit menjadi aktif.
* Sentiasa berfikiran positif.

Diet
* Kenalpasti makanan yang sesuai dengan sistem individu anda
* Amalkan diet yang seimbang dan sihat
* Pastikan diet anda rendah garam, rendah lemak, rendah gula dan mengandungi kalsium dan Vitamin D yang mencukupi.

Kalau nak tahu lebih lanjut lagi boleh baca kat laman web ni lupusmalaysia.org kerana aku tahu ramai lagi kat luar sana yg macam aku,tak tahu tentang penyakit ni…harap-harap kawan aku tu akan makin sihat untuk uruskan persiapan kahwin dia bulan ogos ni,insyaAllah…dan aku doakan semoga hari-hari mendatang aku akan dikhabarkan berita-berita gembira dan bukan lah berita-berita sedih macam ni lagi…amin ya rabbalalamin…





4 comments:

ღ cik faye ღ said...

salam...so sekarang ayah Nasha dah ok ke? harap semuanya baik2 jelah...kalau di peringkat awal mungkin boleh dirawat. kena try ubat hospital, ubat herba & apa2 perubatan alternatif sebelum melarat.

Eta said...

i ade sorang kwn yg mengidap SLE nie. kesian...elakkan dr stress,takut makin melarat.

natasha said...

cik faye:ayah kte da ok dah..xtau la kawan kte 2 skrg mcmana,harap2 dia makin ok la in the future..
mdmZ:memg pun,tu ubat paling mujarab utk penyakit apa pun kan,relax je xblh tnsion2..;)

aleensya said...

Hope so ur father is getting better.. Amin~
Finally, jumpe gak blog tasha nie =) Ramai x tao psl SLE nie, so nnti len link kn je blog tasha & a few friends of mine, who r really sweet...writing about diz entry. TQ dear! Mmmuah <3