we've been together.....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath wedding Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

9 March 2015

homestay paling best di dong,raub

assalammualaikum...

hai semua!!
kali ni aku nak share 1 info best untuk korang 
siapa pernah sampai ke raub?
aah,raub yg ada pelbagai tempat best especially those yg nature's lovers tu
tempat paling dekat kalau nak pergi bukit fraser n cameron highland 
kalau ikot dari sebelah pantai timur semenanjung ni
kalau sesiapa yg suka extreme water sport,
kat raub ni ada 1 tempat yg best dgn aktiviti water drifting,
main kayak kat sungai yg punya arus yg laju iaitu kat lata lembik



credit picture dari blog cik lily putih
selain dari tu ada 1 lagi tempat air terjun yg best kat raub ni iaitu di lata jarum

tempat2 ni paling best kalau korang dapat spend masa lama2 kan
so kalau korang tercari2 tempat untuk bermalam di sini,
jangan risau,ada homestay yg sangat selesa yg menanti
 korang untuk bermalam..
homestay ni terletak di pekan dong,
tempat strategik untuk korang ke destinasi2 best yg aku mention kat atas tu

homestay ni adalah rumah kedai 2 tingkat yg telah diubahsuai
 untuk keselesaan pengunjungnya
pengunjung boleh pilih untuk stay di tingkat bawah or atas


cadar2 akan bertukar tiap kali pengunjung keluar masuk,begitu juga tuala n keperluan lain
tingkat bawah mempunyai 3 bilik dgn semua dilengkapi
air cond n perabot lengkap seperti katil,almari n meja solek
bilik air juga dilengkapi hot shower kalau2 time
 nak mandi tu sejuk sgt kan,hehe
harga 1 malam untuk bilik2 ini adalah RM180
tingkat atas pula ada 4 bilik juga dilengkapi air cond n mempunyai 2 bilik air 
manakala harga untuk tingkat atas ni adalah RM200 semalaman
homestay ni dilengkapi astro,wifi dan juga keperluan basic
 pengunjung seperti sabun,tuala,telekung dll
terdapat juga kedai makan n kedai runcit berdekatan dengan homestay ini
berikut adalah lokasi2 terdekat dengan homestay ini:

15 minit ke Lata Jarum & Pulau Chekas Ulu Dong
- 10 minit ke SM Sains Tengku Abdullah
- 15 minit ke Bandar Raub
- 15 minit ke Kem PLKN Ulu Benom, Raub
- 15 minit ke Jeram Besu
- 20 minit ke MRSM Kuala Lipis
- 30 minit ke Kuala Lipis
- 30 minit ke Bentong
- 90 minit ke Temerloh Bandar Ikan Patin
- 90 minit ke Jerantut & Kuala Tahan (untuk ke Taman Negara Pahang)
- 120 minit ke Cameron Highlands (jalan baru Raub-Ringlet)

- Berada di laluan utama Jalan Persekutuan Kuala
Lumpur - Kota Bharu Kelantan

bukan saja kalau datang raub semata2 untuk melancong je tau,
mana lah tahu kan kalau2 ada majlis2 tertentu mcm wedding ke,
pertunangan or kenduri kendara,lagi la best duk homestay ni dr nak sewa hotel
yelah,sewa hotel caj dikira ikot bilik,
homestay ni kira boleh saving lebih dgn siap ada 3/4 bilik lg yg sgt2 selesa
kalau ada sesiapa yg berminat untuk bermalam di homestay yg awesome ni 
boleh lah hubungi no seperti di bawah ni:
012-9642154 Hjh Rabiah
019-9584426 Hj Asmoe
ok,till then...
wasalam!!^.^ 

No comments: