we've been together.....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath wedding Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

13 July 2015

susunatur:makeover raya di teratak bonda

Assalammualaikum w.b.t

Salam ramadhan kareem untuk semua..
tak lama dah ramadhan akan berlalu meninggalkan kita semua,
aidilfitri pula bakal menjelma..
aku sure mesti ramai dah full prepare sambutan raya kan?
heeee,aku pun dah siap prepare..^.^

semuanya dalam keadaan paling bersederhana tahun ni,
hanya sepasang seorang untuk aku,suami dan aqeef..
aqeef hanya penambahan baju jalan2 sebab kebetulan pergi jusco melaka
ada pulak member's day,sempatlah grab sepasang seluar n baju untuk dia..
yg lain2 plak memang paling simple n jimat kos tahun ni...
paling banyak buat kuih pun tahun ni,
sebab beli 1 2 bahan je untuk buat kuih,boleh dapat 4 jenis kuih..
penat tapi berbaloi bagi aku,
senyum sampai ke telinga bila rasa kuih buatan sendiri sedap..
*angkat bakul sendiri,lariiikkk!haha..;p

untuk raya tahun ni terover rajin sebab,selain buat kuih sendiri,
aku juga mengecat kat rumah di kampung..
dah 5tahun x bercat,so tahun ni kumpul duit adik beradik,
mengecat lah kami di rumah tu..
extra rajin,aku make over plak ruang tamu rumah kat kampung aku tu..

sebelum (sorry ganbar gelap sebab malas nak pasang lampu,haha)

selepas (sorry ada model sexy kat depan tv,ngeh3)
puas hati aku bila dah siap n tengok hasil nya begini
tambah happy bila tengok senyuman ibu n ayah tengok rumah 
mereka dah makin cantik
berbaloi kepenatan aku n suami susah payah pasang wallpaper
 dari pagi hingga masuk zohor
memang terima kasih banyak2 kat suami tersayang sebab susah payah
 jugak tolong aku pasang wallpaper n drill dinding untuk gantung tv tu
actually,kami gantung tv tu sebab nak elakkan aqeef tengok tv dekat2
n g ketuk tv nenek nya tu,haha..
dia dah makin tinggi,so bila tv atas meja memang senang jela 
dia boleh capai,bahaya!huhu

alhamdulillah,persiapan raya tahun ni aku memang betul2 rasa happy
walaupun sederhana tapi still full of happiness sebab 
aku berjaya buat semua yg aku teringin
still in low cost,of course!hahaha..;)

sempena bulan ramadhan n aildilfitri yg bakal menjelma,
aku nak minta maaf pada semua especially yg baca blog aku ni,
harap diampun maaf sekiranya ada aku terkasar bahasa,
terguris sesiapa yg baca penulisan aku dalam blog ni..
sesungguhnya yg baik semuanya dari Allah s.w.t,
yg buruk n khilaf itu datangnya dari aku hamba Allah yg kerdil ini.

salam aidilfitri,maaf zahir dan batin semua!
wasalam....:)
 


 
 

2 comments:

Anonymous said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia and I would like to offer you to do a collaboration with us. Appreciate if you can drop me an email at norain@zalora.com.my

Thank you

farwizah said...

Cantik