we've been together.....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath wedding Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 May 2013

demam..='(

assalammualaikum..

sekarang taip entry sambil kesat2 hingus..
teruk plak aku kena selsema n demam kali ni..
siap dah baik,datang semula lagi tu..

sekarang memang tengah musim demam kot..
paling kesian kalau tengok budak2 kecil yg demam..
tak tahan panas n xselesa kot,
tu yang asyik menangis je..
aku tengok anak2 jiran aku yg baby2 semua bertampal cool fever..
aku pun nak bli jugak kang,
tak tahan panas dalam bila dah malam nanti..


bila dapat dengar suara suami aku,
yang kadang2 tetiba je kol aku,unexpected..
rupa2 nya,dia pun demam jugak kat sana..
sian dia,dengan letih latihan lagi..
tambah plak dengan demam selsema,
memang payah!
harap2 dia cepat2 ok..

tapi yg aku pelik,
walaupun aku demam,selera makan memang superb..
hahahaha...
kejap2 nak makan,tambah plak bila tengah malam..
aku jenis yg akan tertido awal,
bila tersedar tengah malam,
konpem perot aku dah berbunyi2..
paling2 pun aku akan bangun amik biskut sekeping..
malas nak buat benda lain..
gaya orang bujang kan..hihihiiii..

banyak majlis orang aku xdapat nak attend..
kawan2 time study kawen,
ada kawan aku nak tunang,
semua aku xboleh nak attend..
aku risau kalau aku g majlis orang,
aku hanya menyebarkan virus je..sedih..
sekarang pun budak2 opis aku pun ramai dah start selsema jugak..
berjangkit dari aku ler tu..
sian mereka,sob3..

ni kira entry mengarut orang demam la ni ek..
harap lah xmembosankan korang yg membaca..
ok,babai!

notakaki:tetiba nak makan macaroon yg warna warni tu,
kat mana jual macaroon yg sedap ek?

nampak macam sedap jeeee...^.^

26 May 2013

review produk d'herbs..;)

assalammualaikum..

wahhh...rindunya kat blog aku ni..
sekarang ni gler bz kat opis..
bese lah dah tengah tahun kan,banyak keje nak kena catch up
before masuk pertengahan tahun kedua 2013...
aku nak cek-in blog pun xsempat,
pe lg nak update kan..

ok,tutup cter pasal tu kejap ek..
hari ni aku nak cter tentang produk d'herbs..
pernah dengar x sebelum ni??
aku rasa produk ni quit famous gak skrg ni..
aku pun tak ketinggalan nak cuba jugak..
aku try 2 produk diaorang..
satu jus perawan,
satu lagi premium diet...


pinjam gambar dari muhamadyusri.com..
kalau nak tau lebih lanjut boleh la ke blog beliau..)

pe yg aku suka tentang produk ni,
aku boleh estimate masa bila patut minum airnya..
kesan lepas minum hanya akan terasa lepas 5-6 jam..
so,memang patut minum b4 tdo..
bangun tdo dah boleh stat aktiviti membuang..
buang nya pun bukan terus menerus mcm sesetengah produk
yg aku pernah cuba sebelum ni..
hanya benda2 xperlu je yg akan dibuang ikut keadaan badan
masing-masing...
memang terasa beza lepas minum premium diet ni..
xterasa  letih n badan pun rasa ringan je..
bila gabung minum dengan jus perawan,
memang tambah perghhhh!!
hahahaa..

jus perawan ni fungsinya lebih kepada membetulkan
apa yang xbetul kat org2 perempuan..
betulkan hormon lah mostly..
tambah plak aku ni kan pernah ada cyst,
memang kena betulkan hormon lah kalau nak pregnant..
nak tahu pe kesannya,
nanti aku cter lagi ek...

sekarang terkejar2 aku menaip ni..
next time aku explain lagi ek
pe kesan2 baik produk ni..
kalau ada yg nak share tentang produk2 ni,sila2 kanlah..
ok,tu je nak citer..
daaaaa...^_^


10 May 2013

tak menangis??

assalammualaikum..

ahad ni hari ibu..
korang jenis celebrate x hari ibu ni?
aku pernah dengar ada seorang ustaz ni kata,
tak elok sambut hari ibu..
seolah2 kita mengikut adat n kebiasaan orang bukan muslim..
betul ke macam tu??
kalau macam valentine's day tu memang aku pun xsambut..
terang2 memang xelok kan..
tapi hari ibu pun xelok jugak ke?
hmmm,musykil kejap kat situ..

eh,kat atas tu iklan je kejap..
yang sebenarnya,aku nak cerita tentang topik menangis..
ada plak kan menangis dijadikan topik..
heheheheee..

aku pernah jumpa orang yang mudah sangat menangis..
dan aku juga pernah jumpa orang yg susah nak tengok dia menangis..
yg aku maksudkan ni perempuan saja ye..
lelaki kan special case coz diaorang akan menangis atas sebab2 yg kukuh je.
betul kan,kan??;)

masa aku kecik2 dulu,
aku memang jenis kememeh..
asal usik skit je dah melalak..
sampaikan sekarang pun abang aku still panggil aku mbek,
singkatan dari 'lembik'..
tu semua sebab masa aku kecik aku sangat mudah menangis,
sangat mudah merajuk..
tambah plak aku anak bongsu utk tempoh yg lama jugak,5tahun..
so,agak manja di situ..

tapi sekarang,aku rasa aku memang berubah 360 darjah..
sampaikan family aku sendiri pelik,
susah nak tengok aku menangis..
diaorang akan dapat tengok aku gelak macam org sewel,
diam macam org bisu or marah macam hulk!
hahahahaa..
maybe sebab aku dah biasa duk jauh dari family n 
kawen plak dgn askar,
jiwa n hati aku jadi makin keras kot..
tapi,xlah keras mana pun tau..
ada masa aku menangis jugak sebenarnya..
aku tak menangis depan2 orang..
aku tak nak orang nampak aku menangis,maluuuu..
 bila aku rindu kat laki aku akan menangis..
menangis sampai tahap tersedu2..
sampai meleleh hingus..>.<

sape kata aku kuat??
aku pun lemah jiwa jugak,
hati halus jugak..
lebih2 lagi bila asben aku kol,
dia siap tanya lagi aku xsedih ke dia tinggalkan aku duk sorang2..
tapi aku cool je jawab sedih tapi xpayah kot nangis..
padahal,bila letak je phone aku dah melalak sorang2..
aku tak nak dia risau dgn keadaan aku..
aku tak nak dia tension dgn kursus tu memikirkan 
dia tinggalkan aku sorang2 mcm ni..
atas sebab tu lah,
aku kena berlagak cool je seolah2 aku xkisah dgn ketiadaan dia..
padahallll....

nak tak nak,
bila aku decide je aku nak kawen dengan dia..
aku kena terima siapa dia,kerja dia..
aku tahu bila aku decide nak kawen dengan dia,
aku kena ready utk hidup sendiri..
aku kena ready utk belajar buat segala2 nya sendiri..
tanpa mengharapkan apa2 pun dari dia..
aku ni still tahap biasa2 lagi coz still hidup sorang2..
tu pasal aku sangat salute dgn wife2 army yg mengandung sorang2,
dengan anak2 yg kecil2 tanpa bantuan ayah yg seorang askar..
harap2 kalau aku di tempat wife2 tu,
aku pun akan jadi kuat macam diaorang..
tanpa sikit pun mengeluh dengan ketiadaan husband masing2..
#mengeluh kerinduan tu normal je..^.^

hah,ni dia bila aku dah start mengarut..
kemain panjang nau aku menaip..
mesti korang penat nak baca kan??
tapi jangan srik datang cni lagi ye,hehehe...
ok,tu je..k,bai!0_0







7 May 2013

jom shopping tudung!!

assalammualaikum..

sekarang semua orang suka shopping online kan..
selain dari memudahkan,kadang2 online lebih murah
dari yg dijual di luar..
cakap pasal shopping online ni,
aku ada jumpa satu website yg jual tudung dgn harga yg murah..
korang mesti dah pernah dengar nama TUDUNG2U.COM kan??

aku tertarik dengan website online shopping ni coz
selain diaorang ada jual tudung yg cantik2,
harga diaorang juga sangat2 murah..
dari harga serendah RM5 hingga ke RM40..

hari ni aku nak tambahkan kemurahan harga
tudung2 yg dijual kat situ dengan diskaun sebanyak 15%..
special price khas utk pembaca blog aku..
korang boleh masukkan kod utk blog aku iaitu:
QCB2013..

ni antara tudung2 yg dijual kat website tersebut..
kalau berminat jangan lupa klik kat link 
aku bagi kat atas tu ye..










ok,tu je yg aku nak share..
happy shopping!!(^o^)