Assalammualaikum…
Hye peeps!!seperti dijanjikan semalam,hari ni aku akan cerita tentang resepi cheese cake oreo yg aku buat last week…kek ni sangat mudah berbanding kek batik yg selalu aku buat untuk incik asben yg memang peminat fanatic kek batik *resepi kek batik lain kali aku post dalam entry akan datang ye…hehehe…
Bahan-bahan yg diperlukan untuk oreo cheese cake adalah:
2 paket biskut oreo
250gm cream chese
½ susu pekat manis(boleh jugak guna susu cair tapi nanti tawar sikit kek anda 2 coz cream cheese sgt2 tawar)
20gm butter (guna sikit je,xsampai 20gm kot)
Blender kering utk blend biskut oreo yg lazat!
Step-step nya:
Bahan 1:mula-mula blend dulu oreo 1 ½ paket sampai jadi hancur dan halus menggunakan blender kering.kemudian,gaulkan sekali oreo yg hancur tadi dengan butter sampai jadi sebati dan boleh ditekan sampai mampat dalam Tupperware(aku guna Tupperware je,kalau ada Loyang,gunakanlah ia ye).then,terus simpan dalam freezer untuk sementara.
oreo yg dah dimampatkan b4 masuk dlm freezer |
Bahan 2: pukul cream cheese sampai ia jadi kembang(aku pukul pakai senduk nasi je coz cheese ni sangat2 lembik bila dibiarkan kat luar peti ais utk 1jam).then campurkan dengan susu pekat manis sampai anda rasa campuran tu jadi sedap dan manis.bila dah sebati campuran tu,masukkan oreo yg dipecah-pecahkan kecil2 lebihan oreo yg x diblender tadi,ke dalam campuran tersebut.letakkan bahan 2 tadi diatas bahan 1 dan kemudian disimpan dalam freezer semula sampai kek ni jadi keras.aku biarkan semalaman je dah keras bebenar,kalau nak potong kena letak kat peti ais bawah supaya mudah nak potong.
ni campuran bahan 2 yg dah sebati |
Itu je cara nak buatnya,mudah sangat2 kan??tapi aku lupa plak nak snap gambar bila kek dah siap...nak tau macamana rupanya,korang try lah nanti ye...aku siap bawak kat opis lagi coz kat rumah xde orang nak makan pun,duk sorang2 kan,hehehe…bila incik asben makan kek ni time weekend lepas,bukan suka lagi dia tapi aku terbuat manis sikit coz rasa banyak kali,lidah jadi immune kejap.hehehe…kalau rajin try lah ye,buatnya pun kejap je,xsampai 1jam,yang leceh bila nak blend oreo tu jelah,benda keras kan…ok lah,selamat mencuba…^_^