assalammualaikum...
hari ni 1st day bekerja after seminggu xmasuk opis last week
penat berkejaran dari port dickson ke melaka,
then,hari ni pagi2 da kena gerak balik ke bangi...
totally tired n exhausted sungguh...
hari ni nak cerita tentang satu fenomena baru yg aku sedar...
lately ni,
aku sangat2 memerlukan tukang urut yg berpengalaman...
tukang urut ataupun selalu orang mudah panggil mak bidan
(walaupun xsemua tukang urut itu mak bidan ye!)
nak tahu kenapa?
bagi famili aku,
kami sangat2 mementingkan kesihatan tubuh badan...
kalau sudah ke klinik n doktor cakap sihat2 saja
tapi badan still rasa sakit2,
kami akan ambil alternatif lain,
dan pergi berubat secara kampung...
termasuklah aku yg hadapi masalah yg aku duk canang kat blog ni last time...
dan baru tersedar,
sangat2 lah susah nak mencari tukang urut yg berpengalaman
dan mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut...
kalau ada pun,
awal2 lagi sudah ditetapkan bayaran yg bagi aku n keluarga aku,
sangat2 lah xberbaloi dengan apa yg diusahakan itu...
kerana dalam keluarga aku pun ada juga pakcik aku yg jadi tukang urut...
beliau sendiri memberitahu yg kerja ni memerlukan keikhlasan untuk lakukannya,
maknanya xperlu tetapkan bayaran jika sudah niat untuk membantu orang...
tapi...
itulah fenomena yg berlaku sekarang,
nak berurut kena make sure ada duit dalam poket,
dengan jumlah yg telah ditetapkan...
harganya pula,
macam boleh digunakan untuk bayaran di hospital pakar...
kalau ada pun yg kenakan bayaran seikhlas hati,
seorang dua jelah yg masih panjang umurnya...
yg lain2,sama ada sudah tidak sihat ataupun sudah pulang dijemput Ilahi,
innalillah...
untuk aku,
alhamdulillah masih berjaya jumpa seorang nenek
yg masih sudi menerima bayaran seikhlas hati orang yg diurutnya...
sangat baik n aku mula berfikir,
susahnya aku nak jumpa orang sepertinya yg xberkira untuk menghulurkan bantuan pada yg memerlukan
dan...
susahnya sekiranya beliau tiada lagi nanti...
alhamdulillah,
aku dah semakin positif dengan apa yg aku alami...
sekarang,terpulang..
kalau benar rezeki itu untuk aku dan suami,syukurlah...
tapi jika tiada,kami berdua redha...
sesungguhnya Allah itu maha adil dan bijaksana,
Dia pasti tahu apa yg terbaik untuk hamba-hambaNya...
amin..
8 comments:
dulu, arwah bapak sedara saye pon tukang urut.. err, pak bidan la ea? hehe
masa arwah hidup dulu, dah banyak orang yang arwah urut dan tolong.. bayaran pun dia tak pernah sebut harga.. tapi prinsip dia satu je.. kalau nak bagi, jangan kata sedekah.. kena kata hadiah.. kalau tak, dia tak boleh amik duit tu..
sekarang ni, bila arwah dah takde, family kitorang dah takde orang nak urut da..
hmmm..
pakcik akak tu urut lelaki je,lg pun xelok kan tukang urut beza jantina...tu lah,payh da nak cari tukang urut zamn2 moden ni,tp utk org kuno mcm akak,tukang urut amat penting...hahaha..;p
waahhh! nak urut nak urut!!!
KA dulu2 ada my fevert tukang urut, tapi dah arwah skang.. mmg susah nak cari yg serasi ngan kita kan!
cendol:kte xpandai urut,kena cari org lain la ye...;p
Kesuma Angsana:tu lah,payah nak cari tukang urut yg ok skrg,kalau org2 yg tinggal kena cas mahal plak...huhu
susah nak cari tukang urut yg betul2 kan.. bestlah nasha dah jumpa tukang urut.. insyaAllah pasti ada rezeki nasha pasni..
jijah pon masih tercari2 tukang urut jugak..tak jumpa lagi..huhu
hi.....
boleh dapat contac's tukang urut tu?
i pun nak urut jugak
xde contact number dia coz kakak ipar yg deal time dgn dia,kte hanya bawak badan je jumpa dia..sorry ye dear..
Post a Comment